Sunday 13 February 2011

SABAHKINITV KHAS UNTUK RAKYAT SABAH



SABAHKINITV yang dijadualkan untuk dilancarkan esok, 14 Februari 2011 ditangguhkan ke suatu tarikh tertentu kerana mengalami gangguan teknikal yang dilancarkan oleh Penjenayah Alam Sekitar yang kurang senang dengan tindakan Sabahkini.net membongkar jenayah maut pencemaran plumbum di Sabah.

Bagaimanapun, mulai jam 6.00 pagi tadi (Ahad) SabahkiniTV telah menyiarkan rencana sulungnya bertajuk SKANDAL TERGEMPAR SABAH yang mula menerima kunjungan sejak jam 10 pagi tadi dan dijangka akan menjadi isu hangat sepanjang tempoh seminggu akan datang dan akan menjadi topik penting yang akan dibincangkan di Dewan Undangan Negeri Sabah dan Dewan Rakyat pada sesi akan datang.

Beberapa NGO, Adun Sabah dan ahli parlimen mula menghubungi Sabahkini.net untuk mendapatkan bukti lanjut dan salinan Videoklip Skandal Tergempar Sabah.

Sila hubungi kami sabahkini.net@gmail.com untuk liputan berita, tv dan iklan videoklip.

No comments:

Post a Comment