Tuesday 22 February 2011

SESB UTAMAKAN KESELAMATAN PEKERJA



DENGAR…. Baharin (berdiri tengah) mendengar penerangan tentang keselamatan pekerjaan ketika melawat pameran.

Oleh : MEDIA SESB

Wargakerja Sabah Electrcity Sdn Bhd (SESB) dinasihatkan untuk mengutamakan keselamatan semasa menjalankan tugas.

Pengarah Urusan SESB, Datuk Ir. Baharin Hj Din berkata perkara ini perlu diambil perhatian yang serius untuk mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku.

“Adalah penting kita mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk memastikan keselamatan kita semasa menjalankan tugas-tugas, terutama tugas yang merbahaya untuk mengelakkan kejadian yang tidak kita ingini berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada perasmian Simposium Keselamatan Kesihatan Pekerjaan & Alam Sekitar SESB 2011 yang berlangsung di dewan SESB pada Selasa.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan para pekerja SESB untuk sama-sama bekerja dalam satu pasukan demi untuk memastikan keadaan tempat kerja yang selesa dan selamat.

Sebanyak 13 kertas kerja dibentangkan dalam simposium yang berlangsung selama dua hari memberikan penekanan kepada pembangunan budaya keselamatan di tenpat kerja.

Pembentang luar juga dijemput daripada Tenaga Nasional Berhad, Petronas Carigali Sdn Bhd, Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Sabah & W.P Labuan, Pejabat Kesihatan Papar dan Jabatan Alam Sekitar Sabah untuk sama-sama berkongsi pengetahuan dan pengalaman masing-masing dalam melaksanakan keselamatan dan kesihatan pekerja di tempat kerja.

KESELAMATAN….antara peserta-peserta simposium keselamatan dan kesihatan pekerjaan SESB.

Antara kertas kerja yang dibentangkan ialah Pelan Induk Keselamatan Pekerjaan 2010-1015 yang disampaikan oleh Puan Jinurah Sintian daripada Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Sabah & W.P Labuan; Tiga Sebab untuk Keselamatan oleh Kamal Ariffin daripada Tenaga Nasional Berhad dan Pengurusan Buangan Teerjaduan daripada Puan Subainah Lahimin, Jabatan Alam Sekitar Sabah;Sabah Ports Sdn Bhd oleh Mohd Isa Bin Husin.

Para peserta juga didedahkan kepada pengetahuan pengurusan dan halatuju keselamatan dan kesihatan (OSHE) di SESB dan penjanaan ke arah budaya kerja yang selamat dan sihat secara berterusan.

Seramai 160 pekerja SESB daripada seluruh Sabah dan W.P Labuan menyertai simposium tersebut yang julung kalinya dianjur oleh Jabatan Pembangunan Organisasi SESB.

No comments:

Post a Comment