Saturday 5 February 2011

SILAP MATA, JANGAN LEPAS PELUANG!



HEBAT….Celebriti silap Mata, Charlston Lau

Oleh: ROZIE JUMAT

BIDANG silap mata merupakan salah satu dari bidang hiburan yang semakin berkembang di negeri ini, berbanding dengan jenis hiburan lain seperti bidang seni suara; silap mata memerlukan ketangkasan pelakunya agar dapat membuat tipu helah dengan berkesan.

Ramai anak muda yang berminat dengan bidang ini tetapi tidak tahu di mana hendak mempelajarinya. Sehubungan dengan itu, seorang ahli silap mata yang sememangnya mempunyai nama yang kukuh di negara ini, dijemput untuk mengadakan bengkel silap mata (Magic Workshop) di Kota Kinabalu pada 13 Februari ini.

Bengkel ini bolehlah dianggap sebagai mempelajari kemahiran serta tips-tips untuk menjadi seorang ahli silap mata oleh Charlston Lau, 27, kelahiran Sandakan yang berpengalaman di bidang silap mata sejak beliau berusia 17 tahun.

“Terdapat banyak permintaan untuk mempelajari silap mata sehinggalah silap mata yang ringkas atau silap mata jalanan, sehubungan dengan itu kami usahakan untuk membawa sifu Charlston Lau untuk mengadakan Magic Workshop di Kota Kinabalu,” kata Penganjur Magic Workshop, Chivistoh Sitim atau lebih dikenali sebagai Viss, seorang pemain silap mata yang sedang meningkat dari Keningau.

Sehubungan dengan itu kata Viss, peminat-peminat silap mata berpeluang untuk menemui celebriti tersebut, yang bersetuju menurunkan ilmunya kepada peminat silap mata.

“Bidang silap mata bukan sekadar satu hobi, bidang ini juga boleh menjadi satu kerjaya jika seseorang itu bersungguh sungguh,” kata Viss.

Menurut Viss, Charlston Lau boleh dikatakan adalah inspirasi kepada mana-mana pemain silap mata di negeri ini atas kejayaan beliau menempa kejayaan dan dikenali di seluruh negara. Charlston adalah Juara sebanyak dua kali pertandingan silap mata Malaysia dan mempunyai program di Astro AEC yang bertajuk ‘That’s Me Program’.

BENGKEL….Viss pemain silap mata yang sedang meningkat anjur bengkel silap mata untuk pengemar silap mata.

Oleh itu kata Viss, peminat silap mata yang berminat untuk menyertai bengkel itu bolehlah menghubungi Vmagic 0168184190 atau SME 0109477378. Bagaimanapun bengkel yang dianjurkan itu mengenakan yuran pendaftaran. Atau boleh melayari http://www.facebook.com/profile.php?id=100000567645996 )

“Usaha untuk memperkembangkannya bidang ini kepada anak-anak muda adalah satu usaha kami yang bersungguh sungguh membantu kerajaan membantu golongan muda dari membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah,” kata Viss.

Kata Viss, bengkel itu akan diadakan di Dewan Lok Kawi, Kota Kinabalu pada 13 Februari 2011 (Ahad) bermula jam 10.00 pagi. Yuran pendaftaran RM150 dikenakan.

Menurut Viss, Magic Workshop sehari itu akan mendedahkan kepada peserta asas silap mata sehingga mereka mampu membuat tipu helah sendiri. Oleh itu katanya, peminat silap mata harus merebut peluang menghadiri bengkel yang julung kali diadakan.

No comments:

Post a Comment