Friday 25 February 2011

SKANDAL SEKS KETUA PENGARAH PENGUATKUASA?



Oleh: KREW SABAHKINI.NET

SKANDAL Seks Ketua Pengarah (KP) sebuah Agensi Penguatkuasa dengan seorang gadis berusia dua puluhan telah dihidu oleh Papparazzi Sabahkini.net ketika terserempak dengan kelibat KP berkenaan sebaik sahaja mendarat di sebuah lapangan terbang di Eropah dalam keadaan tergesa-gesa menuju sebuah hotel mewah.

KP berkenaan dipercayai telah lama menjalinkan hubungan dengan gadis berkenaan yang telah sehari lebih awal mendaftar masuk atas nama seorang tauke Cina yang pernah berurusan dengan KP sebelum ini, kerana bimbang tembelangnya dikesan.

Mengikut risikan Paparazzi Sabahkini.net yang kebetulan bercuti di Eropah, gadis berkenaan merupakan anak kepada seorang mangsa penguatkuasaan jabatannya yang terpaksa ditawarkan bagi menutup kes jenayah yang dilakukan bapa gadis tersebut.

Walaupun gadis berkenaan tinggal di Kuala Lumpur dan tidak bekerja, namun menjadi ‘Gundik’ KP berkenaan yang selama ini kegersangan kerana isterinya sakit dan melampiaskan kejantanannya kepada gadis yang sebaya dengan anak perempuannya.

Menurut Paparazzi Sabahkini.net, beliau sedang mengintip untuk mendapatkan rakaman gambar kemesraan KP dan ‘Gundik’nya, namun usaha seminggu lalu agak sukar kerana KP berkenaan sentiasa mengelak dan menggunakan pintu belakang hotel untuk keluar bersendirian dan gundiknya hanya mengurung diri di dalam bilik ‘connecting room’.

“Pelanduk selalu lupakan jerat. Kita tunggu masa sesuai kerana minggu hadapan KP berkenaan akan menemui gundiknya di suatu tempat yang sudah ditempah lebih awal dan tiket penerbangannya telah kita kesan. Kali ini harap berjaya,” ujar Paparazzi Sabahkini.net yang masih melanjutkan pelajarannya di sebuah negara Eropah.

No comments:

Post a Comment