Monday 21 March 2011

AIR ASIA, NOT EVERY ONE CAN FLY!



Saudara pengarang

KATA Datuk Bung Mokhtar di parlimen, Penerbangan Air Asia ticket tidak murah seperti beliau ke Kuala Lumpur dari Sandakan lebih kurang tambangnya RM1,200. Saya setuju dengan beliau kerana apa yang kita lihat publisiti di surat khabar, ‘Everyone Can Fly’ hanya satu gimik perniagaan.

Jika kita menaiki pesawat Air Asia, semua hendak dibayar dan tiada yang PERCUMA. Pada musim cuti sekolah, menaiki MAS, kadangkala lebih murah daripada Air Asia.

Minggu lepas saya menaiki pesawat Air Asia dari Labuan ke Bangkok dan beli sebotol minuman keras dan berapa bungkus coklat dan dimasukkan ke dalam kotak kecil bersaiz 1kaki x1.5 kaki. Di luar kotak saya balut dengan plastik dan jika pecah pun tidak akan basahkan bagasi penumpang lain di dalam pesawat.

Saya faham semua penumpang harus ‘check-in’ barang cair, minuman keras, pisau, gunting termasuk air minuman. Polis Bantuan lapangan terbang tidak benar kita bawa sebotol minuman mineralpun ke atas pesawat antarabangsa.

Saya bawa kotak tersebut dan ‘scan’ di depan Pegawai Kastam bersama Polis Bantuan tetapi mereka tidak halang saya ‘check-in’ minuman dan coklat yang saya balut plastik dan lekat stiker ‘FRAGILE’.

Namun saya teramat kesal kerana seorang tukang angkat beg Air Asia pula halang saya ‘check-in’ kotak tersebut. Saya tanya dia kenapa? Saya bagitahu dia ini hanya sebotol minuman keras bukan sekotak yang saya mau seludup keluar dan saya juga ada bayar 15 kg untuk check-in bagasi saya.

Saya dengar pegawai kastam membisikan dia kotak tersebut dibalut dgn baik dan tiada masalah. Tetapi tukang angkat bagasi Air Asia masih menghalang saya dan arah saya bawa naik ke pesawat.

Bagi penumpang yang kurang arif seperti saya memang tidak tahu. Sampai Kuala Lumpur terpaksa transit sebentar sebelum ke Bangkok dan tidak perlu ‘check-in’ kerana tukang angkat bagasi di Labuan sudah paksa saya angkat kotak tersebut naik pesawat dan tidak benarkan ‘check-in’ kargo. Keadaan ini sudah mengelirukan orang awam yang jarang belayar seperti saya.

Sepatutnya staff kargo Air Asia harus bertugas bersama pegawai keselamatan lapangan terbang dan pegawai kastam. Apa yang saya tidak pernah lihat di seluruh dunia, kita sudah bayar Air Asia bagasi yang kita mahu ‘check-in’ barangan yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam pesawat dan saya rasa tidak salah, walaupun pun saya bukan naik pesawat antarabangsa.

Jika barang tidak boleh di ‘check-in’ pegawai polis bantuan yang menghalang dan mengenai barang yang bercukai pegawai kastam yang haling; bukan tukang angkat beg penerbangan Air Asia.

Saya berharap agar CEO Air Asia akan memantau pekerja kargo di Labuan kerana mungkin mereka malas angkat barang dalam kotak atau mereka mahu bertugas bersama polis bantuan dan pegawai kastam untuk menunjukkan bahawa merekapun ada kuasa boleh halang penumpang ‘check-in’ bagasi.

Saya juga ingin mengingatkan semua penumpang yang menaiki pesawat Air Asia jika bagasi kamu didapati rosak, koyak atau hilang boleh buat laporan polis dan tuntutan dengan Air Asia kerana setiap bagasi yang kita check in dibayar bukannya PERCUMA?

Saya sering melihat tukang angkat bagasi (kargo staff) ‘membuang’ bagasi penumpang dan bukan mengangkat dengan betul seperti mereka tidak dibayar gaji oleh syarikat penerbangan Air Asia.

Kalau kita ‘check-in’ di sebuah hotel, adakah tukang angkat beg hotel (Bell Boy) melempar beg kita? Saya rasa kalau kita tidak bagi Tips pun mereka tidak kisah kerana itu memang tugas mereka.

Sebaliknya, kita bayar semua bagasi yang kita ‘check-in’ pada Air Asia dan pekerja tukang angkat beg harus jaga bagasi penumpang dengan hati-hati bukan main buang batu.

Penumpang telah membayar semua kos bagi penerbangan yang dinaiki dan bayaran itu adalah syarikat terima untuk membayar gaji mereka bukan mengangkat bagasi penumpang secara PERCUMA!

Salam hormat.

ERIC L.DAVIDSON

No comments:

Post a Comment