Friday 4 March 2011

‘BASE LOAD’ PENTING DI PANTAI TIMUR SABAH




Oleh: MEDIA KORPORAT SESB

KAPASITI janaan SESB di Pantai Timur Sabah telah terjejas selepas Stesen Janakuasa TSH Biomass (Kunak) (10 MW) dan set janakuasa mudah alih SESB (mobile genset) di Lahad Datu terpelantik (tripped) pada jam 8.30 pagi.

Selain itu, salah satu set janakuasa (10 MW) di Stesen Janakuasa Batu Sapi, Sandakan turut terpelantik pada jam 10.58 pagi tadi (4 Mac 2011). Kedua-dua kejadian ini telah mengakibatkan SESB mengalami kekurangan kapasiti janaan sebanyak 23 MW.

Kapasiti janaan di Pantai Timur Sabah juga semakin kritikal berikutan Stesen Janakuasa Kinabio di Sandakan (berkeupayaan 10 MW terpaksa menjalankan penutupan kecemasan (emergency shutdown) pada jam 3.00 petang. Antara kawasan-kawaan yang dikenalpasti terlibat dengan gangguan bekalan ini adalah sekitar kawasan Tawau, Sandakan, Lahad Datu dan Kunak.

Beban puncak (peak load) bagi kawasan Pantai Timur Sabah adalah sebanyak 241 MW dan SESB telah berjaya meminimakan impak gangguan bekalan ini dengan mengaktifkan sistem pertahanan Grid (Grid System Defense) iaitu ‘under frequency tripping’ diaktifkan seperti catuan bekalan kecemasan (emergency load shedding) bagi memasti dan mengekalkan kestabilan sistem Grid Sabah. Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat-peringkat bermula pada jam 9.07 pagi pada hari yang sama.

Sistem bekalan elektrik di Sabah kini beroperasi secara berasingan (islanded operation) sejak 2 Mac yang lalu berikutan kerja-kerja pembaikan kritikal terhadap Menara 90 (Tower 90) yang sedang giat dijalankan di jalan Tambunan. Kerja-kerja ini dijangka siap sepenuhnya dalam masa dua (2) minggu.

Selain itu, aktiviti pemindahan beban (load transfer) juga tidak dapat dibuat sepanjang tempoh kerja-kerja ini dijalankan.

SESB sekali lagi menegaskan keperluan ‘base load’ yang boleh menampung permintaan tenaga elektrik yang semakin meningkat terutamanya di kawasan Pantai Timur Sabah kerana kawasan ini terdedah kepada gangguan bekalan elektrik sekiranya talian 275 kV (kiloVolt) Kolopis–Segaliud iaitu sepanjang 246 km (kilometer) mengalami kerosakan.

SESB juga menghargai kerjasama yang diberikan oleh Pengguna-Pengguna Elektrik Besar / Large Power Consumer (LPC) di Pantai Timur Sabah di atas kesudian mereka membantu pihak SESB dalam mengurangkan impak gangguan bekalan ini.

13 comments:

  1. Hope that SESB will do what is needed to resolve this issue.

    ReplyDelete
  2. kerjasama adalah penting untuk menyelesaikan masalah dan dpt memudahkan pekerjaan SESB.

    ReplyDelete
  3. diharap apa jua masalahnya akan diselesaikan segera.

    ReplyDelete
  4. Semua pihak harus bekerjasama dalam menyelesaikan perkara ini.

    ReplyDelete
  5. Semoga ia dapat diselesaikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  6. SESB kena mencari jalan agar masalah seprti ini tidak timbul lagi.

    ReplyDelete
  7. Diharapkan masalah ini akan diselesaikan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  8. harap masalah yang berlaku dapat diselesaikan secepat yang mungkin.

    ReplyDelete
  9. Diharapkan penduduk Pantai Timur faham dengan apa yang berlaku sekarang dengan elektrik. Harap mereka akan bersabar.

    ReplyDelete
  10. kerajaan negeri dan persekutuan perlu menyelesaikan masalah elektrik di negeri ini secepat yang mungkin. lebih lama masalah ini berlarutan, lebih jauh Sabah ketinggalan dalam membangunkan ekonomi di negeri ini.

    ReplyDelete
  11. kena perbaiki masalah ini dan pastikan mutu perkhidmatan SESB semakin baik.

    ReplyDelete
  12. harap SESB akan mengaplikasikan teknologi terkini tanpa merosakkan alam sekitar.

    ReplyDelete
  13. mesti menjalankan tanggungjawab dalam memberikan perkhidmatan terbaik.

    ReplyDelete