Monday 14 March 2011

BAWA PULANG SEGERA RAKYAT MALAYSIA



Oleh: SHAMSUL ISKANDAR MOHD AKIN

ANGKATAN Muda Keadilan Malaysia (AMK) berasa kecewa dan kesal dengan kelembapan dan dolak dalih pihak-pihak berwajib dalam membuat keputusan untuk membawa pulang rakyat Malaysia khususnya, mahasiswa di Jepun yang kini terancam dengan letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear di negara itu.

Berikutan bencana tsunami yang melanda Jepun Jumaat lepas, yang disifatkan terburuk dalam sejarah negara itu, Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yukio Edano, mengesahkan letupan dan kebocoran radiasi telah berlaku di loji jana kuasa nuklear Tokyo Electric Power Co’s (TEPCO) Fukushima Daiichi.

Meskipun, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata Kerajaan masih menunggu penjelasan daripada agensi nuklear di Jabatan Perdana Menteri, Malaysia Nuclear Power Corporation, mengenai impak letupan dan kebocoran radiasi di loji janakuasa nuklear tersebut, AMK merasakan tindakan ini memperlihatkan ketidakseriusan kerajaan mengenai keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia di Jepun.

AMK turut mempersoalkan sikap selektif kerajaan dalam menangani isu ini berbanding dengan Ops Piramid untuk membawa pulang pelajar Malaysia di Mesir sebelum ini.

Apakah Kerajaan ingin menyatakan bahawa bencana nuklear ini sama sekali tidak serius jika dibandingkan dengan 'Tsunami Politik' di Timur Tengah, khususnya Mesir yang berpotensi melarat ke Malaysia jika mahasiswa Malaysia di Mesir terdedah dengan semangat kebangkitan rakyat Mesir?

Di dalam hal ini, AMK mendesak kerajaan untuk menyedari bahawa impak radiasi radioaktif ini akan membawa kesan jangka panjang. Justeru, sewajarnya dalam keadaan sebegini, iktibar dan pengajaran diambil untuk tidak meneruskan cadangan wujudkan pusat pemprosesan 'Rare Earth' yang difahamkan terbesar di dunia di Gebeng, Kuantan.

Jesteru, AMK menggesa agar tindakan proaktif diambil oleh kerajaan melalui pihak-pihak yang berkenaan pada kadar segera untuk memastikan nyawa rakyat Malaysia di Jepun tergadai sebegitu saja. Kerajaan juga harus menunjukkan komitmen di sebalik slogan 'Rakyat Didahulukan', bukannya 'Rakyat Kena Dahulu' baru tindakan wajar diambil.

7 comments:

  1. Hope that Malaysians in Japan are safe. My prayers to all the Tsunami victims in Japan as well.

    ReplyDelete
  2. Lets pray for the safety of people in Japan.

    ReplyDelete
  3. sebaiknya kerajaan malaysia harus mengambil tindakan segera untuk membawa pulang rakyat malaysia.

    ReplyDelete
  4. harap rakyat Malaysia yang berada di Jepun berada dalam keadaan selamat dan kerajaan perlu memantau keadaan mereka serta bertindak mengikut keperluan.

    ReplyDelete
  5. Malaysia masih mempunyai kedutaan di Jepun. AMK tidak perlu jadi hero menasihati kerajaan kerana kerajaan tetap akan bertindak tepat pada waktunya. bukan macam pembangkang yang asyik berpolitik sedangkan mereka juga tidak melakukan apa2. kalau ada bantuan pun hanya untuk penyokong2 PR..

    ReplyDelete
  6. Sebaiknya rakyat Malaysia yang ada di Jepun perlu dihantar pulang buat sementara waktu.

    ReplyDelete
  7. Harap kerajaan akan membuat keputusan secepat mungkin.

    ReplyDelete