Wednesday 9 March 2011

BESTA BORNEO SERIUS JAGA ARTIS TEMPATAN



TERKENAL….artis terkenal Sabah yang kini menjadi artis naungan Besta Borneo Sdn.Bhd.

Oleh: ROZIE JUMAT

Syarikat milik Bumiputera sepenuhnya Besta Borneo Sdn.Bhd kini tanpa berpaling lagi, terus melangkah dengan 'menyambar' artis terkenal Sabah menjadi artis naungannya. Perjanjian persefahaman itu (MoU) telah diadakan di sebuah hotel di Keningau baru-baru ini.

Artis-artis itu ialah Clarice J.Matha, Rozza Rothman, Lydia Kalidin dan Meeda Hamzani. Nama-nama adalah artis yang cukup dikenali di negeri Sabah.

Pengarah Besta Borneo Sdn.Bhd (BB), Osman Rijan berkata, artis-artis ini telah diikat kontrak dan bernaung di bawah label BB. Antara lain yang mengikat kontrak dengan BB ialah, artis baru, Joyce, Fazarina, Nabila, MD Effendizul dan Dayang Rashidah. Manakala artis solo ialah Sidney O'Brien.

"BB akan menerbitkan album artis-artis ini dan menjaga kebajikan mereka," ujar Osman yang juga seorang pelakon dan penerbit.

Syarikat BB juga akan menghasilkan drama dan dokumentari kepada stesen TV negara. Oleh yang demikian kata Osman, beliau mengalakkan penulis skrip dan dokumentari untuk menghantar sinopsis atau manuskrip kepada BB untuk dinilai seterusnya diterbitkan jika memenuhi permintaan (konsep stesen TV).

Beliau yang mengakui 'tabik spring' kepada Nor Sahar sebagai penerbit dan pengarah yang berkaliber dari negeri ini, berkata BB dan dirinya sangat serius untuk bersama sama memajukan lagi industri seni dan muzik di negeri ini.

Katanya, Norsahar juga banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada beliau dalam bidang tersebut.

11 comments:

  1. Hebat, teruslah membanggakan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  2. harap ia dpt menaikkan lagi industri hiburan negeri Sabah.

    ReplyDelete
  3. teruskan usaha...harap ini akan dapat meningkatkan lagi kualiti artis Sabah.

    ReplyDelete
  4. Sabah juga mempunyai artis yang berkemampuan untuk pergi jauh. Duduk di Sabah sahaja tidak akan mengenmbangkan kareir anda, jadi tidak ada salahnya anda keluar dan bina karier anda diluar.

    ReplyDelete
  5. Sabahan perlu memberi sokongan kepada artis2 tempatan. Jika bukan rakyat sabah sendiri siapa lagi yang dapat menaikkan nama artis2 Sabah.

    ReplyDelete
  6. Semoga Artis sabah maju dan terus maju kehadapan..Berilah supporter untuk artis kita ini. Tanpa kita siapalah mereka.

    ReplyDelete
  7. saya lebih suka jika banyak drama dan dokumentari yang dapat dihasilkan dari negeri ini untuk tontonan umum diseluruh Malaysia dan juga luar negara.

    ReplyDelete
  8. baguslah tue. teruskan usaha kamu!

    ReplyDelete
  9. Wa ini barulah best.. Chayoo, chayoo!!!

    ReplyDelete
  10. Artis Sabah mmg harus diberi perhatian dan semoga Besta Borneo akan teruskan usaha sebegini.

    ReplyDelete
  11. Ini tindakan yang bagus untuk artis Sabahan. Keep it up!!

    ReplyDelete