Tuesday 1 March 2011

BUAYA GANAS ANCAM NELAYAN KUDAT


GANAS... Salah seekor buaya ganas yang pernah menyerang nelayan di Pantai kampung Batu Sirih, Pulau Balambangan. Gambar sisipan, Akbari.

Oleh: MUTALIB M.D

SERANGAN buaya ganas di perairan Pulau Bambangan, Kudat kini menjadi ancaman paling besar kepada nelayan sara diri yang terpaksa keluar jauh ke tengah laut akibat kepupusan ikan, dipercayai akibat pembuangan sisa toksik plumbum di perairan Pulau Banggi.

Pengerusi JKKK Kampung Batu Sirih, Pulau Balambangan, Akbari Bin Jikirum, kesal kerana tidak ada sebarang pihak tampil menjalankan siasatan dan membantu menyiasat kehilangan lebih empat nelayan sejak lima bulan lalu, dipercayai angkara buaya ganas yang menjadikan pinggir laut di Pulau Balambangan dan sekitarnya sebagai tempat memburu mangsa.

“Sejak 40 tahun lalu kita tidak pernah mendengar ada buaya di laut kerana buaya biasanya di sungai yang jauh daripada tempat kami. Tetapi sejak lima bulan lalu ramai nelayan sara diri, terutama penyelam balat (sea cucumber) dan udang kara (lobster) takut untuk turun ke laut,” ujar Akbari yang menyatakan kejadian terbaru beberapa hari lalu.

Menurut Akbari, hanya bot mangsa ditemui kira-kira 20 batu nautika daripada tempat mangsa menyelam udang kara dan memasang bubu.

“Biasanya nelayan ini akan mengikat badannya dengan tali yang diikat kemas di perahunya. Kami hanya jumpa perahu yang talinya mempunyai kesan gigitan dan darah pada tali berkenaan,” ujar Akbari yang telah melaporkan kejadian tersebut kepada pihak berwajib, namun sehingga mangsa keempat ini, belum ada sebarang pihak datang membantu.

BATERI... Ramai nelayan mengambil bateri yang dibuang di laut Pulau Balambangan untuk mendapatkan plumbum dan bekas bateri tersebut digunakan untuk menyimpan ikan ketika memancing.

Akbari tidak menolak kemungkinan buaya menjadi ganas dan bermutasi kerana pencemaran plumbum yang dibuang ke laut oleh pihak yang tidak bertanggung jawab terutama bateri asid plumbum yang digunapakai oleh sistem elektrik solar dan menara telekomunikasi yang begitu banyak di Kudat.

“Nelayan kita selalu menjumpai dan menangkap pelbagai jenis ikan ganjil dan melihat buaya ganas berkeliaran di kawasan bateri dibuang. Jika dahulu mereka mengambil bateri berkenaan untuk membuat batu ladung pancing dan pemberat pukat, tapi sejak ada buaya ganas, mereka tidak lagi berani mengambil bateri berkenaan,” ujar Akbari yang mengakui tidak mengetahui bahawa bateri berkenaan berbahaya sehinggalah menonton videoklip Skandal Tergempar Sabah di Youtube.

Para nelayan, kata Akbari, hanya mampu mengambil bateri plumbum yang seberat antara 20 hingga 30 kilogram dan hanya membiarkan bateri yang seberat 40 hingga 120 koligram di buang di sekitar Pulau Balambangan dan sekitarnya, terutama berdekatan pangkalan Agensi Penguatkuasa Maritime Malaysia (APMM).

Sehubungan itu, Akbari meminta pihak berkuasa mengatasi masalah yang mengancam penduduk kampung dan nelayan sara diri yang bergantung kepada laut untuk menyara kehidupan mereka.

“Saya rayulah agar mereka tidak lagi membuang bateri ke laut dan pihak berkuasa menguatkuasa undang-undang menghalang pembuangan bateri secara berleluasa sehingga mengancam pendapatan kami dan membahayakan nelayan,” ujar Akbari lagi.

Dalam pada itu, wakil WWF-Malaysia di Sabah, Rebecca Wee ketika dihubungi melalui telefon mengesahkan pihaknya ada menerima aduan daripada penduduk kampung Batu Sirih dan sekitarnya berhubung serangan buaya ganas di pinggir laut, namun belum menjalankan sebarang kajian atau banci.

“Kita telah mengemukakan laporan yang kita terima daripada penduduk kampung kepada Jabatan Hidupan Liar dan kita masih menunggu tindakan mereka,” ujar Rebecca lagi.

Bagaimanapun, Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Laurientius Nambu gagal dihubungi untuk mendapatkan ulasan beliau. SMS yang dihantar kepada beliau juga belum dijawab. Percubaan Sabahkini.net menghubungi beliau masih gagal kerana dimaklumkan kerana sedang bermesyuarat.

13 comments:

  1. Because of the lack of food, the crocodiles would try to attack humans for food. If it weren't for the lead pollution, this might be prevented.

    ReplyDelete
  2. Jabatan Hidupan Liar Sabah harus mengambil tindakan untuk menangkap buaya2 tersebut demi keselematan pendudk setempat.

    ReplyDelete
  3. selain itu, bateri plumbum amat berbahaya terhadap kesihatan kita. jgn membuangnya ke dalam laut dan sebaiknya hentikan penggunaan plumbum.

    ReplyDelete
  4. Soon, the plumbum matter will be settled down.

    ReplyDelete
  5. Please be patience, soon it will be okay.

    ReplyDelete
  6. Jabatan hidupan liar perlu menangkap buaya berkenaan kerana mengamcam para nelayan yang turut kelaut.

    ReplyDelete
  7. jika buaya tersebut boleh membahayakan keselamatan nelayan, maka ia wajar ditangkap..

    ReplyDelete
  8. Capture the crocodile if it danger the people there.

    ReplyDelete
  9. The use of plumbum should be ban. Action should be taken against those irresponsible people who simply throw the battery in the sea.

    ReplyDelete
  10. banyak betul pula masalah kesan dari penggunaan plumbum ini. bukan sahaja di darat, malah kesannya juga boleh dilihat di laut. saya harap kerajaan dapat memberikan keutamaan penyelesaian kepada isu ini..

    ReplyDelete
  11. Kesianlah nelayan yang turun ke laut kerana asyik berdepan dengan pelbagai bahaya dan kemungkinan diserang oleh buaya ganas. huhu

    ReplyDelete
  12. Semoga buaya itu dapat ditangkap dan isu plumbum dapat ditanggani dengan cepat.

    ReplyDelete
  13. Kalau bukan disebabkan habitat mereka dicemar, mungkin mereka tidak akan mengancam nelayan.

    ReplyDelete