Monday 7 March 2011

DUTA FINLAND RASMI SEMINAR BAHASA MURUT



Oleh: MAIL MATHEW

MURUT Language Center (MLC) dengan kerjasama Yayasan Bahasa Kadazandusun (KLF) serta Suomen Vapaakirkko (SVK-Finland) akan mengadakan seminar Bahasa Warisan Murut pada 14 hingga 17 Mac 2011 bertempat di Hotel Perkasa di sini yang akan dirasmikan Duta Finland di Malaysia, Henna Knuuttila.

Demikian dinyatakan Pengerusi MLC Dr. Lucas Umbul (gambar), ketika memberitahu Sabahkini.net pada Isnin berhubung perkara tersebut sambil menjelaskan bahawa seminar itu terbuka kepada semua masyarakat Murut secara percuma.

Tegasnya, seminar tersebut merupakan atas daya usaha KLF yang membantu MLC dalam memperjuangkan bahasa ibunda Murut ke peringkat antarabangsa dengan bantuan kedutaan Finland.

Selain itu tegas Dr Lucas, dalam seminar itu yang turut disertai oleh para pegawai dari Jabatan Pelajaran Sabah (JPS) dijangka akan membentuk satu perbincangan khusus untuk memasukkan Bahasa Murut sebagai salah satu Kurikulum yang bakal diajar disekolah sekolah kelak.

“Tujuan seminar ini juga antara lain untuk memelihara adat dan senibudaya Murut selain mendokumentasikan secara lebih formal dan sempurna sebelum ia menjelajah ke peringkat antarabangsa,” tegas Dr Lucas yang yakin bahawa Bahasa Murut akan mendapat sambutan yang menggalakkan di peringkat antarabangsa.

“Pendokumentasian bahasa ibunda ini salah satu usaha untuk mempertahankan talian hayat bahasa itu daripada pupus ditelan zaman, sedangkan sekarang pun ramai generasi muda terutamanya generasi di alaf baru tidak dapat menguasai bahasa Murut dengan lebih sempurna,” tambahnya lagi.

Dr Lucas menambah, sepertimana kata pepatah Melayu ada mengatakan bahawa hilangnya budaya dan bahasa, maka hilanglah bangsa. Maksudnya, kemertabatan bangsa dan budaya bagi sesuatu kaum tidak boleh dipisahkan.

“Kita juga boleh ibaratkan tamadun bangsa, budaya dan bahasa sama seperti lagu dan irama jika dipisahkan maka sumbanglah lagu itu, “ jelas beliau.

9 comments:

  1. Wah, tak sangka Duta Finland pun berminat dengan bahasa Murut.

    ReplyDelete
  2. semoga ia dpt memperkembangkan bahasa murut.

    ReplyDelete
  3. harap ini akan menjadikan adat dan senibudaya Murut menjadi lebih dikenali dan dapat dipelihara.

    ReplyDelete
  4. Setiap bahasa ada keunikannya. Tidak hairan jika Duta ini berminat dalam bahasa Murut.

    ReplyDelete
  5. Usaha ini mampu memartabatkan Bahasa Murut diperingkat antarabangsa selain dari bahasa KadazanDusun.

    ReplyDelete
  6. untuk sampai keperingkat antarabangsa, mungkin agak sukar. tapi yang penting ada usaha untuk memartabatkan bahasa ini supaya tidak ditelan zaman.

    ReplyDelete
  7. Semoga bahasa ini tidak akan pupus dan adat dan senibudaya juga haruslah dipelihara bagi generasi akan datang.

    ReplyDelete
  8. Setuju Wazxiran. Bahasa Murut harus dijaga dan dipelihara utk generasi akan datang.

    ReplyDelete
  9. Sama2lah kita berjuang untuk terus memartabatkan bahasa ini.

    ReplyDelete