Monday 14 March 2011

EKSEKUTIF KANAN SAMAN PDRM



Oleh: MUTALIB M.D

EKORAN tindakan empat orang polis dari Ibu Pejabat Polis Semporna yang suka ‘menjaga tepi kain orang’ menyebabkan mereka disaman oleh seorang Eksekutif Kanan Petronas yang telah dikasari, dihina dan dihalau keluar daripada rumahnya sendiri ekoran pertikaian rumah tangga.

Menurut Eksekutif berkenaan, Nusri Haji Jabbi, polis telah menyalahguna kuasa dan mentafsir undang-undang sesuka hati dan menggunakan Seksyen 4, Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521) sedangkan mereka wajar mendapat perintah menurut Seksyen 6 Subskyen (1) (b) Akta yang sama sebelum menghalau beliau keluar daripada rumah tersebut.

“Saya berasa teramat malu kerana dihalau keluar di hadapan ibu mertua dan jiran-jiran di berek polis yang kami tinggal secara sah,” ujar Nusri yang kesal kerana polis bertindak di luar batasan dengan mencampuri urusan keluarga beliau.

Ekoran daripada itu, Nusri telah membuat laporan polis di Balai Polis Semporna dan seterusnya memfailkan saman terhadap polis-polis berkenaan dan Kerajaan Malaysia untuk mendapat keadilan di mahkamah.

Berikut merupakan isi laporan polis Nusri;

Saya Nusri Bin Hj. Jabbi (No Kad Pengenalan 750710-12- 5223), seorang warganegara Malaysia yang cukup umur dan beragama Islam. Saya berkerja sebagai Eksekutif Kanan di PETRONAS Carigali SDN BHD; Operasi Sabah. Dan beralamat di Lot 168, Berek Polis, IPD Semporna dengan sesunguhnya dan seikhlasnya melaporkan seperti berikut.

Saya telah berkahwin dengan Sitti Razmah Binti Hj. Abd. Rahman (RF/T 13146) pada 9 Februari 1997 di Kampung Kabimbangan Semporna Sabah berwalikan Waris Bin Abd Rahman (Abang Kandung) dan mempunyai 5 orang anak.

Isteri saya bertugas sebagai anggota Polis berpangkat L/Kpl di Semporna Sabah

Pada 10 Mei 2010, di antara Jam 2200 hingga 2300 PM di Lot 168, Berek Polis IPD Semporna Sabah, sedang saya membuai anak saya di rumah, saya telah di datangi oleh seramai empat (4) anggota polis. Salah seorang daripadanya memperkenalkan dirinya dengan menunjukkan Kad Pengenalan Polis dan dikenali sebagai Sarjan Tukiman B. Horjo Satomu (THS); Inspektor Sarimah, Zahari Bin Awang dan Fauziah Binti Salleh.

Pada masa tersebut mertua saya, Liza Bt Tubanin (LT) dan Isteri saya Sitti Razmah Bt Abd Rahman (SRA) berada di situ.

Anggota tersebut menyatakan tujuannya untuk menyampaikan Perintah Perlindungan Interim yang bertarikh 03 Mei 2010 yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Semporna yang telah dipohon oleh Isteri saya berasaskan Laporan Polis Karamunsing/RPT/4940/2010.

Kandungan perintah yang dikeluarkan terhadap saya adalah; “Dihalang Daripada Menggunakan Keganasan Rumah Tangga Terhadap Sitti Razmah Bte Hj Abd Rahman”, yang diberi oleh Majistret Melissa Chia Pui Fung, daripada Mahkamah Majistret, Semporna.

Setelah menandatangani Perintah tersebut, saya sebagai orang yang diperintah telah bertanyakan HAK saya dalam perintah tersebut.

THS menjelaskan bahawa mengikut Perintah Interim ini, Saya tidak boleh BERJUMPA DENGAN ISTERI SAYA.

Saya meminta pengesahan sekali lagi mengenai kenyataan THS mengenai HAK saya mengikut PERINTAH tersebut.

THS mengesahkan sekali lagi bahawa SAYA TIDAK BOLEH BERJUMPA DENGAN ISTERI SAYA.

Sambil melihat kepada THS dan membuat catatan di dalam perintah tersebut, saya meminta kepastian sambil menulis nota SAYA TIDAK BOLEH BERJUMPA ISTERI SAYA sambil melihat ke arahnya. THS mengangguk tanda memberi kepastian.

Selepas itu saya membacakan Tafsiran Keganasan Rumahtangga Keganasan rumahtangga mengikut tafsiran:

“Seksyen 2 Akta Keganasan Rumahtangga 1994 (Akta 521) adalah pelakuan mana-mana perbuatan yang berikut:- Secara bersenjata atau dengan disedarinya meletakkan, atau cuba meletakkan mangsa itu dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal; Menyebabkan kecederaan fizikal kepada mangsa itu dengan sesuatu perbuatan yang diketahui atau yang sepatutnya diketahui akan mengakibatkan kecederaan fizikal; Memaksa mangsa itu dengan paksaan atau ancaman untuk melakukan apa-apa kelakuan atau perbuatan berbentuk seksual ataupun selainnya, yang mangsa itu berhak tidak melakukan; Mengurung atau menahan mangsa tanpa kerelaan mangsa itu; atau Melakukan khianat atau kemusnahan atau kerosakan kepada harta dengan niat untuk menyebabkan atau dengan disedari bahawa ia berkemungkinan menyebabkan kesedihan atau kegusaran kepada mangsa itu oleh seseorang terhadap:- Isteri atau suaminya; Bekas isteri atau suaminya; Kanak-Kanak; Orang dewasa tidak berkeupayaan; atau Mana-mana anggota lain keluarga.”

TSH menjawap itu adalah mengikut tafsiran saya dan tafsiran polis adalah berlainan sambil di persetujui oleh …………

Saya juga menjelaskan beberapa butiran mengenai Seksyen 4 Perintah Perlindungan Interim seperti berikut:

“Mahkamah boleh, sementara menunggu penyiasatan berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga, mengeluarkan perintah perlindungan interim yang menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuat daripada menggunakan keganasan rumahtangga terhadap isteri atau suami atau bekas isteri atau suaminya atau kanak-kanak atau orang dewasa tak berkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga, mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimana dinyatakan dalam perintah itu. Sesuatu perintah perlindungan interim hendaklah terhenti berkuatkuasa setelah selesainya penyiasatan.”

TSH dengan bersahaja dan tidak memperdulikan pernyataan saya.

Saya menjelaskan kepada TSH pada masa dan sebelum TSH menuturkan, mengutarakan secara berulang untuk kepastian pernyataan mengenai “SAYA TIDAK BOLEH BERJUMPA ISTERI SAYA” itu. TIDAK berlaku SEBARANG PENGGUNAAN KEGANASAN RUMAH TANGGA TERHADAP ISTERI SAYA oleh saya.

Seksyen 4, secara jelas menyatakan DIHALANG DARIPADA MENGGUNAKAN KEGANASAN RUMAH TANGGA.

TSH juga MENGARAHKAN saya KELUAR dari RUMAH KEDIAMAN BERSAMA dengan nada tegas yang saya rasakan wujudnya unsur-unsur UGUTAN supaya memberikan kerjasama bagi memudahkan tugasnya.

Saya menjelaskan bahawa saya berada di rumah ini adalah untuk berjumpa dengan anak saya dan TIDAK WUJUD UNSUR-UNSUR KEGANASAN RUMAH TANGGA sewaktu saya berada di situ.

Saya juga menjelaskan TIADA sebarang PERINTAH MAHKAMAH BAGI MENGELUARKAN SAYA DARIPADA KEDIAMAN BERSAMAAN Seperti yang termaktub di dalam Seksyen 6 Subskyen (1) (b) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521). Bagi tujuan MENGHALAU saya dari rumah di hadapan jiran-jiran dan ibu mertua saya.

Apa yang berlaku adalah sebaliknya. Isteri saya secara sedar dan tahu. Mengherdik, menyumpah dan mengeluarkan kata-kata kesat bagi ‘memprovokasi’ saya. Sambil berteriak menghalau saya dari rumah tersebut walaupun saya secara diam dan duduk di kerusi sambil mendukung anak saya.

Tindakan TSH MENGHALAU SAYA DARI RUMAH bersandarkan PERINTAH PERLINDUNGAN INTERIM Seksyen 4; tersebut merupakan satu:

-Penghinaan;

-Sangat Cuai, tidak berhati-hati, tidak bertanggungjawab, dengan sengaja, berniat jahat dan bertujuan merendahkan kehormatan saya di mata umum, jiran-jiran dan mendedahkannya kepada dendam, penghinaan, benci yang amat sangat, hina dan cemuhan.

-Melampaui Kehendak Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. Seksyen 4.

-Menafikan hak saya sebagai seorang suami yang SAH dari segi Hukum Syarak.

-Menafikan hak saya untuk Hidup bersama dengan anak-anak saya.

-Percubaan, Persediaan, Persubahatan dan Komplot Seorang Pegawai Badan Awam menggunakan kedudukannya, apabila dia membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan, berhubung dengan apa-apa perkara yang mengenai sekutunya, mempunyai kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Kesan daripada DIHALAU dari rumah tersebut, telah menyebabkan perasaan saya Terseksa, Malu, Dipandang Rendah Dan Mencemarkan maruah saya sebagai seorang ketua di dalam keluarga saya.

Tindakan menghalau dan wujudnya UGUTAN yang amat MENAKUTKAN saya dan sangat serius terhadap saya; Ini mengakibatkan saya malu yang amat sangat dan sengsara.

Kesan daripada tindakan tersebut, ia telah memberi Impak Jangka Panjang yang amat negatif terhadap kehidupan saya dan anak-anak saya.

Kesan daripada tindakan tersebut, ia telah menjejaskan darjat dan reputasi saya sebagai seorang suami.

Dengan laporan ini, saya memohon satu siasatan secara terperinci agar kebenaran di perolehi dan sebarang salah laku dihukum bagi menjamin hak saya sebagai seorang rakyat Malaysia di bawah akta seperti berikut:

-Salah gunakuasa Penjawat awam dan mana-mana yang berkaitan.

-Enakmen Undang Undang Islam Keluarga Negeri Sabah No 8 Tahun 2004.

-Hak untuk mengetahui hasil sisatan selepas 2 minggu dari tarikh laporan.

Ekoran daripada laporan polis tersebut, Nusri telah memfailkan writ saman terhadap empat defendan dan Kerajaan Malaysia seperti berikut;

NUSRI BIN JABBI PLAINTIFF

AND

1. TUKIMAN BIN HORJO SATOMU 1ST DEFENDANT

2. SARIMAH BINTI OSMAN 2ND DEFENDANT

3. ZAHARI BIN AWANG ALI 3RD DEFENDANT

4. FAUZIAH BINTI SALLEH 4TH DEFENDANT

5. KERAJAAN MALAYSIA 5TH DEFENDANT

STATEMENT OF CLAIM

1. The Plaintiff is the husband of Siti Razmah Binti Hj. Abd. Rahman.

2. 1st to 4th Defendant is the staff of 5th Defendant and member of the Royal Malaysia Police.

3. On 03.05.2010 around 2000 to 2200 hrs, the 1st to 4th Defendants has come to my house at Lot 168 Police quarters to serve the Court Order that states inter alia:

5. 1st to 4th defendants served the court order to me before my wife and my mother in law.

6. After I received and read the contains of the court order, I was asking the 1st defendants on my right pursuant to the order that state in the court order.

7. The 1st defendants have instructed me to go out from the house.

8. In Consequences of the 1st to 4th Defendants Wrongful instruction, I have suffered serious Damages and Humiliation.

9. Dissatisfied with the 1st to 4th defendant’s actions, I was making a police report on 04.05.2010 and further I file this action as:

PARTICULAR OF REFFFRENCE.

10. 1st to 4th Defendants was Not Acting to any Written Law, Unlawfully and Unconstitutional.

11. 1st to 4th Defendants was acting ulter virus against Section 4 Act 521.

12. 1st to 4th Defendants was violated Section 20 (3)(f) of the Police Act 344.

13. 1st to 4th Defendants was violated Articles 5 and 8 Of The Federal Constitution.

AND THE PLAINTIFF claims that:

1. Special Damages that paid by the defendants amounted RM 1.2 Millions (Ringgit Malaysia One Millions Two Hundred Thousands) from Defendants for the injury caused to my reputation as a husband and the collapse of my family organization. Loss of reputation and credit, humiliation, and mental suffering and additional harms includes discomfort, injury to health, loss of time, and deprivation from my children and distress.

2. General damages that paid by the defendants where the amount will be finalized by the court;

3. Aggravated Damages that paid by the Defendants whereby the amount will be finalized by the court;

4. Exemplary damages that paid by the defendants whereby the amount will be finalized by the court;

5. The 5th Defendant will pay all the damages that will be paid by the 1st to 4th Defendant Vicariously.

6. Interest 8% per annum thereon;

7. Costs; and

8. Any further or other relief that this Honorable Court deems fair and just in the circumstances.

No comments:

Post a Comment