Tuesday 22 March 2011

ELRON GESA SEGERAKAN PEMBAIKAN JAMBATAN



BIMBANG….Ellron memantau jambatan yang menjadi kebimbangan pengguna Kg.Sinulihan-Mokotog bersama Kunin.

Oleh: ROZIE JUMAT

WAKIL Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin menggesa Jabatan Kerja Raya (JKR) mempercepatkan pembaikan Jambatan Kg.Sinulihan-Kg.Mokotog di Keningau. Ini kerana jambatan yang merentasi Sungai Sook itu adalah satu keperluan utama penduduk di kawasan itu , kini dalam keadaan uzur dan berisiko kepada pengguna.

Ellron berkata, keadaan jambatan uzur itu menimbulkan kebimbangan pengguna tetapi tidak mempunyai pilihan lain untuk menggunakannya. Beliau pernah memantau keadaan jambatan itu pada tahun lalu dan menggesa agar tindakan drastik dilakukan oleh pihak berkaitan. Namun sehinggalah pemantauan kali kedua masalah jambatan itu masih berlarutan.

Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar itu menegaskan bahawa jambatan itu satu-satunya jalan yang membolehkan petani di kawasan itu untuk mengeluarkan hasil mereka.

Beliau berkata demikian ketika membuat tinjauan ke atas jambatan itu bersama Pemimpin Kemajuan Masyarakat (CDO) Abdul Kunin Saili dan Ketua Kampung Sinulihan Baru, Daim Duluminin.

“Saya juga meminta JKR agar menyelenggara mana-mana jambatan di bawah seliaan mereka, jangan tunggu rungutan baru bertindak,” ujar Ellron yang juga Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

No comments:

Post a Comment