Wednesday 23 March 2011

FERI OH FERI KENAPA SELALU PENUH?


Saudara Pengarang,

STATUS Pulau Bebas Cukai yang dimiliki Labuan hanyalah indah khabar daripada rupa kerana realitinya sesiapa yang tinggal di pulau ini terpaksa menanggung kos hidup yang sangat tinggi.

Ketiadaan pengangkutan laut yang efisien merupakan faktor utama penyebab harga barang di pulau ini sangat mahal jika di bandingkan dengan pekan terdekat, Kuala Penyu.

Nampaknya kesusahan rakyat Sabah-Labuan terus dipandang sepi oleh Kerajaan Persekutuan dan Ahli Parlimen Malaysia (Labuan). Janji untuk menambah operator feri yang baru terus sunyi sepi.

Kami mengharapkan agar Labuan Ferry Corporation (LFC) janganlah hanya memikirkan keuntungan sahaja. Laksanakanlah tanggungjawab awam anda untuk memberi kebajikan kepada rakyat.

Dalam kesempatan ini, saya turut menyeru Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal untuk memastikan LFC boleh mengadakan pelayaran Menumbok-Labuan sepanjang 24 jam dan tidak seperti sekarang. Banyak masalah yang boleh selesai dengan cara ini.

Salam Hormat.

CALON BEBAS

1 comment:

  1. ekonomi Labuan pasti rancak dgn adanya pelayaran 24 jam ini spt kehadiran pelancong setiap masa. ia ibarat 'jambatan bayangan dpt membantu rakyat Labuan-Sabah melaksanakan aktiviti harian/kecemasan..x salah jika Kerajaan/ahli parlimen Labuan/Beaufort beri dana kpd LFC spy lakukan tanggungjawab sosial ini..Mahal sangat ka minyak bawa feri? bukankah Labuan syurga minyak?

    ReplyDelete