Thursday 24 March 2011

FRANKIE CHONG BUKAN GENTLEMEN!



Saudara Pengarang,

SAYA ingin merujuk kepada berita ‘PBRS Tamak dan Gila Kuasa’ yang dikeluarkan di portal popular ini baru-baru ini. Terima kasih kepada Sabahkini.net kerana bahan berita itu sangat menarik untuk diulas.

Membaca kepada kenyataan yang diberikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pedalaman, Rudy Sulaiman Mairi; saya panti kenyataan itu sudah tentu bukan dari diri Rudy sendiri. Rudy terlalu pintar untuk berkata-kata tetapi kita sangsi dengan kebijaksanaannya.

Umum tahu, Pengerusi SAPP Pedalaman adalah Datuk Frankie Chong, Timbalan Speaker yang dimaksudkan oleh Parti PBRS. Gesaan agar beliau meletak jawatan secara terhormat tidak dipedulikan oleh Frankie kerana beliau bukanlah seorang pemimpin yang gentlemen. Bahkan beliau memasang Rudy untuk mempertahankan beliau siap dengan fakta-fakta sekali.

Sudah jelas bahawa Frankie dan SAPP tidak sama sekali akan meletakkan jawatan atas alasan lantikan secara perundangan. Namun, bermaruahkan Frankie dan SAPP kerana dalam masa yang sama, Frankie mengkhianati pihak yang memberinya gaji dan kedudukan?

Ternyata sekali Frankie yang gila kuasa dan darjat sehingga sanggup menjadi parasit untuk terus kekal memiliki kemudahan dan kebaikan di bawah kerajaan Barisan Nasional. Jika bukan kedudukan dan jawatan, kuasa yang diingini Frankie dan SAPP, mengapa mesti beliau terus bertahan sebagai timbalan speaker? Tidak keterlaluan dikatakan beliaulah sebenarnya yang gila kuasa dan tamak.

Sepatutnya Frankie mengikut langkah rakan-rakannya yang meninggalkan jawatan yang diberikan semasa berada sebagai parti komponen BN. Sebagaimana bermaruahnya tindakan YB Melanie Chia dan wakil-wakil rakyat SAPP yang lain.

Tapi sudah jelas lagi bersuluh bahawa Frankie sebagai Pengerusi SAPP Pedalaman menggunakan Ketua Pemudanya bercakap bagi pihaknya, sehingga sanggup mencerca BN dan PBRS. Dalam soal ini jika Frankie seorang yang bermaruah dan berhemah, maka adalah lebih baik beliau letakkan jawatan secara terhormat. Maka beliau akan dilihat lebih berkredibiliti.

Salam Hormat,

ANTI ORANG GILA KUASA

No comments:

Post a Comment