Wednesday 2 March 2011

GREEN ELECTRIC CIPTA PENAWAR PLUMBUM?



RINGAN….Pegawai Pemasaran GESB, Ayu, memegang janakuasa elektrik mini yang sesuai digunakan dalam semua keperluan kerana amat ringan dan berdaya tahan lama.

Oleh: MUTALIB M.D

“Kini janakuasa elektrik berada di telapak tangan kita,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif (C.E.O) Green Electric Sdn.Bhd (GESB), KS Loh yang menjelaskan perkembangan terkini sektor tenaga diperbaharui di Malaysia.

GESB yang diperbadankan di Malaysia pada 7 Oktober 2008 menawarkan kaedah penyelesaian terbaik kepada isu keracunan plumbum yang mengancam Sabah dan Malaysia melalui kaedah mesra alam dengan melalui penggunaan bateri lithium polymer yang boleh dikitar semula terus daripada kilang.

Ketika ditemui di pejabatnya di Lot 3.02C (East Wing), Tingkat 3, BRDB Tower, 285 Jalan Maarof, Bangsar, Kuala Lumpur, KS Loh berkata, pihaknya telah membelanjakan ratusan juta untuk sektor penyelidikan dan pembangunan sebelum membangunkan kilang bateri lithium polymer di Kulim, Kedah

“Setakat ini kita pengeluar tunggal bateri lithium polymer dan menjadikan industri ini sebagai komoditi utama eksport kita ke Benua Eropah, Asia dan Amerika. Pelanggan kita membeli produk kita dan memasarkan semula ke negara ini,” ujar KS Loh yang menekankan betapa pentingnya tenaga yang boleh diperbaharui dalam kancah keruncingan tenaga dan ketidak tentuan kenaikan harga minyak dunia.

Kini, kata KS Loh, pihaknya membuka pasaran tempatan bagi menjimatkan kos operasi pelanggan dan sebagai menjalankan tanggung jawab sosial kepada rakyat Malaysia, produk mesra alam ini boleh terus dibeli daripada syarikatnya tanpa melalui orang tengah atau agen asing.

“Kita membangunkan teknologi ini kerana memikirkan betapa pentingnya tenaga hijau dan kegentingan sektor tenaga di Malaysia yang selama ini terlalu bergantung kepada jana kuasa diesel dan hidro yang terlalu mahal,” kata KS Loh berbanding teknologi yang diperkenalkan syarikatnya yang kos efektif dan berdaya tahan.

Menurut KS Loh, pihaknya selama ini telah mengeluarkan pelbagai jenis bateri lithium polymer, termasuk Nano yang padat, mudah alih, ringan dan mudah dikendali untuk memenuhi permintaan daripada lebih 10 negara di dunia, namun apabila pengimport memasarkan semula produk tersebut ke Malaysia, maka GESB memutuskan untuk memasarkan sendiri produk amat berharga ini, namu terus mengeksport produk mereka ke luar negara.

Penjimatan kos dan keberkesanan sistem yang dijanakan syarikatnya, kata KS Loh mendorong beberapa agensi kerajaan di Malaysia mengiktiraf produk berstatus prima (eksport) tersebut kerana telah terbukti berjaya menjimatkan kos dan tahan lama serta mudah diselenggara berbanding dengan bateri asid plumbum yang dilambakkan ke Malaysia oleh negara yang telah mengharamkan plumbum.

Buat masa ini kata KS Loh, pihaknya telah menyiapkan banyak projek perintis, antaranya Sistem Solar Mini di Kampung Sumambu dan Katubu, Tenom; Sistem Solar untuk lampu jeti nelayan di Pulau Timbang, Batu Sapi; Sistem Solar di Kampung Tronglit, Batu Sapi, Sandakan; Pemasangan Lampu Jalan di Kg Tronglit; Jalinan Kerjasama dengan SIRIM di kampung Gontoi, Kota Marudu Sabah; Makmal SIRIM di Bukit Jalil; Kerjasama dengan SIRIM di Kampung Kundang, Pekan, Pahang; dan Projek Perintis Genset Hibrid dengan JKR di SK Lepong Daat, Kapit Sarawak serta banyak projek lain termasuk Kementerian Dalam Negeri (Polis Diraja Malaysia) dan sebagainya.

Kata KS Loh, GESB ditubuhkan untuk merekacipta, membangun, mengintegrasi dan memasarkan produk elektrik yang diperbaharui menggunakan bateri lithium polymer sebagai pengganti mandatori kepada bateri asid plumbum yang digunakan sejak 1860-an, namun telah diharamkan di hampir semua negara membangun.

“Kita bersedia membekalkan bateri lithium dalam skala besar untuk semua kegunaan, termasuk menggantikan semua bateri asid plumbum yang telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah di luar bandar,” ujar KS Loh sebagai cadangan penyelesaian isu pencemaran plumbum di Sabah agar mengikuti langkah negeri Perak yang telah mengharamkan plumbum.

GESB merupakan syarikat usahasama dengan ETI Tech (M) Sdn Bhd yang disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Kuala Lumpur.

Bakal pelanggan yang berminat, termasuk agensi kerajaan boleh menghubungi KS Loh (012-4760115) atau KL Ang (016-3328276) untuk suaikenal produk, seminar dan reka bentuk strata tenaga hijau bagi sebarang keperluan.

Bakal pelanggan boleh melayari lama web GESB http://www.greenelectric.com.my/.

23 comments:

  1. This sounds like a good alternative that can replace lead as power generator.

    ReplyDelete
  2. Maybe the government can consider using these type of alternative power generator.

    ReplyDelete
  3. satu altenative yanga baik, harap penggunaan bateri lithium polymer yang lebih mesra alam akan diperluaskan bagi menggantikan penggunaan bateri plumbum.

    ReplyDelete
  4. telah ditemui penggunaan bateri lithium polymer adalah lebih baik kerana ia lebih bersih dan mesra alam.

    ReplyDelete
  5. This looks like a good alternative. The government should consider this suggestion.

    ReplyDelete
  6. ini sesuatu yang baik dan boleh menggantikan penggunaan plumbum

    ReplyDelete
  7. haramkan penggunaan plumbum di Sabah dan beralih kepada teknologi ini..

    ReplyDelete
  8. mungkin kerajaan harus menggunakan teknologi ini untuk menggantikan penggunaan plumbum.

    ReplyDelete
  9. satu berita baik dan pilihan yang lebih bagus untuk kesihatan dan alam sekitar.

    ReplyDelete
  10. “Kita bersedia membekalkan bateri lithium dalam skala besar untuk semua kegunaan, termasuk menggantikan semua bateri asid plumbum yang telah digunakan secara meluas di sekolah-sekolah di luar bandar,” ujar KS Loh sebagai cadangan penyelesaian isu pencemaran plumbum di Sabah agar mengikuti langkah negeri Perak yang telah mengharamkan plumbum.

    rundingan harus dilakukan untuk mencapai persetujuan..

    ReplyDelete
  11. Penganti plumbum sudah ada, apa pun kita nantikan apa yang akan ateri lithium polymer ini boleh dilaksanakan. Bateri ini yang boleh dikitar semula terus daripada kilang berbanding dengan bateri plumbum.

    ReplyDelete
  12. Mungkin dengan adanya bateri lithium polymer masalah ancaman kepada kesihatan pasti akan dapat diselesaikan. Kerajaan haruslah menkaji kembali penggunaan baru ini. Supaya dapat 100% kebaikkan.

    ReplyDelete
  13. Ada alternatif lain telah ditemukan bagi menangani masalah bateri plumbum ini. Kita nantikan saja bila perlaksanaan akan dilakukan bagi pengunaan bateri lithium polymer ini. Yang lebih berkonsepkan menjaga alam dan kesihatan pengguna. Keran bateri ini boleh dikitar semula dengan menghantar semula kekilang.

    ReplyDelete
  14. Kerajaan boleh mengaji sama ada ini sesuai untuk digunakan dulu.

    ReplyDelete
  15. Berita yang baik namun harus dikaji terlebih dahulu sebelum diputuskan penggunaannya.

    ReplyDelete
  16. Namun kalau tak silap kerajaan negeri sedang meneliti kajian yang dilakukan di Perak berhubung isu plumbum yang timbul. Semoga penantian terhadap hasil kajian membuahkan hasil. Mana tau langkah yang digunakan dapat menanggani isu ini. hehe

    ReplyDelete
  17. bagaimanapun, kaedah penyelesaian masalah yang ditawarkan oleh GESB tidak harus dipandang ringan. Buat pertimbangan sewajarnya dan tampillah dengan keputusan yang mampu membawa kebaikan semua pihak.

    ReplyDelete
  18. Apapun keputusannya nanti, pastikan keselamatan sentiasa diutamakan.

    ReplyDelete
  19. Sama2 lah kita mengharap yang terbaik dalam hal ini. All the best!!

    ReplyDelete
  20. Segera dikomersialkan kaedah alternatif ini. Tunggu apa lagi??

    ReplyDelete
  21. Buat keputusan yang terbaik demi keselamatan masa depan..

    ReplyDelete
  22. Harap semua pihak akan jadi lebih bertanggungjawab dalam hal sebegini.

    ReplyDelete