Sunday 13 March 2011

HISYAMUDDIN BIDAS KENYATAAN KURUP



Oleh: FAIZAL OKADAU

PENGERUSI TABAH (Bela Tanah Rakyat Sabah), Hisyamuddin Sulaiman menyangkal dakwaan Ahli Parlimen Malaysia (Pensiangan) yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup bahawa beliau menjadi dalang menimbulkan kekacauan di pejabat Daerah Sook.

Sekalipun tulisan Rozie Jumat dalam Sabahkini.net, kurup tidak menyebut secara khusus nama Hisyamuddin, tetapi petunjuk itu jelas ‘Penghasut Semenanjung’ itu merujuk kepada Hisyamuddin.

Penafian ini dibuat kerana beliau hadir ke tempat tersebut sekadar untuk memerhati dan mengenali adat penduduk tempatan menuntut sogit kerana tanah dan tempat ibadat mereka.

Selain itu Hisyamuddin menafikan keterlibatan beliau sebagi penghasut penduduk kampung kerana tuntutan mereka berkaitan adat penduduk tempatan kepada Mahkamah Anak Negeri.

Namun demikian, beliau berbangga, tuduhan itu menunjukan kepada beliau bahawa pimpinan Pakatan Rakyat lebih menjiwai denyutan jantung kepayahan penduduk Kg. Simbuan, Kg. Wawasan. Kg. Mokotog, Kg. Dumbun dan Kg. Pulutan berbanding Kurup yang menjadi ahli parlimen mereka; tetapi seolah-olah merestui nasib yang menimpa penduduk kampung tersebut.

Hisyammudin turut melahirkan kekewaan sikap Kurup yang hanya mengambil maklumat daripada orang lain tanpa turun sendiri berjumpa dan menyelesaikan masalah penduduk Sook.

“Sepatutnya kes tuntutan sogit penduduk Sook tidak perlu ke Mahkamah Anak Negeri. Cukuplah diselesaikan secara diplomasi, apatah lagi nilai tuntutan tidaklah sebesar mana,” ujar Hisyamuddin yang meminta Kurup lebih prihatin terhadap rakyatnya yang menderita akibat karenah birokrasi Kerajaan BN.

Tindakan membatalkan dan menyalahkan tuntutan Ketua Kampung Kg. Alab Lanas Dahlan @ Ulin B. Abdulah @ Amil dan Pengerusi Badan Bertindak Penuntutan Tanah Adat di Gabungan 5 kampung, Ukim @ Juhadi Bin Morindal @ Marindal, mengecewakan penduduk kampung tersebut. Kehadiran mereka ke Mahkamah Anak Negeri yang sebumbung dengan Pejabat Daerah sebagai sokongan kepada tuntutan tersebut telah disalahertikan oleh pemimpin BN.

Hisyammudin mendesak Kurup turun dan menyelesaikan tuntutan tersebut. Apatah lagi setelah tuntutan mereka telah dibatalkan oleh Pegawai Daerah menyebabkan mereka terpaksa membuat tuntutan semula kes tersebut di Mahkamah Anak Negeri.

“Hentikan sikap suka menyalahkan dan menuduh orang lain dan tunaikan tanggungjawab anda sebagai wakil rakyat,” tegas Hisyamuddin menutup bicaranya.

9 comments:

  1. All leaders and politicians should stop finding faults and focus on solving the problems.

    ReplyDelete
  2. Pointing fingers never solve any problems. Hope that everyone will stop wasting time.

    ReplyDelete
  3. aiks, kalau boleh berhentilah asyik tunding jari. Sudah sampai masanya usaha dilakukan utk bekerjasama menyelesaikan setiap masalah yang patut diselesaikan. Jangan lagi tambah masalah!!

    ReplyDelete
  4. Semua pihak harus mainkan peranan masing2 dan bguat apa yang patut:)

    ReplyDelete
  5. lebih baik mereka tumpukan untuk selesaikan hal penduduk.

    ReplyDelete
  6. lebih baik mencari penyelesaian daripada menuding jari.

    ReplyDelete
  7. Semoga hak rakyat dapat dipertahankan.

    ReplyDelete
  8. sebagai pengerusi TABAH (bela tanah rakyat Sabah)tipulah kalau beliau hanya memerhati dan mengenali adat penduduk tempatan.. jika benar beliau sekadar memerhati, bermakna TABAH hanya sekadar nama.

    ReplyDelete
  9. Pandai-pandailah kita menilainya.

    ReplyDelete