Sunday 6 March 2011

JALAN TERUK, KURUP PIKUL BERAS



BANTU… Kurup dan rombongan membantu mengeluarkan barang makanan dari sebuah lori yang kandas di pertengahan jalan menuju ke Kg.Pengaraan.

Oleh: ROZIE JUMAT

RAKYAT di kawasan yang terlibat dengan masalah tanah hutan simpan dan sistem pengangkutan bermasalah diminta untuk bersabar kerana tindakan telah diambil untuk mengatasi masalah mereka.

Ahli Parlimen Malaysia (Pensiangan), Tan Sri Joseph Kurup berkata demikian ketika berucap di Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Pengaraan di Nabawan.

Kurup berkata beliau faham kedudukan kampung itu yang sangat jauh di pedalaman. Namun beliau memuji ketabahan rakyat yang tetap menerima keadaan mereka.

Kurup yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, rakyat tidak perlu bimbang dengan kedudukan mereka di kawasan itu kerana mereka tidak akan diganggu selagi mereka mematuhi polisi kerajaan mengenai Tanah Hutan Simpan.

“Tanah ini memang milik kamu dan tidak akan diganggu. Begitu juga dengan tanah yang diusahakan. Cuma patuhilah syarat jangan besarkan lagi,” kata Kurup yang memberi jaminan geran komunal bakal diberikan.

Kurup yang juga Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) yang sepatutnya diiringi oleh beberapa pegawai dari jabatan kerajaan, terpaksa meneruskan rombongannya sendiri apabila jabatan-jabatan kerajaan yang berkenan berpatah balik kerana tidak sanggup meneruskan perjalanan kerana jalan raya teruk.

Kata Kurup, beliau datang jauh ke Pengaraan kerana beliau mendengar dengan masalah rakyat di kawasan itu. Bertolak dari Keningau pada jam 9.30 pagi dan tiba di Kg.Pengaraan, Nabawan pada jam 5.00 petang kerana jalan raya yang teruk.

Semasa di pertengahan jalan di laluan balak itu, Kurup dan rombongan juga turut membantu menolak sebuah lori yang terkandas semalaman menggunakan tiga buah kereta berkuasa besar.

“Sememangnya inilah tujuan saya datang ke kampung ini untuk melihat keadaan jalan raya,” kata Kurup yang turut merakam gambar beberapa buah jambatan berbahaya dan jalan raya yang teruk untuk diserahkan kepada Perdana Menteri.

“Beri saya masa untuk menyelesaikan masalah ini,” kata Kurup.

16 comments:

  1. saya langsung tidak berbangga dgn apa yg kurup lakukan. saya malah berasa nak muntah bila nampak si "tan sri" memikul beras 2 kampit. dia sepatutnta sudah melakukan sesuatu utk jalan ini sedekad yg lalu. bukankah begitu? Pilihan Raya Umum nak dekat2 dah. agakya ada udang di sebalik mee.

    ReplyDelete
  2. Ya memang betul kata Palanuk, sudah hampir 50 tahun tidak boleh dilaksanakan, sedangkan Kurup dalam BN pun tidak buat apa-apa. Ini hanya wayang kulit sahaja. Sudah tiba masa untuk menukar kerajaan.

    ReplyDelete
  3. Kurup should do more to improve the state of the roads.

    ReplyDelete
  4. Pls help them. They needs development, especially on the road issue.

    ReplyDelete
  5. wahh bukan selalu nampak wakil rakyat angkat2 beras ni...berat jg tu 10 kg...apa2 pun harap perkara seperti ini dibuat selalu, & penting jalan tu ba...kasi baik baru x payah lagi angkat2 beras mcm tu huhu...

    ReplyDelete
  6. jalan sepatutnya dinaiktaraf sejak dahulu lagi. apapun, harap ia akan dinaiktaraf secepat mungkin demi kemudahan penduduk.

    ReplyDelete
  7. Mungkin perancangan telah dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini. Jadi kita nantikan saja apa yang bakal dilakukan.

    ReplyDelete
  8. harap jalanraya yang baik akan dapat disediakan untuk kemudahan penduduk. apa pun, kesungguhan Kurup untuk melihat kawasan tersebut amat dihargai.

    ReplyDelete
  9. apa salahnya Tan Sri angkat beras dan dengar masalah rakyat? banding dengan pembangkang yang hanya tahu masuk kampung cari kesalahan pastu berceramah bla, bla, bla minta undi dari penduduk.

    ReplyDelete
  10. bila pemimpin BN tidak turun padang, rakyat anggap salah. bila mereka turun padang pula, pun dianggap salah..

    ReplyDelete
  11. Diharapkan masalah jalan raya tersebut akan diselesaikan.

    ReplyDelete
  12. Wakil rakyat haruslah kerap turun padang untuk meninjau keadaan di kampung tersebut.

    ReplyDelete
  13. Yup. wakil rakyat harus melihat sendiri keadaan penduduk kg. Jgn mgabaikn tanggunjwb sebagai wakil rakyat.

    ReplyDelete
  14. Kelakarnya bila berbangga dgn Tan Sri. Padahal rakyat mati2 kena tipu. Agaknya reberth salah seorang daripada mereka. Perancangan yg suda berdekad tapi tidak dilaksanakan adalah perlakuan tidak competent wakil rakyat. Apa ka jadahnya perancangan itu berlarutan sehingga berbelas-belas,malah berpuluh tahun lamanya tapi tidak pandai terlaksana. bila penduduk kampung tanya balik2 jawab masih dalam pertimbangan atau menunggu peruntukan. jalan di kampung ini rasanya salah satunya dari beribu-ribu permohonan yg dibuat oleh rakyat pedalaman. Adakah anda perasan, anda di kawasan sana bole merialisasikan impian mempunyai jalan bertar/aspal atau sekurang-kurangnya berturap jika pilihan raya kecil diadakan.? tak percaya, review balik apa yg berlaku dlm piliharaya2 kecil sebelum ini. anda akan sedar peruntukan akan diluluskan dgn serta merta. malah projek baru serta peruntukan baru akan diberikan. Ini adalah salah satu strategi politik. jadi mohon2lh kalian utk mempunyai pilihanraya kecil di kawasan masing2. pilihanraya umun pula hanya akan menambahkan janji2 palsu golongan2 elit dan berharta ini.

    ReplyDelete
  15. Kurup sepatutnya membantu menyelesaikan masalah jalan raya supaya tiada maslaah seperti ini berlaku.

    ReplyDelete
  16. Itulah, saya percaya dulu2 ketika pilihanraya semua dijanjikan, jadi rakyat pun undi siapa yang beri janji paling bagus. Jalan raya perkara paling asas pada zaman kini, tapi masih lagi dalam proses pembincangan kah?

    ReplyDelete