Sunday 6 March 2011

JAMAWI KABUR, RUBIN DAN RAIME BERTUKAR KERUSI?



Oleh: HAJI WAHAB TIMPAI.

KETUA Pemuda Umno Tenom, yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar tidak yakin beliau terpilih sebagai calon bagi kuota UMNO Parlimen P 181 Tenom pada Pilihan Raya umum ke 13 akan datang.

Wartawan Sabahkini.net dapat bertemu dengan Jamawi setelah selesai Sembahyang Fardu Jumaat, di Masjid Pekan Tenom untuk bertanya berhubung peluang beliau PRU 13, namun beliau hanya berkata terpulang orang atasan menilainya.

Pemimpin muda yang berasal dari Kampung Jawa Melalap itu kini aktif melawat ke kampung yang mempunyai majoriti suku Murut di kawasan Kemabong dan berserah nasibnya kepada keputusan pucuk pimpinan UMNO Sabah yang diketuai oleh Ketua Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO dan Barisan Nasional Negeri.

Menurut sumber yang boleh dipercayai di Kemabong, bahawa Ahli Parlimen sekarang ini Datuk Raimi Unggi bertanding kerusi Adun mana kala penyandang adun sekarang ini Datuk Rubin Balang hendak bertanding kerusi Parlimen PRU 13.

Pengundi kawasan Tenom majoriti Murut, dikuti Cina, Kadazandusun, Bumiputera Islam dan juga Lundeyuh belum memberi jaminan bahawa calon Murut boleh menang kerana rakyat di kawasan itu yang merangkumi dua Dewan Undangan Negeri itu pengundi majoriti Murut sudah berpecah menyertai parti-parti pembangkang.

Di kebelakangan ini, ramai penduduk di beberapa kampung di kawasan Murut di Kemabong mengisi borang sertai Parti Keadilan (PKR) dan Parti Maju Sabah (SAPP) merisaukan beberapa pemimpin Umno-BN tempatan.

Bagaimanapun, menurut pemerhati politik di sini, yang hanya dikenali sebagai Rahaman berkata, kerusi Parlimen dan Dun Melalap kurang selamat kepada Barisan Nasional (BN) terkecuali kerusi Kemabong masih milik Umno-BN.

10 comments:

  1. Hope that there are more suitable and qualified leaders in the state to fight for the rights of the people.

    ReplyDelete
  2. kita lihat saja nnti, tapi sebaiknya pilihlah calon yang benar2 sesuai.

    ReplyDelete
  3. saya setuju saudara antap, pilihlah calon yg benar-benar layak dipanggil pemimpin sbb sekarang apa yg saya lihat calon tu memang ramai tetapi yg layak jumlahnya terlalu sedikit. ada diantaranya yg hanya tahu memperomosikan diri di sana sini, dan satu penyakit yg paling bahaya adalah sikap mementingkan diri sendiri. untuk jadi calon sanggup gunakan taktik kotor, semata-mata utk menjatuhkan pihak lawan. kita sedia maklum tentang cerita ni sejak pru 12. Tetapi moga tuhan akan memberikan kemenagan pada org yg benar...

    ReplyDelete
  4. rakyat pandai-pandailah buat penilaian. pilihlah calon yang benar-benar terbaik.

    ReplyDelete
  5. Sekiranya dia yang terbaik untuk penduduk tidka mustahil akan terpilih pada akan datang.

    ReplyDelete
  6. apa perubahan yang akan berlaku di Tenom jika pemimpin2 yang sama dikekalkan? sudah ramai penduduk yang menyertai pembangkang disebabkan kegagalan pemimpin2 ini menjalankan tugas mereka di kawasan tersebut. tidak ada gunanya umno-BN berasa risau jika tidak ada tindakan melawan kemaraan pembangkang di Tenom.

    ReplyDelete
  7. This should be interesting. Lets just wait and see..

    ReplyDelete
  8. People will need to evaluate smartly when it comes to voting. Choose the best candidate!

    ReplyDelete
  9. Kita masih memerlukan pemimpin yang lantang memperjuangkan hak rakyat.

    ReplyDelete
  10. "Pemimpin muda yang berasal dari Kampung Jawa Melalap itu kini aktif melawat ke kampung yang mempunyai majoriti suku Murut di kawasan Kemabong dan berserah nasibnya....."

    Rakyat pandai2 sajalah.

    ReplyDelete