Sunday 6 March 2011

JANGAN PANDANG REMEH MASALAH RAKYAT



Oleh: MEDIA PKR TENOM

KESELAMATAN rakyat juga mesti diutamakan oleh Kerajaan BN kerana masih banyak jambatan kayu yang berbahaya dibuat oleh Kerajaan BN di kampung-kampung seperti di kampung Langsat Melalap yang kini tidak selamat dilalui oleh kenderaan berat dan pengangkutan awam.

Teguran ini dibuat oleh Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman ketika beliau melawat kampung-kampung dalam program beliau bertemu rakyat Melalap di pedalaman.

PERIKSA…Setiausaha PKR Tenom memeriksa jambatan yang tidak selamat di kampung Langsat Melalap.

"Perhatikan jambatan yang kelihatan diperiksa oleh Setiausaha PKR Cabang, Masery Raisimin. Ternyata keselamatan rakyat yang melalui jambatan tersebut diragui. Kenapa jambatan tersebut masih kelihatan seperti jambatan era 60-an? Sepatutnya tugas Wakil Rakyat BN memeriksa setiap masalah dan keperluan rakyat. Jangan anggap diri mereka itu sebagai 'Tuan Besar' atau 'VIP' hanya jumpa rakyat di hotel atau di kedai- kedai kopi sahaja. Masuklah kampung, buat kerja untuk rakyat," bidas Ketua PKR Tenom.

Halik terus menyerang Wakil Rakyat BN, "Lihat lopak-lopak di jalan Kampung Langsat, di Melalap ini, kenapa tidak diperbaiki? Pergi mana peruntukan jalan-jalan kampung? Atau tunggu kalau ada Wakil Rakyat BN mati, maka barulah kelam kabut TPM Muhyiddin Yassin memberi peruntukan memperbaiki kepincangan, agar calon BN menang sekali lagi dalam PRK seperti di Merlimau Melaka dan Kerdau di Pahang dan di tempat tempat lain yang ada kematian calon BN".

Pagi tadi dalam satu sidang media dipejabat PKR Tenom, Setiausaha PKR Tenom Masery Raisimin membidas hebat kepada semua Wakil Rakyat BN Daerah Tenom yang dianggapnya sebagai 'Makan gaji buta' tidak menjalankan tugas melawat rakyat membantu mengatasi masalah rakyat, terutama sekali masalah 'tanah adat' yang dirampas oleh syarikat-syarikat balak dari Kuala Lumpur.

Masery berkata, "Kenapa Wakil-Wakil Rakyat BN semua membisu untuk mengatasi masalah tanah adat? BN nampaknya seolah-olah menggalakkan tanah-tanah adat rakyat diambil oleh syarikat dari Semenanjung. Wakil-Wakil Rakyat diam seribu bahasa, seolah-olah takut untuk bersuara untuk membela hak rakyat Tenom."

16 comments:

  1. A leaders duty is to help fight for developments and help solve the people's problems. They should be more sensitive to the people's needs.

    ReplyDelete
  2. The people should also vote for those leaders that are credible and willing to fight for the people's rights.

    ReplyDelete
  3. They as a leader should always look out on the people's problems and needs. When problem arise, they must immediately figure out a solution and take action to solve it.

    ReplyDelete
  4. A lazy leader will definitely not get voted again.

    ReplyDelete
  5. masalah penduduk ini perlu diambil berat dan seharusnya selesai.

    ReplyDelete
  6. Setiap keluhan rakyat harus diberi perhatian.

    ReplyDelete
  7. masalah rakyat tidak seharusnya dipandang remeh walau sekecil mana pun kerana akan memberi kesan kepada imej dan kredibiliti..

    ReplyDelete
  8. diharap kerajaan dan wakil2 rakyat akan sentiasa peka akan masalah yang dihadapi oleh masyarakat setempat dan menyelesaikannya dengan segera.

    ReplyDelete
  9. saudara masery tak baca news paper ka? kan sekarang permasalahan tanah adat di Tenom sedang dalam pembelaan wakil2 rakyat tenom. MP Tenom Datuk Raime Unggi sedang memperjuangkan hak rakyat tenom berkenaan tanah adat. janganlah cakap ikut sedap mulut ja seolah-olah wakil2 rakyat kita tak berkerja duk tidur ja di rumah. Aduhai.....

    ReplyDelete
  10. harap permasalahan yang berlaku dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  11. Apa masalah rakyat pasti akan direkodkan dan akan diambil tindakkan sebolehnya.

    ReplyDelete
  12. jika PKR berjaya mengambil alih kerajaan pun belum tentu mereka mampu masuk ke kampung2 setiap masa. pasti mereka akan terikat dengan banyak komitmen lain yang boleh menghadkan pergerakan mereka. pada waktu itu, mereka juga terpaksa mengharapkan aduan masalah rakyat sampai kepada mereka..

    ReplyDelete
  13. gambar kerosakan jalan dan jambatan di atas tidaklah seteruk yang dialami dikampung2 lain. sekiranya penduduk melihat adanya keperluan untuk membaiki jalan dan jambatan itu, ia perlu diajukan kepada pihak yang berkenaan. persoalannya pernahkah aduan dibuat? biasalah pembangkang akan sentiasa bergerak kehulu kehilir dan apabila terlihat lopak kecil maka dikatanya itu adalah kegagalan BN selama mentadbir Sabah bla,bla,bla..

    ReplyDelete
  14. YB tempatan sepatutnya menunaikan tanggungjawab mereka dalam hal seperti ini.

    ReplyDelete
  15. Bagus, dedahkan segalanya. Bagus juga PKR sanggup turun padang panas2.

    ReplyDelete
  16. saya rasa tidak elok juga rebirth berkata sedemikian. mustahil laporan tidak dibuat. kalau dibuat pun belum tentu ada tindakan, alasan tiada bajet. sememangnya wakil2 rakyat BN yang diundi adalah dari kampung itu sendiri, jadi takkan terlepas pandang?

    ReplyDelete