Saturday 26 March 2011

JAPLIN TERLEPAS, SUHAILI MASIH TERGANTUNG?



Saudara Pengarang,

SAYA adalah salah seorang daripada 3,233,586 orang ahli UMNO dan merupakan Ketua Cawangan UMNO di Labuan berterima kasih kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana telah melepaskan hukuman penggantungan yang dikenakan kepada ADUN Usukan (Sabah), Datuk Japlin Akim pada 2009 kerana didapati bersalah terlibat dalam politik wang.

Baru-baru ini selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, Najib berkata MT bersetuju melepaskan Japlin daripada hukuman itu; "Mulai hari ini, beliau boleh kembali kepada UMNO dengan hak sepenuhnya sebagai anggota."

Namun kami di Labuan masih tertanya-tanya bilakah Ketua UMNO Bahagian Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman dilepaskan daripada penggantungan setelah kes mahkamahnya diselesaikan menurut undang-undang dan Pendaftar Pertubuhan telah membenarkan beliau kembali memegang jawatan.

Memandangkan pilihanraya semakin hampir, kami bimbang kerusi Labuan akan jatuh ke tangan pembangkang kerana perpecahan di dalam UMNO Labuan begitu ketara; apatah lagi selama ini Suhaili adalah ‘keyman’ atau jentera penting pada setiap pilihanraya umum, sekalipun beliau diketepikan pada pilihanraya umum 2008 atas sebab teknikal.

Bagi kami ahli UMNO Labuan, cukuplah hukuman yang telah dikenakan ke atas Suhaili dan berhentilah menzalimi kami yang bagaikan ‘anak ayam tanpa ibu’ kerana Pemangku Ketua Bahagian gagal menjalankan tugas dengan sempurna; seolah-olah UMNO Labuan hanya wujud pada nama; tetapi hakikatnya ahli UMNO semakin benci kepada UMNO, terutama Setiausaha Agung, Datuk Seri Adnan Mansor (maaf kerana tidak meletakkan namanya ‘Tengku’ yang diperolehi secara palsu) yang menjadi dalang sebenar kenapa Suhaili digantung tidak bertali sehingga ke hari ini.

Demi sisa-sisa cinta kami kepada UMNO, kembalikanlah jawatan Suhaili dan jika ingin menjatuhkan beliau, buatlah mengikut Perlembagaan, melalui pertandingan yang sihat dan bukannya ‘Fitnah’ dan perangkap kerana perbuatan tersebut amat zalim dan khianat.

Salam Hormat,

KETUA CAWANGAN INSAF

8 comments:

  1. Hope that Japlin has learn his lesson.

    ReplyDelete
  2. Good luck to the others.

    ReplyDelete
  3. Susah juga mahu komen pasal dunia politik ni.. hhmmm..

    ReplyDelete
  4. Biarlah rakyat sendiri yang membuat penilaian terhadap perkara ini.

    ReplyDelete
  5. semoga keputusan yang terbaik dibuat berhubung pekara ini.

    ReplyDelete
  6. Bersatulah BN, mari kita sama-sama mempertahankan kerusi pemerintahan. Jangan kita asyik bertengkar sesama sendiri. Tidak ada gunanya, ia hanya akan melemahkan parti sendiri.

    ReplyDelete
  7. keputusan yang terbaik kena dibuat bagi perkara ini.

    ReplyDelete
  8. mungkin hasilnya lebih baik jika perkara ini diajukan terus kepada PM secara bersemuka. apa sahaja masalah yang melibatkan parti perlu sentiasa dibawa berbincang..

    ReplyDelete