Wednesday 16 March 2011

KEMISKINAN SIFAR MELALUI CILI FERTIGASI



TAKLIMAT… Jamawi diberi taklimat Pengurus Besar kiri sekali berhubung projek tanaman cili fertigasi, manakala Akuchai (dua dari kanan).

Oleh: MAIL MATHEW

PROJEK Cili Fertigasi di bawah skim peningkatan kesejahteraan rakyat (SPKR) di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) yang diselaraskan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di sini berpotensi besar dalam membantu masyarakat luar bandar keluar daripada belenggu kemiskinan.

Demikian dinyatakan Pengurus Besar PPK Tenom, Abdul Hasrul ketika memberi taklimat kepada Presiden Kehormat PPK Tenom, Jamawi Jaafar semasa melawat salah satu tapak projek tersebut di Kg Kalang pada rabu.

Hadir sama dalam lawatan itu Pengerusi PPK, OKK David Jani dan beberapa Ahli Jemaah Pengarah antaranya Jack Jatil Junggok, Awang Kassim dan kakitangan pejabat PPK.

Hasrul menegas bahawa daerah di sini adalah merupakan di antara yang termaju di dalam pelaksanaan projek tersebut kerana kebanyakan pengusaha sudah menikmat hasil tuaian cili yang agak menggalakkan seterusnya mendapat pulangan yang lumayan.

Pengusaha projek cili di Kg Kalang, Akuchai@ Junis bin Amat, 45, memberitahu bahawa purata pendapatannya dalam sebulan mampu mencecah RM1,500 sebulan kerana dalam setiap tiga hari tuaian mampu menghasilkan RM 450.00.

Statistik jualan Akuchai setakat ini telah mencapai sejumlah RM1,960 daripada tuaian bulan Febuari 2011 sebanyak RM450; manakala Mac RM1,510.

Projek tanaman cili fertigasi PPRT merupakan sebahagain daripada program KKLW untuk membasmi kemiskinan di kawasan luar bandar yang lebih memfokuskan individu yang terdaftar dan tersenarai penerima e-kasih.

Peruntukan khas KKLW untuk program tersebut terus disalurkan melalui Pejabat Daerah di sesuatu kawasan yang kemudiannya akan menyalurkannya kepada PPK yang dipertanggung jawabkan selaku pelaksana kepada program tersebut.

9 comments:

  1. As long as the people work hard, they can succeed in anything. Just don't give up half way.

    ReplyDelete
  2. The people themselves need to help themselves if they wanted to get out of poverty.

    ReplyDelete
  3. penanaman cili fertigasi amat bagus kerana ia lebih mudah dan boleh memberi keuntungan lumayan.

    ReplyDelete
  4. tanaman cili fertigasi ini jika diusahakan secara bersungguh-sungguh pasti boleh memberikan pendapatan yang baik kepada pengusahanya.

    ReplyDelete
  5. That good for Sabah socio-economic development especially to the district. Keep it up.

    ReplyDelete
  6. Semoga lebih banyak program dilakukan bagi mengalakkan para penduduk kurang berkemampuan mencari pendapat dengan program seperti ini.

    ReplyDelete
  7. This is indeed a good project to help the poor go out from poverty.

    ReplyDelete
  8. Amanah Saham Wawasan (ASW) investments totalling RM930,000 were handed out to 93 hardcore poor family heads in the city under the ASW Urban Poor and Hardcore Poor Programme (Phase One). Federal Territory and Urban Wellbeing Ministry had allocated RM12.28 million under the programme for Sabah from which the city received RM930,000 for eligible recipients.

    This is one of programme that can help the poor out from poverty.

    ReplyDelete
  9. jika dibandar2 atau pekan menguasai sektor perkilangan, perniagaan, perhotelan dan sebagainya, kawasan pedalaman atau perkampungan wajar mengambil alih sektor pertanian.. ini adalah satu cara yang paling berkesan untuk membasmi kemiskinan.

    ReplyDelete