Friday 25 March 2011

KERAJAAN BN PRIHATIN HAK TANAH ADAT



Oleh : MEDIA PBRS

PARTI Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Bahagian N.58 Merotai menyambut baik keprihatinan serta tindakan yang dilakukan kerajaan negeri dalam memberi jaminan hak rakyat terhadap tanah dan status tanah adat.

Ketua Bahagian PBRS Merotai, Thomas Majunga berkata, jaminan serta tindakan itu sangat dialu-alukan kerana masalah berkaitan dengan pemilikan tanah termasuh tanah adat di kawasan itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

“Terima kasih atas keperihatinan kerajaan tentang tanah-tanah yang diambil oleh syarikat syarikat, dan kepada tanah-tanah adat yang tidak boleh dimiliki orang-orang kampung kini dikembalikan kepada mereka yang berhak,” kata Thomas.

Menurut Thomas tanah-tanah yang terlibat dikeluarkan kerajaan itu ialah Kg.Barantian, Kg.Landau (Ulu Merotai), Kg.Kadazan (Balung), juga Kg.Kampil dan Kg Narandang Kanibongan (Pitas).

“Ramai yang telah kehilangan tanah disebabkan tanah-tanah ini diambil oleh syarikat-syarikat. Kebanyakan yang kehilangan tanah ini adalah orang orang tempatan dan pesara kerajaan,” ujar Thomas yang merupakan bekas tentera.

Namun kata Thomas, kerajaan telah berpihak kepada rakyat dan itu adalah sesuatu yang sangat positif.

Thomas juga berkata perasaan orang-orang kampong juga sangat lega dan sangat bersyukur kerana Ketua Menteri memberi perhatian terhadap Tuntutan Tanah Adat. Ini disebabkan kata Thomas, ramai penduduk kampung di kawasan itu menghadapi masalah berkaitan.

Bukan itu sahaja kata Thomas, masalah dokumen pengenalan diri yang mengambil masa untuk diselesaikan di kalangan masyarakat tempatan juga diambil perhatian.

“PBRS merasa sangat sukacita dengan perkembangan ini selaku penyambung suara orang kampung kepada kerajaan dan bertepatan sekali dengan slogan kerajaan Persekutuan mendahulukan rakyat,” kata Thomas.

10 comments:

  1. Hope that the native rights will always be protected.

    ReplyDelete
  2. Native rights should be protected.

    ReplyDelete
  3. semoga masalah tanah ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  4. Memang patut pun hak rakyat dipertahankan, jadi harap2 jaminan ini dapat dibuktikan:)

    ReplyDelete
  5. Semoga lepas ini hak natives akan sentiasa dipertahankan.

    ReplyDelete
  6. baguslah jika kerajaan prihatin terhadap hak tanah adat. semoga hak penduduk akan sentiasa dilindungi

    ReplyDelete
  7. Hope all land issues will be settle.

    ReplyDelete
  8. kerajaan mmg selama ini prihatin dgn hak2 rakyat.

    ReplyDelete
  9. sedikit demi sedikit masalah rakyat berjaya diselesaikan oleh kerajaan. saya harap dalam tahun ini akan ada perubahan positif yang ketara bukan sahaja terhadap tuntutan rakyat, malah merangkumi politik dan ekonomi..

    ReplyDelete
  10. semoga hak penduduk akan terus terjaga.

    ReplyDelete