Tuesday 15 March 2011

KERJA TIDAK SIAP, KONTRAKTOR CABUT LARI



RUNTUH….Masrin menunjukkan tebingan curam yang akan runtuh dan khuatir akan menghempap rumahnya ketika musim hujan.

Oleh: MAIL MATHEW

SEORANG pesara dalam perkhidmatan GLC (Government Link Company) yang juga penduduk Kg Tatau Masrin Antigoh, 55, menggesa pihak kerajaan bertanggung jawab memanggil semula kontraktor yang dilantik kerana telah gagal menyiapkan kerja membina penahan tebingan (retaining wall) berhampiran rumahnya sejak tahun lepas (2010).

Katanya, beliau khuatir jika kerja-kerja itu tidak diteruskan dan terus terbengkalai begitu sahaja, beliau dan jiran-jirannya akan menjadi mangsa runtuhan tanah ketika musim hujan berlaku.

“Kami minta mereka bertanggung jawab segala-galanya selepas mereka mengorek bukit dan mengambil tanah di situ untuk menimbus tapak kedai pekan Kemabong sekitar tahun 2009,” kata beliau ketika memberitahu Sabahkini.net sebentar tadi.

Tegasnya lagi, beliau telah pun memaklumkan masalah tersebut kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemabong Datuk Rubin Balang kerana Adun terbabit telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5,000 untuk tujuan tersebut.

Bagaimana pun tambah Masrin, kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan projek tersebut dengan alasan bajetnya tidak mencukupi selain memberitahu bahawa ia akan datang kembali untuk menyambung kerja-kerja itu apabila masalah tambahan peruntukan selesai, termasuklah jika keadaan cuaca yang mengizinkan.

“Saya tidak setuju dengan alasan kontraktor itu konon bajet tidak cukup tetapi dia sudah menjalankan kerja-kerja mengurangkan ‘slope’ kecuraman di lokasi yang salah dan bukan di tempat yang strategik yang perlu pembinaan benteng penahan bukit. Bila saya mula bising membantah kualiti kerjanya, kontraktor itu cabut lari,” tegas Masrin.

“Kita amat serius masalah ini kerana kita juga sudah menyaksikan tragedi runtuhan bukit di Taman Antarabangsa di Kuala Lumpur semua itu adalah kelalaian manusia,” tambah Masrin lagi.

Dalam pada itu, beliau telah melaporkan perkara itu kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) untuk perhatian agensi kerajaan itu dan seterusnya mengambil tindakan yang perlu namun sehingga kini tiada tanda-tanda tindakan telah dilakukan.

Sementara itu, Pengerusi JKKK Kg Tatau, Zulfikar Yusof ketika dihubungi menjelaskan bahawa pihak Pejabat Urusetia di sini telah termaklum masalah tersebut dan kini menunggu pemilik tanah sebenar (bapa mertua Masrin) untuk membuat permohonan penambahan peruntukan tersebut.

“Kita tidak dapat melayani permintaan Masrin sebelum ini kerana tanah yang didudukinya adalah atas nama bapa mertuanya. Macam manapun kita sedang mengambil tindakan masalah tersebut,” tegas Zulfikar.

12 comments:

  1. Tangkap kontraktor tersebut dan memberikannya pilihan sama ada menyiapkan projek tersebut ataupun membayar balik semua peruntukan bersama dengan denda.

    ReplyDelete
  2. Mesti ada dokumen2 yang boleh mencari mereka semula. Apa lagi, guna kuasa mahkamah.

    ReplyDelete
  3. That's irresponsible for the contractors to just run off without completing their job.

    ReplyDelete
  4. The contractors should be tracked down and get them to finish their job or they should be sued.

    ReplyDelete
  5. kontraktor tersebut perlu dikenakan tindakan jika tidak menyiapkan kerja tersebut.

    ReplyDelete
  6. No problem...just reveal the name of the contractor so that others will not going to engage with that irresponsible person again....

    ReplyDelete
  7. jadi, ADUN berkenaan sila tampil untuk menyelesaikan perkara ini.

    ReplyDelete
  8. kontraktor berkenaan harus didenda dan dipenjarakan..

    ReplyDelete
  9. kontraktor seperti ini patut disenarai-hitamkan.. semakin lama mereka beroperasi, semakin banyak kemusnahan alam mereka lakukan, malah semakin buruk imej kerajaan.

    ReplyDelete
  10. kontraktor tersebut perlu dikesan dan diberi tindakan tegas.

    ReplyDelete
  11. Sekiranya kontraktor melakukan sedemikian, mereka ini perlulah disenarai hitamkan dalam pemberian projek yang akan datang. Kerana ini akan merugikan kerajaan dan orang lain.

    ReplyDelete
  12. This contractor should be blacklisted. Next time make sure not to award projects to unsuitable companies.

    ReplyDelete