Monday 7 March 2011

KLINIK KESIHATAN NABAWAN TERBENGKALAI?



TERBENGKALAI…. Angilas menunjukkan projek klinik kesihatan yang terbengkalai, turut serta Barahim dan Philip.

Oleh : HASSAN DALIMPOS

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia diminta agar mempercepatkan pembinaan Klinik Kesihatan Nabawan yang terbengkalai beberapa bulan pada masa ini yang perlu dilaksanakan dengan secepat mungkin.

Pengerusi panel penasihat Klinik Kesihatan daerah Nabawan, Ahmad Adini Angilas, 52, berkata, bagi pihak masyarakat daerah Nabawan, beliau meminta agar projek pembinaan Klinik Kesihatan Nabawan dipercepatkan kerana setakat ini kerja-kerja pembinaan terhenti beberapa bulan, sedangkan menurut tempoh tarikh siap adalah pada bulan Februari 2012.

Katanya, masyarakat di daerah ini yang sangat bangga dengan pembangunan yang diberikan oleh kerajaan amat menghargainya, apatah lagi projek pembinaan klinik tersebut adalah antara yang terbesar dilaksanakan di daerah ini dan ia sudahpun diwar-warkan untuk manfaat kepada rakyat di seluruh Pensiangan.

Sebagai masyarakat di daerah ini, saya ingin bertanya kenapa projek pembinaan bangunan berkenaan terbengkalai, sedangkan pihak pemaju kontraktor telahpun memulakan kerja-kerja pembinaan dan sepatutnya jika pihak kontraktor tidak sanggup melaksanakan projek demikian, kementerian sebaiknya memilih kontraktor yang sanggup menyelesaikan kerja-kerja pembinaan tersebut.

Selain itu, masyarakat di daerah ini mengharapkan pembinaan klinik kesihatan bertaraf klinik kesihatan jenis 4S dengan ‘X'ray’ dan kuarters itu siap secepat mungkin kerana ia merupakan keperluan utama penduduk yang tinggal di sekitar daerah Nabawan Pensiangan untuk mendapat rawatan kesihatan kelak.

GAGAL…Mungkinkah projek ini gagal kerana jentera terbiar dan kemajuan projek yang kelihatan tergendala?

“Saya tidak bermaksud untuk menghalang pembinaan projek berkenaan yang sememangnya merupakan keperluan masyarakat dan projek terbesar di daerah ini yang diberikan oleh kerajaan,” ujar Ahmad yang menyatakan sepatutnya ia dilaksanakan sepenuhnya sehingga siap kerana jika tidak terlaksana ia merupakan satu kegagalan pertama buat daerah ini disebabkan ia merupakan projek yang terbesar dengan kos yang amat tinggi diberikan oleh kerajaan persekutuan di pedalaman, khususnya di daerah Nabawan.

Turut sama menyokong gesaan beliau ialah pegawai pembangunan masyarakat Barahim Andipoh dan Pemaju Mukim Sepulut, Philip Ensim.

14 comments:

  1. Harap kementerian kesihatan akan tampil memberi penjelasan mengenai projek ini.

    ReplyDelete
  2. Hope soon got explanation on it.

    ReplyDelete
  3. penjelasan perlu diberikan dan projek tersebut harus dipercepatkan pelaksanaannya.

    ReplyDelete
  4. harap projek tersebut dapat dilaksanakan seperti yang dirancang.

    ReplyDelete
  5. Ini mesti kes makan duit!

    ReplyDelete
  6. Kepada yang bertanggungjawab sila tampil untuk menjelaskan segala-galanya.

    ReplyDelete
  7. Mgkn peruntukn sda lesap.Harap pihak yg btanggungjwb dpt mberi pjelesan.

    ReplyDelete
  8. sebelum membuat sebarang spekulasi, minta dahulu penjelasan dari pihak yang berkenaan. mungkin disebabkan faktor tanah, atau cuaca.. kalau pembinaan klinik ini dibuat secara terburu2 pun tidak bagus juga..

    ReplyDelete
  9. Kenapa perkara ini boleh berlaku. Pihak Kementerian Kesihatan perlu memberikan penjelasan berhubung masalah ini.

    ReplyDelete
  10. Perkara ni harus dijelaskan segera sebelum perkara ini dipolitikkan hingga menyebabkan ketegangan.

    ReplyDelete
  11. Semoga perkara ini mendapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  12. diharap pihak berkenaan akan segera melakasanakannya..

    ReplyDelete
  13. diharap juga akan ada penjelasan dari pihak berkenaan..

    ReplyDelete
  14. saya harap cepat terlaksana.... n buat ahmad adini saya minta maaf ats kesalahan saya...by randy

    ReplyDelete