Friday 11 March 2011

KURUP GEMBIRA ISU HUTAN SIMPAN SELESAI



Oleh: ROZIE JUMAT

PEMILIKAN Tanah melalui kaedah Communal Title Kawasan Hutan Simpan yang dibubarkan iaitu Sook Plain Reserve dan Mandalom Forest Reserve disambut dengan perasaan terharu dan gembira wakil pemimpin masyarakat dalam satu mesyuarat bersama Jabatan Tanah dan Ukur bersama Wakil Rakyat Sook dan Ahli Parlimen Pensiangan di Pejabat Tanah dan Ukur disini.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur, Lee Chun Khiong itu memberitahu secara terperinci jumlah kawasan yang dibubarkan mengikut kampung bagi dua kawasan tersebut.

Ahli Parlimen Pensiangan, Tan Sri Joseph Kurup dan Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin turut sama dalam mesyuarat berkenan dengan Penapisan ‘Fast Track Planned’ Land Allienation (Sook Plain).

Lee memberitahu bahawa, Kawasan Sook Plain yang dibubarkan melibatkan 10,540 ekar dengan 19 buah kampUng dengan jumlah seramai 3,400 orang penduduk. Sementara Mandalom Forest Reserve melibatkan 26 buah kampong dengan keluasan 21,140 ekar yang dihuni 8,400 orang penduduk.

Ahli Parlimen Pensiangan yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup berkata, pembubaran tanah di dua kawasan hutan simpan itu adalah kemenangan kepada kesabaran dan penantian rakyat yang diperjuangkan oleh wakil rakyat.

“Sebagai Ahli Parlimen, saya sangat senang hati dengan penyelesaian tanah di hutan simpan. Kami (wakil rakyat) berbangga dan berterima kasih kepada kerajaan kerana telah menyelesaikan masalah tersebut. Inilah hasil perjuangan kami selama ini yang sentiasa bersama dengan rakyat dan sememangnya cukup mencabar,” kata Kurup yang juga merupakan mantan Wakil Rakyat Sook sebelum berpindah ke Parlimen pada tahun 2008.

Menurut Kurup, paling membanggakan ialah kawasan itu (Daerah Kecil Sook) dipilih terlebih dahulu untuk diselesaikan yang boleh dianggap sebagai projek perintis termasuk di daerah Nabawan.

“Status Hutan Simpan ini juga sebenarnya baik kerana ia adalah menjaga kepentingan generasi dan rakyat negeri ini. Namun ketika dimulakan satu ketika dahulu, tidak ada kajian mendalam dilakukan sehinggalah beberapa perkampungan turut termasuk dalam status hutan simpan yang kemudiannya menimbulkan masalah,” kata Kurup.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) itu juga meminta ketua-ketua kampung agar tidak sewenang-wenangnya memberikan tanah kepada orang luar yang mencari kesempatan.

“Orang-orang kampung harus diberikan keutamaan memiliki tanah,” ujar Kurup yang turut memberitahu bahawa tanah adalah sangat penting kepada rakyat .

“Lihatlah di sekeliling kita, pada masa ini harga getah dan sawit sangat lumayan. Mereka yang menanam getah kini menikmati hasil tersebut berpanjangan, mereka yang menjual tanah hanya sekali menikmati kesenangan itu, bukankah itu satu kerugian yang besar,” kata Kurup.

Katanya, memperjuangkan isu tanah bukanlah senang kerana beliau sendiri pernah kalah dalam pilihanraya disebabkan masalah tanah di Sook satu ketika dahulu. Namun katanya penyelesaian masalah-masalah tanah di kawasan itu akan terus dibuat.

13 comments:

  1. I'm sure most people are relieved that this matter was already solved.

    ReplyDelete
  2. Saya yakin semua pihak pun gembira isu ini selesai.

    ReplyDelete
  3. Semoga selepas ini hak rakyat akan sentiasa terpelihara.

    ReplyDelete
  4. ternyata wakil rakyat di kawasan berkenaan benar2 melakukan tugas dan tanggungjawab mereka untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. diharap tanah tersebut tidak disalahgunakan..

    ReplyDelete
  6. diharap masalah tanah di kawasan lain juga akan mendapat penyelesaian yang serupa..

    ReplyDelete
  7. diharap hak rakyat akan sentiasa dipelihara, dipertahankan..

    ReplyDelete
  8. ia menunjukkan bahawa hak2 penduduk akan dipertahankan, penduduk kena memanfaatkan tanah2 mereka dgn sebaiknya kerana ia adalah harta yang amat bernilai.

    ReplyDelete
  9. Aren't we all glad that its finally over.

    ReplyDelete
  10. The people right will must always be protected. Hopefully no such case like this will ever happen again in the future.

    ReplyDelete
  11. kerajaan perlu memastikan semua masalah2 tanah di negeri ini dapat diselesaikan melalui kaedah ini. tahniah dan teruskan berjuang untuk rakyat Sabah..

    ReplyDelete
  12. Masalah tanah antara masalah utama, maka harap kerajaan akan menyelesaikan dengan cara yang baik. Rakyat diutamakan, pencapaian didahulukan..

    ReplyDelete
  13. Harap perkara yang sama akan ditangani dengan cara yang betul.

    ReplyDelete