Wednesday 23 March 2011

MPS SEMAKIN PRO-AKTIF



Oleh: CHANG SHAK HUNG

KEADAAN rumput panjang yang menghalang orang ramai untuk berjogging dan beriadah di Taman Indah Jaya, telahpun mendapat perhatian positif dan drastik untuk mengatasi permasalahan ini.

Pada hari ini, wartawan telahpun meninjau ke taman yang menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk tujuan berjogging dan beriadah bersama-sama dengan wakil daripada Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Richard Kennedy, Penguasa Penghiasan Bandar dan Mohd Raffae, Juruteknik Tanaman serta kontraktor pemotongan rumput bagi memulakan tugasan untuk memotong rumput dan lalang panjang di sepanjang laluan trek serta kawasan di sekitarnya.

Melalui aduan yang diterima oleh wartawan pada minggu lalu berhubung dengan masalah daripada penduduk setempat terutamanya penduduk yang menggunakan trek untuk berjogging serta menjadi laluan pintas untuk para pelajar balik ke rumah selepas waktu persekolahan.

Aduan tersebut kemudiannya disalurkan kepada Richard Kennedy dalam kadar segera dan Richard serta Mohd Raffae telah mengambil tindakan untuk mengarahkan kontraktor bagi menjalankan kerja-kerja memotong rumput dengan segera.

Melalui aduan daripada salah seorang pengadu, wartawan telah ditunjukkan beberapa keping gambar yang menunjukkan seorang lelaki telah memotong lalang panjang bersendirian dengan menggunakan parang.

Memandangkan ia telah menghalang laluan orang yang berjogging; apatah lagi jika lalang terkena kaki mereka, ia akan berasa gatal dan tidak selesa. Wartawan telah dimaklumkan bahawa kerja-kerja memotong rumput dan lalang tersebut akan mengambil masa memandangkan faktor cuaca serta kawasan yang luas untuk dibersihkan.

Richard mengucapkan terima kasih kepada Sabahkini.net kerana telah menyalurkan permasalahan ini dengan kadar yang segera dan mengambil komitmen yang drastik memandangkan ia melibatkan kepentingan umum.

No comments:

Post a Comment