Saturday 19 March 2011

NIK KADIR MANUSIA BERHATI KERING?



Saudara Pengarang,

TIDAK terbetik sedikitpun di hati saya untuk menuduh atau memfitnah sesiapa, termasuk Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Tuan ‘HAJI’ Nik Abd Kadir Nik Mohammad yang telah melemparkan ‘bomeerang tajam’ kepada saya kononnya memfitnah beliau melalui surat bertajuk ‘Notis 2 Hari Keluarkan Artikel Fitnah!’

Sebagai ‘Oghe Kelante’ Nik Abd Kadir bersikap seperti ‘Ayam Jantan’ yang kokok berderai-derai tetapi bontot penuh tahi apabila menafikan laporan saya bertajuk Shafie Boneka, Nik Kadir Menteri KKLW?’ Rakyat Sabah termasuk saya, bagaikan rakyat Jepun yang masih trauma dilanda Tsunami apabila membaca laporan Sabahkini.net akan bahaya plumbum yang telah menyebabkan kematian lebih 400 orang kanak-kanak di Nigeria dan penderitaan 2,000 kanak-kanak di Negara China akibat keracunan plumbum.

Sebagai seorang guru yang mengajar di kawasan terpencil di pedalaman Sabah, saya terkesima dan menangis selama dua malam lalu bersembahyang tahajjud dan istikarah dengan penuh keinsafan apakah bala yang bakal menimpa saya dan murid-murid saya yang tidak berdosa tetapi terpaksa menghidu gas beracun setiap hari sebelum menulis artikel ‘Shafie Boneka, Nik Kadir Menteri KKLW?. Bukankah saya hanya bertanya kerana ada tanda ‘soal’ dan bukannya membuat tuduhan melulu.

Saya tidak menyangka seorang ‘HAJI’ seperti Nik Abd Kadir sanggup melenting dan menuding jari kepada pihak tertentu kononnya penulisan saya ada agenda tersirat, sedangkan saya telah menyempurnakan tugas saya untuk membongkar isu paling kejam dalam sejarah manusia sejak bermulanya Islam sehinggalah wujudnya KKLW dan rakan kroni ‘Kelantanisme’ Nik Abd Kadir di Kementerian Pelajaran Malaysia yang menggunakan bateri asid plumbum di sekolah luar bandar dan KKLW di Stesen Janakuasa Solar Hibrid Pulau Banggi.

Jika benar Nik Abd Kadir seorang Islam dan mengaku ‘Nabi Muhammad’ itu rasulnya dan ‘Allah’ itu Tuhannya, beliau wajib bersumpah laknat di Masjid Negara dengan disaksikan semua media bahawa beliau tidak terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam membuat keputusan untuk menggunakan bateri asid plumbum yang diharamkan melalui Basel Convention di dalam projek elektrik solar dan elektrik solar hibrid luar bandar.

Sebagai Setiausaha Bahagian, Bahagian Pembangunan dan Pemantauan Projek KKLW, Nik Abd Kadir telah menjadi salah seorang pegawai yang mempunyai ‘locus standi’ untuk mempengaruhi dan membuat keputusan spesifikasi sistem yang akan digunapakai KKLW, terutama bagi Stesen Janakuasa Elektrik Solar Hibrid di Pulau Banggi yang menjadi ibu kepada segala masalah di pulau yang mempunyai udara paling bersih sebelum ini.

Mustahil sebagai seorang PTD yang memangku Gred Utama C tidak mengetahui bahaya plumbum terutama ketika bateri asid plumbum dicaj kerana akan mengeluarkan gas beracun melalui ‘valve’ bagi mengelak berlakunya letupan akibat pemanasan plumbum di dalam bateri berkenaan, baik yang menggunakan asid sulfurik atau gel?

Sedangkan saya yang menonton Youtube dan membaca Sabahkini.net telah ‘khatam’ betapa bahayanya plumbum kepada manusia, apatah lagi kepada kanak-kanak; mustahil sebagai pegawai kanan kerajaan Nik Abd Kadir buta IT? Bukankah beliau mempunyai ‘Facebook’ dan blog beliau sendiri?

Jika Nik Abd Kadir benar-benar penganut agama Islam dan bimbang menjadi ‘pembunuh berlesen’, beliau sewajarnya meletakkan jawatan secara berhemat dan turun gelanggang memerangi bateri asid plumbum yang digunakan KKLW untuk mencacatkan dan membunuh rakyat Sabah yang tidak berdosa.

Nik Abd Kadir tidak perlu menjual agama untuk meraih simpati KKLW dan menjadikan jawatannya sebagai ‘Tuhan’ yang akan membelanya dengan ugutan untuk menyaman saya dan Sabahkini.net yang telah menyiarkan artikel saya.

Ternyata Nik Abd Kadir manusia yang 'berhati kering' (tidak berperikemanusiaan) kerana sanggup menjual agama untuk mempertahankan diri tanpa sedikitpun rasa bersalah kepada rakyat Sabah, terutama kanak-kanak sekolah, kerana KKLW telah menjadikan Sabah sebagai ‘Bank Luar Pesisir’ untuk mendapatkan keuntungan luar biasa kerana harga yang diluluskan kepada kroni terlalu ‘mencekik darah rakyat’ daripada penjualan bateri asid plumbum.

Jika tidak ingin digelar manusia munafik, bertopengkan jawatan dan title ‘HAJI’, Nik Abd Kadir wajib mendesak KKLW agar menghentikan penggunaan bateri asid plumbum dan mencari jalan untuk melupuskan bateri yang telah dibekalkan melalui projek KKLW selama ini. Tetapi bagaimana mungkin kerana di Sabah tidak ada kilang kitar semula dan pusat pelupusan plumbum berlesen?

Tambahan pula plumbum tidak boleh memasuki Sabah melainkan jika pengimport atau pengeksport mempunyai lesen yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS). Namun JAS telah mengesahkan tidak ada sebarang lesen dikeluarkan di Sabah untuk tujuan berkenaan.

Lalu bagaimanakah Nik Abd Kadir membuat magik ‘David Cooperfield’ sehingga bateri asid plumbum berada di Pulau Banggi dan seluruh Sabah melalui Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB)?

Sanggupkah Nik Abd Kadir menanggung dosanya sepanjang hayat ketika seluruh rakyat Sabah melaknat beliau kerana trauma dengan kajian kesan keracunan plumbum yang dijalankan Pusat Racun Negara dan Yayasan Sabah pada 1996 di kalangan kanak-kanak Tadika di Pantai Barat Sabah?

Sekalipun Pusat Racun Negara mengkhianati amanah dan tugas mereka kerana tidak menjalankan kajian lanjutan terhadap kanak-kanak yang mempunyai kadar keracunan plumbum yang tinggi secara berkala, namun tindakan KKLW menyeludup bateri plumbum secara haram ke Sabah adalah menyalahi undang-undang.

Menurut Akta Alam Sekeliling, Ketua Pengarah sesuatu Jabatan akan dipertanggung jawabkan jika berlaku pencemaran alam sekitar. Dalam hal ini, sanggupkah Ketua Setiausaha KKLW diseret ke mahkamah semata-mata kerana kesilapan Nik Abd Kadir yang menasihati kementerian menggunakan dan menyeludup bateri asid plumbum ke Sabah?

Salam Hormat,

INTAN ZUBAIDAH ABDUL HAMID

Penulis Artikel ‘Shafie Boneka, Nik Kadir Menteri KKLW?’

2 comments:

  1. masyAllah! jika benar saya sebagai warga Sabah mendesak pihak SPRM menyiasat dakwaan ini. Sungguh malang sekali jawatan yg di amanahkan di gunakan untuk memperakaya kan diri & kroni. semoga Allah melakanat pengkhianat perahsuah i bumi tercinta ini. Allahu akhbar.

    ReplyDelete
  2. Wah.. dah setahun ni hidu asid plumbum. macamana dengan kanak kanak sekolah tu..

    ReplyDelete