Friday 25 March 2011

NKRA KURANGKAN KADAR JENAYAH DI SABAH



PERIKSA…. DSP Mazlan sedang memeriksa kawalan kehormatan seramai 50 anggota PGA di bawah perintah Inspektor Mohd Hafidz.

Oleh: MAIL MATHEW

POLIS DiRaja Malaysia (PDRM) kini maju setapak lagi apabila PDRM menyambut Peringatan Hari Polis ke-204 yang disambut dengan begitu meriah walaupun diadakan secara sederhana di seluruh Negara bertemakan ‘Halatuju PDRM Dalam Abad Ketiga’.

Teks perutusan Ketua Polis Negara (KPN) disampaikan Ketua Polis Daerah Tenom, Deputi Suprintendan Polis (DSP) Mazlan Haji Lazim dalam satu majlis diadakan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah pada Jumaat.

Sebaik sahaja majlis bermula, DSP Lazim memeriksa perbarisan kawalan kehormatan seramai 50 angguta Polis Gerakan Am (PGA) di bawah perintah Inspektor Mohd Hafidz Mohd Noor .

Hadir sama di majlis itu selaku tetamu kehormat, Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Radin Malleh; Ahli Parlimen Tenom Datuk Raimie Unggi; Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Tenom Datuk Teo Ming Chung; Kapitan Wong Tet Yun; Kapitan Wong Tai Min; Persatuan Bekas Polis Tenom (PBPM) dan PERKIP.

Dalam ucapan Ketua Polis Negara (KPN) seterusnya menekankan bahawa satu elemen penting dalam strategi 1Malaysia berpaksikan kepada usaha untuk mengurangkan kadar jenayah sebagai teras tanggung jawab PDRM di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

Selain itu PDRM melangkah ke era transformasi PS5T ke-II PDRM 2011-2015 sebagai platform kepada pelaksanaan program-program pembangunan Negara. PS5T ke-II dirangka dan disusun bagi menepati fungsinya sebagai landasan transformasi PDRM melalui amalan budaya kerja cemerlang dengan konsep 4P seperti berikut,

1. Pelindung (Protective)

2. Proaktif (Proactive)

3. Penumpuan Pada Masyarakat (People Oriented)

4. Prestasi (Performance And Outcome Oriented)

Manakala PS5T ke-II berpaksikan kepada 4 tunggak strategi seperti,

Pertama : Gagasan 1 Malaysia

Kedua : Pelan Transformasi Kerajaan

Ketiga : Model Ekonomi Baru

Keempat : Rancangan Malaysia Ke-10

SIJIL….Wartawan Harian Ekspress salah seorang awam penerima sijil penghargaan daripada PjP Sabah.

Dalam pada itu, KPN memaklumkan bahawa menerusi laporan Global Peace Index telah meletakkan Malaysia ditangga ke-22 daripada 149 negara paling selamat di dunia berbanding dengan kedudukan ke-38 pada tahun 2008 dan ke-26 pada tahun 2009. Manakala di peringkat Asia Pasifik Negara ini berada ditempat ke-4 di belakang New Zealand, Jepun dan Australia.

Statistik penurunan indeks jenayah sebanyak 15 peratus dan jenayah jalanan 35 peratus melalui program NKRA tahun 2010 berbanding hanya 5 peratus dan 20 peratus sebelumnya, menjadikan PDRM telah melepasi sasaran yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, keyakinan masyarakat terhadap PDRM juga telah meningkat kepada 55.8 peratus dalam tempoh suku terakhir tahun 2010 berbanding hanya 42.2 peratus dicapai bagi tempoh suku kedua tahun 2010.

Namun dalam tempoh suku terakhir tahun 2010 rasa takut menjadi mangsa jenayah telah menurun kepada 52.8 peratus berbanding 55.1 peratus pada suku kedua tahun 2010.

Terdahulu, sebelum teks ucapan KPN dibaca, DSP Mazlan dalam gesaan peribadinya meminta kerjasama di antara Polis dan masyarakat yang telah wujud sebelum ini agar diteruskan kerana beliau dapat menyimpulkan bahawa kerjasama yang terhasil sebelum ini dapat membantu mengurangkan jenayah termasuk jenayah sosial di daerah di sini.

Majlis tersebut turut menyampaikan surat penghargaan perkhidmatan cemerlang kepada 14 kakitangannya yang diketuai Pemangku Penolong Penguasa Polis Abdullah Ismail.

Manakala tiga orang awam dimana salah seorang daripadanya wartawan Harian Ekspress Mail Mathew telah menerima sijil penghargaan Pesuruhjaya Polis Sabah kerana membantu PDRM memulihkan keyakinan dan seterusnya jalinan kerjasama dengan orang awam dalam usaha membanteras jenayah.

13 comments:

  1. Hopefully the crime rates can really be lowered.

    ReplyDelete
  2. Usaha untuk membenteras jenayah harus berterusan bagi kesejahteraan bersama.

    ReplyDelete
  3. Teruskan berusaha mengurangkan kadar jenayah yang berlaku di Sabah.

    ReplyDelete
  4. Saya yakin rakyat sememangnya mengharapak pihak polis dapat meningkatkan mutu perkhidamatan mereka.

    ReplyDelete
  5. teeruskan usaha membanteras jenayah..semoga jenayah akan berkurangan.

    ReplyDelete
  6. Semoga usaha ini akan berterusan dan boleh menjadikan negeri kita ini menjadi sifar jenayah.

    ReplyDelete
  7. Hopefully the crime rates will keep decreasing in Sabah.

    ReplyDelete
  8. semoga kita dpt kurangkan lagi kadar jenayah hingga ke tahap sifar.

    ReplyDelete
  9. tahniah!! walaupun kadar jenayah di negara ini berjaya menunjukkan penurunan, tetapi itu tidak bermakna rakyat di negara ini benar2 selamat. yang penting sentiasa berhati2 walau dimana jua kita berada.

    ReplyDelete
  10. selain giat menjalankan pemantauan atau operasi, pihak polis perlu sentiasa melihat aduan dan bertindak tanpa pengaruh politik..

    ReplyDelete
  11. diharapkan kadar jenayah akan berkurangan dari tahun ke tahun.

    ReplyDelete