Wednesday 2 March 2011

OPS PAYUNG WADAH UKHUWAH POLIS



PAYUNG…Beberapa anggota Polis ditempatkan di kawasan tumpuan awam dalam Ops Payung diketuai Sub Inspektor Malim Nulantan.

Oleh: MAIL MATHEW

OPERASI Payung atau lebih sinonim dengan ‘Ops Payung’ dilancarkan di Tenom, pagi tadi (Rabu) yang menyaksikan pondok polis didirikan di tempat awam, terutamanya di kawasan tumpuan orang ramai dengan kehadiran beberapa anggota Polis di situ untuk melayani sebarang aduan mahupun pertanyaan daripada orang ramai.

Matlamat sebenar Ops Payung merupakan usaha PDRM menerapkan kesan psikologi yang positif tentang kewibawaan Polis selain untuk mengembalikan persepsi bagi memulihkan keyakinan masyarakat terhadap perkhidmatan kepolisan di negara ini.

“Kita mahu merapatkan hubungan Polis dengan masyarakat selain mengikis kebimbangan mereka terhadap kewibawaan pihak Polis dalam memerangi pelbagai perlakuan kes jenayah,” kata Ketua Polis Daerah Tenom, DSP Mazlan Haji Lazim dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Tegasnya lagi, meskipun daerah Tenom mempunyai geraf kes jenayah yang agak rendah, namun usaha untuk memacu kerjasama dengan orang awam amat perlu diteruskan sebagai landasan untuk mendapatkan maklumat gejala jenayah terutamanya kegiatan maksiat dan dadah.

Ops Payung di sini sebagai lanjutan kepada pelancaran Ops Payung di Kota Kinabalu yang telah di sempurnakan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamzah Taib bertempat di Center Point, Kota Kinabalu, baru-baru ini.

DSP Mazlan menegaskan bahawa menerusi Ops Payung yang baru dilancarkan itu akan memberi ruang kepada masyarakat untuk meluahkan masalah dalam komuniti mereka seperti masalah penagihan dadah malah jenayah yang berlaku di kawasan mereka.

Ops Payung di sini akan terus beroperasi di kawasan tumpuan orang ramai terutamanya di kawasan tamu mingguan dua kali dalam seminggu iaitu hari rabu dan ahad.

Ketua Polis Balai, Sub-Inspektor Malim Nulantan mengetuai tugasan tersebut dibantu Sarjan Din Juai dan beberapa anggota lain bagi setiap sesi operasi tersebut.

10 comments:

  1. Please raise efforts to reduce crime rates in the state. Especially those involving illegal immigrants.

    ReplyDelete
  2. I hope the "ops payung" will be a successful one.

    ReplyDelete
  3. Dengan cara ini, memudahkan kita untuk mendapat maklumat dari orang ramai dan ini juga memudahkan orang ramai untuk membuat aduan.

    ReplyDelete
  4. ops ini amat baik untuk memerangi jenayah dan memudahkan orang ramai membuat aduan.

    ReplyDelete
  5. Satu Usaha yang bagus. Harap ini akan menurukan kadar jenayah disamping membantutkan aktiviti2 yang tidak sihat.

    ReplyDelete
  6. Jangan persiakan usaha ini, rakyat juga perlu bekerjasama dengan pihak polis.

    ReplyDelete
  7. usaha ini baik bagi membantu mengurangkan kadar jenayah.

    ReplyDelete
  8. usaha seperti ini sememangnya baik, tapi lebih baik lagi jika dapat dilakukan pada waktu malam. apa2pun, saya harap tahun ini berlaku penurunan kadar jenayah di negeri ini..

    ReplyDelete
  9. jangan hanya terikat dikawasan membeli belah atau kawasan orang ramai, malah beri juga tumpuan di kawasan2 yang sering berlaku jenayah.

    ReplyDelete
  10. Pihak polis perlulah berusaha untuk menjayakan Ops Payung ini dan mencapai matlamat mereka dalam mengurangkan kes jenayah.

    ReplyDelete