Thursday 24 March 2011

PAS KINI MEMFITNAH PBRS?



Oleh: MEDIA PBRS

DAKWAAN PAS bahawa Wakil Rakyat Sook mengugut penduduk Sook adalah tidak masuk akal dan tidak munasabah; sebagainya yang disiarkan dalam portal Sabahkini.net.

Dalam kenyataan PAS, mereka mendakwa bahawa Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup mengugut penduduk Sook dan memperalatkan pasukan keselamatan menyiasat penglibatan penduduk kampung berkaitan dengan satu perarakan haram di Pejabat Daerah Kecil Sook baru-baru ini.

Ketua Penerangan Pergerakan Wanita Pusat PBRS, Rozie Jumat berkata, jika polis datang ke kampung untuk soal siasat mereka yang terlibat dalam perarakan itu, Polis datang untuk menjaga ketenteraman dan keharmonian.

“Itu tugas pihak keselamatan sekaligus mengembalikan ketenteraman,” katanya yang juga Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Pensiangan.

Kata Rozie, PAS tidak perlu takut dengan siasatan itu hingga membaling tangan kepada kerajaan dan membuat fitnah menuduh pemimpin di kawasan ini mengugut rakyatnya sendiri; yang merupakan satu perkara yang tidak masuk akal.

Menurutnya, PAS bukan sahaja mencari publisiti murahan di kawasan itu, tetapi membuat fitnah dan menuduh perkara yang sama sekali tidak berasas.

“Mereka (PAS) juga tuduh PBRS perkauman sedangkan PBRS mahu melindungi komuniti ini dari diperalat oleh pihak-pihak tertentu yang cuba mengekploitasikan mereka. Tapi mujurlah mereka cepat sedar dan itu adalah pengajaran berharga mereka,” ujar Rozie.

Katanya, Laporan polis mengenai perarakan haram itu dilihat sendiri oleh seorang anggota polis yang kebetulan melalui pekan Sook untuk ke Keningau. Beliaulah yang sebenarnya menghubungi polis mengenai kejadian tersebut.

Dalam pada itu kata Rozie, PBRS sentiasa mencari jalan penyelesaian terhadap masalah tanah di kawasan Sook dan terbukti dengan pembubaran hutan simpan kawasan Sook Plain Reserve dan Mandalom yang sekaligus menyelesaikan masalah penduduk yang tinggal di hutan simpan. Bukankah itu tanda tanda positif untuk menyelesaikan masalah masalah tanah yang berkaitan?

Katanya mana-mana parti bebas berpolitik di kawasan itu, kerana itu hak demokrasi masing-masing. Oleh itu kata Rozie, tidak perlu PAS menyerang serta memfitnah PBRS dan BN di kawasan itu dan memutarbelitkan fakta.

No comments:

Post a Comment