Tuesday 15 March 2011

PAS LANCAR TABAH, TANGANI ISU TANAH SABAH



Oleh: FAIZAL OKADAU

PAS membuktikan keikhlasan dan kesungguhan dalam membantu menyelesaikan masalah tanah rakyat Sabah dengan menubuhkan satu badan NGO yang dinamakan Pembela Tanah Rakyat Sabah (TABAH).

TABAH akan berperanan untuk menerima aduan dan membuat pembelaan terhadap isu-isu tanah terutama tanah NCR yang menghimpit rakyat Sabah.

Majlis pelancaran TABAH telah disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Salahudin Ayub. Turut hadir Naib Presiden 1, Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi ANAK, Mazlan Aliman, Pesuruhjaya PAS Sabah, Hj Muhammad Abdullah dan Presiden TABAH, Hisyamuddin Sulaiman.

Hisyamuddin mengharapkan dengan pelancaran TABAH ini, akan dapat mengelak rakyat Sabah tertindas di bumi sendiri dan memiliki tanah sendiri untuk mencari rezeki.

Kes aduan tanah sabah adalah yang tertinggi diadukan kepada SUHAKAM. Sebanyak 977 kes tanah cukup menggambarkan betapa kroniknya masalah tanah di Sabah.

Sementara itu, Mazlan Aliman dalam ucapan alu-aluan beliau, beliau menegaskan PAS serius turun ke lapangan masyarakat dan sanggup susah bersama rakyat untuk memastikan penindasan BN terhadap tanah rakyat dapat dihentikan.

PAS telah menubuhkan beberapa NGO yang khusus untuk membela tanah rakyat secara tersusun seperti penubuhan ANAK bagi membela peneroka Felda, BAPA untuk membela peserta FELCRA, Alumni kakitangan FELDA juga dengan hasrat untuk membantu generasi kedua dan ketiga FELDA.

PAS juga telah mengadakan Himpunan Isu Tanah Rakyat Sabah (HEMPAS) DI Sandakan tahun lalu bagi menjelaskan dan mendapat maklum balas rakyat Sabah berkenaan isu tanah yang banyak diserahkan kepada kroni pemimpin BN.

Wakil-wakil daerah yang hadir turut diberi peluang untuk berucap dan menyatakan masalah mereka dalam majlis tersebut. Nada kecewa, kesal dan marah yang dilontarkan oleh perwakilan menghangkat lagi majlis pelancaran TABAH pada kali ini.

“Rakyat Sabah perlu diberi kesedaran tentang pentingnya tanah dan hak mereka supaya mereka tidak ditipu oleh pihak-pihak yang berkepentingan dengan mengadai tanah-tanah rakyat dan diberikan kepada taukeh-taukeh besar,” seru Salahuddin dalam ucapan perasmian tersebut.

Beliau juga berharap, rakyat Sabah tetap tabah bersama TABAH memperjuangkan hak pemilikan tanah demi masa depan anak cucu mereka.

19 comments:

  1. Betulkah PAS mahu masuk Sabah?

    ReplyDelete
  2. Kalau PAS dh bertapak di Sabah, itulah petanda lanscape politik kita dah semakin hancur.. Politik keagamaan keterlaluan utk sebauh negeri berbilang bangsa dan agama-walaupun muslim dikira majoriti di Sabah.

    ReplyDelete
  3. 13th March, 2011

    KENINGAU: The announcement was greeted with overwhelming joy by the almost 12,000 people of 45 villages in Sook near here.

    These occupants of 12,820 hectares of the Sook Plain and Mandalom forest reserves are to get communal titles to the land, which has been converted to state land.

    Sabah Land and Survey Department Deputy Director Lee Chun Khiong said on Friday 4,265 hectares occupied by 3,400 people of 19 villages in Sook Plain and 8,555 hectares occupied by 8,400 people of 26 villages in Mandalom would be given the titles.

    The decision to give the communal titles through the Fast Track Planned Land Alienation was made under an initiative of Chief Minister Datuk Seri Musa Aman who wanted to find a solution to the problem faced by the people who had worked the forest reserves for scores of years.

    It was taken at a meeting of representatives from the department, community leaders, Sook State Assemblyman Datuk Ellron Angin and Pensiangan MP Tan Sri Joseph Kurup.

    The Sabah Land Ordinance requires that the status of the forest reserve be converted to state land before the issuance of the communal titles.

    Kurup, who is the Federal Deputy Minister of Natural Resources and the Environment, advised the villagers not to surrender their titles to unscrupulous people trying to reap profits.

    “Villagers must be given priority in land ownership because land is important for them. Look around us. The prices of rubber and palm oil are very good now,” he said.

    Meanwhile, Pertubuhan Kimaragang Malaysia advisor Abdul Latif Kandok said he hoped that the issuance of communal titles would be extended to Kota Marudu, particularly the Tandek area.

    ReplyDelete
  4. Semua kes berkaitan dengan tanah, dalam proses untuk selesai.

    ReplyDelete
  5. Tindakan Pas untuk mewujudkan NGO2 seperti ini hanya ingin 'menumpang' kejayaan kerajaan negeri Sabah menangani masalah berkaitan dengan 'land title' & Tanah adat saja...

    Selepas ini, bolehla kita lihat ngo2 berkaitan dgn Pas cuba utk dapatkan nama bagi setiap masalah tanah yg diselesaikan oleh kerajaan Sabah...

    ReplyDelete
  6. apa yang NGO ini akan lakukan untuk membantu menyelesaikan isu tanah???

    ReplyDelete
  7. isu tanah kini menjadi bahan politik pembangkang.

    ReplyDelete
  8. I don't think Sabah will welcome PAS openly.

    ReplyDelete
  9. sabah tidak perlu PAS untuk memperjuangkan hak mereka khasnya NCR..

    ReplyDelete
  10. adalah lebih baik PAS tumpu kepada kelantan sahaja di mana isu tanah orang asli di sana belum selesai..inikan pula di sabah yang terletak jauh dari kelantan dan mempunyai adat yang tidak mungkin akan difahami oleh pucuk pimpinan PAS..

    ReplyDelete
  11. Biarlah rakyat yang tentukan nanti. Kalau nak masuk tu, tak salah buatlah mcm rumah sendiri namun saya yakin Sabahan tahu parti apa yang terbaik utk Sabah:)

    ReplyDelete
  12. Jadi kita tunggu dan lihat sajalah perkembangannya nanti.

    ReplyDelete
  13. kerajaan negeri juga sedang berusaha menyelesaikan masalah tanah di negeri ini. penduduk di beberapa kawasan telah mendapat hak tanah mereka dibawah communal title dan melahirkan rasa puas hati terhadap kerajaan negeri. saya harap kerajaan negeri terus berusaha menyelesaikan masalah ini. bagi saya kemunculan NGO PAS ini agak terlewat sedikit..

    ReplyDelete
  14. ""GUA MUSANG: Seramai 100 penduduk di Kampung Serian, dekat sini, berhimpun secara aman selama enam jam kerana membantah tindakan Kerajaan PAS Kelantan yang mahu mengambil tanah mereka seluas 880 hektar untuk diserahkan kepada syarikat swasta bagi membangunkan projek Ladang Rakyat, pagi semalam.... dua tahun lalu kira-kira 400 hektar kebun penduduk turut dirampas tanpa mendapat pampasan..

    sebelum ini sudah banyak tanah penduduk dirampas kerajaan negeri menyebabkan ramai yang hilang punca pendapatan dan kini terpaksa berdepan pula dengan masalah itu untuk kali kedua...""

    konon PAS mahu membela tanah penduduk Sabah, tapi tanah rakyat di Kelantan habis dirampas oleh kerajaan negeri. rakyat Sabah perlu berhati2 dengan parti ini.. NGO yang ditubuhkan ini juga adalah semata2 untuk mengaburi mata rakyat. mereka tetap akan menggunakan NGO ini untuk kepentingan politik mereka.

    ReplyDelete
  15. Terima kasihlah kepada PAS kerana prihatin dengan masalah Sabah. Tapi apa pun rakyat sendiri yang akan memastikan sokongan mereka terhadap siapa.. masalah tanah ini telah dicuba oleh pihak kerajaan untuk selesaikannya..

    ReplyDelete
  16. Kita tengoklah bagaimana nanti.

    ReplyDelete
  17. Good luck to PAS.

    ReplyDelete