Friday 25 March 2011

PBRS TIADA HAK PAKSA FRANKIE BERUNDUR



Saudara Pengarang,

RASANYA terpanggil untuk memberikan sedikit komen berhubung artikel bertajuk ‘PBRS Tamak Kuasa Dan Gila Jawatan’ yang tersiar di portal Sabahkini.net beberapa hari lalu kerana agak menarik untuk diambil perhatian.

Ramai yang bersimpati dengan nasib Timbalan Speaker DUN Sabah, Datuk Frankie Chong yang menjadi topik utama serangan PBRS dan Tan Sri Kurup apabila parti itu tidak mendapat perhatian serius BN dalam apa juga haknya selaku parti kerabat BN.

Sekiranya Kurup dan PBRS merungut kerana seolah-olah dipinggirkan oleh UMNO-BN yang sama nasibnya dengan LDP memang sudah dijangkakan malahan sudah jelas dilihat oleh rakyat Sabah dari jarak jauh yang bukan lagi istilah ‘macam dipinggir’ tetapi memang pun sudah terpinggir.

UMNO-BN bukanlah buta huruf dalam politik, tetapi kes PBRS semua rakyat tahu berapa luaskah perjuangan PBRS kerana kita dapat lihat bahawa perjuangan PBRS sekadar dalam kawasan Pensiangan sahaja.

Justeru, PBRS harus membuka mata seluas luasnya bagaimanakah saiz keluasan empayar parti-parti lain dalam komponen BN.

Kurup dan PBRS harus memberi perbandingan dengan mengambilkira saiz perjuangannya kerana tidak mungkin terjadi agehan dan habuan dalam BN sama rata perolehannya sedang PBRS hanya bermain di kelopak mata sahaja, manakala parti parti yang lain bermain di lautan luas.

PBRS dan Kurup yang beremosi seharusnya menfokuskan kemarahannya kepada UMNO-BN atau Musa, tetapi kenapa pula balik-balik ‘menembak’ ikan duyung (Frankie Chong) yang berada di lautan yang tidak relevan dengan masalah di darat , sebaliknya kenapa Kurup tidak menembak sahaja ‘rusa’ di hutan belantara.

Datuk Frankie Chong yang terikat dengan peraturan Perlembagaan Negeri Sabah kerana perlantikan beliau dibuat oleh TYT dan bukan Dewan Undangan Negeri Sabah; maka apa juga syarat dalam perlantikan beliau harus digunapakai termasuk penamatan jawatannya yang hanya TYT sahaja yang boleh melakukannya dengan sebab-sebab tertentu.

PBRS dan Kurup sepatutnya menyingkap sejarah perlantikan Speaker suatu ketika dulu dalam tahun 1980-an apabila Speaker pada ketika itu, Tan Sri Mohd Sunoh Marso yang dilantik kerajaan Parti Berjaya ketika masih berkuasa dalam tahun 1985.

Namun setelah kerajaan Parti Berjaya telah ditumbangkan oleh Parti Bersatu Sabah pimpinan Datuk Joseph Pairin Kitingan (Tan Sri) pada tahun 1985, Sunoh Marso terus memegang jawatan Speaker dalam kerajaan PBS sehingga penggal beliau tamat.

Kalau PBRS mengatakan Datuk Frankie berpolitik dalam pembangkang tidak membela BN juga adalah suatu perkiraan yang sempit dan salah; malah melucukan kerana tidak mungkin Frankie bermain politik di pihak BN dan mencerca partinya sendiri SAPP. PBRS harus faham bahawa inilah ‘budaya politik’ yang berasaskan demokrasi

Mengenai dengan dakwaan konon Frankie ‘pengecut’ dan dilabel sebagai berselindung di sebalik keistimewaannya termasuk elaun dan gaji yang dibayar kerajaan BN, sekali lagi PBRS tidak mengambilkira hak yang sebenarnya mengikut kelogikannya kerana wang kerajaan diperolehi daripada rakyat ‘pembayar cukai’ termasuk pembangkang yang tidak terkecuali untuk membayar cukai; hak PBRS untuk membangkitkan perkara itu, kerana soal tersebut adalah hak semua rakyat untuk bercakap.

Jika dilihat dari segi rasional di sebalik tindakan Datuk Frankie untuk tidak memperdulikan desakan demi desakan PBRS supaya Frankie letak jawatan bukan bermaksud atau bersifat ‘pengecut’ atau ‘coward’ tetapi Frankie lebih bersifat ‘menghormati’ kandungan perlantikannya daripada TYT dan sepatutnya meninggalkan ia separuh jalan yang ditegah dari segi dasar perlantikannya.

Jika PBRS berkehendakkan sangat jawatan Timbalan Speaker, maka PBRS kena tunggulah sehingga jawatan Datuk Frankie tamat tempoh dalam masa terdekat ini.

Sekian dan selamat berjuang,

AU HITU KALAWON NU KEMABONG!

11 comments:

  1. PBRS overestimate their own worth.

    ReplyDelete
  2. Jika hendak berundur itu adalah keputusan diri masing2. Jika dipaksa nanti keadaan akan bertambah lagi parah!

    ReplyDelete
  3. Pasal jawatan la pula yang diperbesarkan. huhuu

    ReplyDelete
  4. Tumpukanlah perhatian kepada hal yang lebih penting iaitu mengenai kebajikan rakyat. Soal jawatan tu belakang cerita la. huhu

    ReplyDelete
  5. semoga isu seperti ini tidak akan menjadi lebih besar lagi. apa yang penting adalah kepentingan rakyat harus sentiasa diberikan tumpuan.

    ReplyDelete
  6. I don't think this should be made into an issue in the first place.

    ReplyDelete
  7. What happen to solving a much important issue such as the illegal immigrant issue???

    ReplyDelete
  8. Sekarang ini PR cuba untuk memecah belahkan para pemimpin BN di Sabah. Kerana dengan cara ini barulah mereka dapat masuk ke Sabah. Jadi Para pemimpin fikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  9. inilah kesannya bila setiap masalah dikalangan parti komponen didedahkan kepada media. bukankah lebih mudah setiap masalah atau rasa tidak puas hati itu disampaikan dalam mesyuarat BN Sabah?

    ReplyDelete
  10. isu ini buknalah penting sangat untuk diperbesarkan, ia hak Frakkie sendiri untuk berundur ataupun tidak, tak perlulah kita nak mendesaknya.

    ReplyDelete
  11. mandat yang diberikan kepada seseorang untuk suatu kedudukan tidak perlu dipersoalkan sehingga menimbulkan isu-isu yang mengeruhkan keadaan.

    ReplyDelete