Sunday 20 March 2011

HALALKAH BERI STATUS PR KEPADA PATI?



Oleh: MAIL MATHEW

CADANGAN yang tidak berasas perlu digugurkan sebelum ia merebak ke seluruh pelusuk akar umbi terutamanya perkara yang melibatkan pemberian keistimewaan kepada PATI kerana yang terbaru ialah cadangan Presiden PKR, Dr Wan Azizah Wan Ismail akan memberikan status ‘Penduduk Tetap’ (PR) tetapi tiada hak mengundi kepada PATI apabila PKR menang dan berkuasa di Sabah selepas PRU13 mendapat tentangan hebat rakyat pelbagai kaum di kawasan akar umbi.

Penolong Pegawai Penerangan SAPP kawasan Dun Melalap, Flavius Robert berkata demikian pada sabtu ketika memberitahu wartawan Sabahkini.net yang mengulas cadangan Presiden PKR itu yang terkandung didalam ‘Buku Jingga’ sepertimana yang diumumkannya pada baru-baru ini.

Robert menegaskan, mungkin segelintir pemimpin PKR Sabah sekali pun bersetuju dengan cadangan itu, namun ia perlu mengambilkira pandangan keseluruhannya termasuk rakyat diperingkat akar umbi sebagai asas pertimbangan kepimpinan PKR sebelum pengumuman itu dilakukan.

“Sememangnya kita dalam SAPP khususnya di daerah Tenom dan Kemabong tidak mahu campurtangan cadangan PKR itu kerana buruk dan baik akan ditanggung oleh kepimpinan PKR itu sendiri, malangnya tempias negatif dari cadangan itu turut melibatkan keseluruhan pembangkang khususnya SAPP yang menjadi masalah baru bagi barisan kepimpinan pembangkang, kecuali PKR tidak dilibatkan dalam PRU13 di Sabah,” tegas Flavius.

“Kita mengharapkan agar cadangan PKR itu dapat diperhalusi ke arah suatu cadangan yang boleh diterima rakyat yang selari dengan tindakan parti-parti pembangkang lain di Sabah untuk mengusir balik PATI seramai kira-kira 600,000 orang ke negara asal mereka,” tambah Flavius sambil menggesa Presiden PKR itu menggugurkan hasrat beliau untuk memberi PR kepada PATI.

Dalam perkembangan lain, Flavius turut mengalu-alukan keputusan Mahkamah Tinggi di sini pada baru baru ini yang membatalkan pindaan Perlembagaan Persekutuan pada tahun 2006 menggugurkan kuasa Gabenor dalam melantik Pesuruhjaya Kehakiman (JC) ke Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak.

Pada amalan sebelumnya mengikut Perlembagaan asal, semua perlantikkan JC ke Mahkamah Tinggi bagi Sabah dan Sarawak dicadang dan disyorkan oleh Hakim Besar Borneo untuk kelulusan dan Perlantikan Gabenor negeri masing-masing. Bagaimana pun selepas pindaan pada tahun 2006, semua perlantikan dilakukan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong atas syor Perdana Menteri Malaysia.

Plaintif mantan Pegawai Polis Robert Linggi yang mencabar Kerajaan Malaysia kerana pindaan itu disifatkannya tidak mengikut Perlembagaan telah mendapat pujian dan jolokan sebagai ‘wira’ pelbagai kaum dan keturunan di kedua-dua buah negeri dalam Wilayah Borneo kerana berjaya menyelamatkan sebahagian daripada penghakisan hak asasi dan kuasa autonomi Sabah dan Sarawak.

Flavius berkata, keadilan dari segi hak asasi rakyat kini sudah mula terserlah kerana ia bermula daripada insiden penangkapan enam orang penduduk Kuala Tomani yang berladang di kawasan NCR tetapi mereka diseret ke Mahkamah kerana dituduh menceroboh hutan simpan Imahit tiga tahun lalu.

Meskipun pun dalam perbicaraan pertama di Mahkamah Majistret Tenom, keenam enam tertuduh telah dijatuhi hukuman denda seribu ringgit seorang namun perbicaraan yang bersambung ke Mahkamah Tinggi akhirnya keenam-enam yang telah disabitkan kesalahan pada sebelumnya itu telah dibebaskan.

9 comments:

  1. cadangan yang begitu teruk sekali dari PKR, cadangan ini nak menambahkan masalah di Sabah.

    ReplyDelete
  2. Honestly, I think that is just plain stupid to grant PR status to the illegal immigrants. How's granting PR status could solve this issue???

    ReplyDelete
  3. cadangan memberikan status PR kepada PATI sememangnya cadangan yang tidak bernas. ini hanya menggembirakan golongan PATI dan menyusahkan rakyat Sabah. saya yakin rakyat Sabah pasti tidak gembira dengan cadangan ini.

    ReplyDelete
  4. Cadangan mereka sememangnya tidak berasas dan memburukkan lagi keadaan. Adakah ini yang PKR mahu???? melihat kemusnahan di Sabah???

    ReplyDelete
  5. Ternyata PKR inginkan kemusnahan di Sabah.

    ReplyDelete
  6. Clearly this means PKR is not for Sabah.

    ReplyDelete
  7. Saya rasa ini tidak patut..Kenapa PKR tidak panggil semua rakyat luar datang ke negara kita ini untuk mendapat status PR.. Fikirlah sendiri PKR, apa yang akan berlaku akan datang jika perkara ini berlaku??Kita boleh nampak sendiri memang PKR tidak pandai memerintah dan mentadbir negara jika mereka berkuasa.

    ReplyDelete
  8. PKR juga sebenarnya tidak mampu menyelesaikan masalah PATI di negeri ini. setelah melalui proses perbincangan dikalangan pemimpin2 pakatan, mereka sepakat menggunakan jalan mudah untuk menyelesaikan masalah ini dengan menukarkan kewarganegaraan PATI.. rakyat Sabah tidak patut meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap Pakatan dan PKR.

    ReplyDelete
  9. I don't think this is the best way to resolve the illegal immigrants issue.

    ReplyDelete