Wednesday 2 March 2011

PEMIMPIN SABAH BERPOLITIK ATAU POLITEKNIK?



Oleh: MUTALIB M.D

SEJAK terlibat secara langsung dengan isu Sabah (Sabah For Sabahan, ‘Negara’ Sabah, Tuntutan ‘Waris’ Sultan Sulu Ke atas Sabah dan sebagainya), saya berpendapat bahawa pemimpin Sabah bukannya ‘Jahil’ tetapi belum memahami ‘Welstenchauung’ politik Malaysia dan kehendak nenek moyang rakyat Sabah kenapa harus membentuk sebuah Negara Malaysia bersama Tanah Melayu, (Singapura) dan Sarawak pada 1963.

Banyak isu yang ditimbulkan rakyat sejak Kerajaan USNO, Berjaya, PBS, 3G-BN Merry Go Round (Gilir Ganti Ketua Menteri) dan kini BN, gagal ditangani dengan bijaksana oleh pemimpin Sabah kerana dibelenggu emosi dan semangat parokial yang kental tetapi sempit; serta diasak oleh tanggapan tiada kuasa autonomi dan kesinambungan ‘Dasar Penjajahan Kerajaan Persekutuan’

Minda bawah sedar pemimpin Sabah atau dilahirkan atau berasal dari Sabah gagal bertindak untuk menghambat minda pasif yang telah menjiwai mereka sejak menang bergaya dengan bantuan ‘Fixed Deposit’ yang disimpan oleh Kerajaan Filipina, India, Pakistan dan Indonesia di Bank Politik Sabah.

Isu terpenting untuk rakyat seperti Skandal Sijil Anak Negeri, Skandal Baitulmal, Skandal Tingkayu Gate, Skandal Tanah Adat Dalam Hutan Simpan, Skandal Bekalan Air dan Skim Bekalan Air Luar Bandar, Skandal Bekalan Elektrik Luar Bandar, Skandal Penyelenggaraan Lebuhraya, Skandal Pendatang Haram dan sebagainya; gagal diselesaikan secara tuntas sekalipun kini terdapat 60 Adun di Sabah (sebelum ini 48+6 Lantikan).

Para pemimpin Sabah gagal menjinakkan isu yang bermaharaja lela di hati rakyat Sabah yang inginkan ‘Keadilan’ dan Kesaksamaan’ sehingga mereka memberontak secara diam dan terpengaruh dengan konsep dan prinsip ‘Parti Keadilan Rakyat’ (PKR) kerana selama ini PKR sudah sinonim mereka sejak zaman Berjaya iaitu Pemimpin Kemajuan Rakyat.

Isu kedudukan rakyat dan negeri Sabah di dalam Perlembagaan Persekutuan masih berjerebu sekalipun Peguam Negara merupakan rakyat Sabah dan terdapat 25 Ahli Parlimen Sabah di Dewan Rakyat; terutama Bahagian 21A, Perkara 161A, 6 (b) Perlembagaan Persekutuan takrif dan kedudukan ‘Anak Negeri Sabah’ yang terlalu kabur berbanding Anak Negeri Sarawak.

Di dalam Perlembagaan Persekutuan, ‘Warganegara’ ertinya warganegara Persekutuan; dan ‘Negeri’ ertinya suatu Negeri di dalam Persekutuan; tetapi agak malang apabila takrif ‘Persekutuan’ ertinya Persekutuan yang ditubuhkan di bawah Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 (sekaligus mengenepikan Sabah dan Sarawak yang mengguna pakai Persekutuan Malaysia).

Senario ini akhirnya memakan diri dan memanggang masa hadapan rakyat Sabah yang terbius oleh ‘Janji Bulan dan Bintang’ Pemimpin Persekutuan dan Sabah setiap kali pilihanraya kecil atau umum; dan dalam masa yang sama, rakyat Sabah kehilangan begitu banyak hak yang dirampas melalui penyalahgunaan kuasa ketika pemimpin Sabah lena dibantal impian projek yang dilambakkan ke Sabah.

Tanpa menggerakkan minda bawah sedar yang terpaku oleh janji keramat dan hembusan kemewahan, para pemimpin Sabah yang rabun politik kerana masih menganggap diri mereka masih berada di ‘politeknik’ membiarkan bisul kemarahan rakyat menjadi barah yang menyebabkan rakyat di Persekutuan Tanah Melayu hampir melemaskan BN dalam Tsunami Politik 2008.

Kini ambang pilihanraya umum ke 13 yang semakin hampir, selewat-lewatnya November 2011, pemimpin Sabah dikocak hebat oleh gelora yang ditimbulkan Ahli Parlimen Malaysia (Tuaran) Datuk Seri Wilfred Mojilip Bumburing, sekalipun dalam keadaan berkabung akibat kematian bapa tersayang minggu lalu, namun semangat juangnya semakin kental memperjuangkan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja berhubung isu Pendatang Haram dan pemberian Kerakyatan Songsang di Sabah.

Mengiringi kocakan selora politik Sabah ialah ‘Dosa’ Mantan Perdana Menteri Malaysia yang melambakkan lebih 500,000 ribu metrik tan bateri asid berasaskan plumbum dalam projek Bekalan Elektrik Solar dan Solar Hibrid Luar Bandar yang mampu membunuh lebih 3.2 juta rakyat Malaysia di Sabah secara senyap!

Projek khas ‘Plumbum Gate’ Jabatan Perdana Menteri tersebut berjumlah lebih RM10 bilion yang disalurkan melalui Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah telah difaraidkan kepada kontraktor kroni yang tidak mempunyai pengalaman atau syarikat RM2 atau syarikat kedai kopi sehingga harga yang ditawarkan 400 kali ganda daripada harga pasaran.

Persoalannya, mampukah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak membasuh luka di hati rakyat Sabah dengan mengharamkan Plumbum yang menjadi senjata kimia paling berbahaya di abad ini?

Skandal Plumbum Gate ini bukan semudah yang disangkakan kebanyakan pemimpin Sabah kerana bakal mengulangi sejarah ‘Skandal Watergate’ di Amerika dan ‘Skandal Chernobyl’ di Rusia yang berjaya menumbangkan pemerintah dan kerajaan yang berkuasa tanpa sebarang peperangan!

14 comments:

  1. Itupun kalau rakyat sabah mahu berubah takut bila time election semuanya akan kabur mata dek projek dan bantuan mee segera yang ditabur oleh pemimpin kerajaan

    ReplyDelete
  2. Hope that the state government will ban the use of lead.

    ReplyDelete
  3. Completely ban the use of lead!

    ReplyDelete
  4. Kerajaan Negeri harus pandai memikirkan demi rakyat. Tidakkah Kerajaan akut jika rakyat berpaling tabah kerena kerajaan negeri tidak begitu tegas bagi menangani masalah yang dihadapi oleh rakyat.

    ReplyDelete
  5. pemimpin2 sabah harus fokus kepada perjuangan mereka iaitu menjaga hak2 dan kepentingan penduduk sabah.

    ReplyDelete
  6. Sebaiknya jangan lagi menggunakan plumbum lagi kerana mengeluarkan radiasi membahaya.

    ReplyDelete
  7. harap isu yang ada dapat ditangani dengan sebaiknya demi kebaikan semua pihak.

    ReplyDelete
  8. Semuanya terletak di tangan rakyat. Jika satu dua orang saja yang beraksi benda tidak akan terjadi.

    ReplyDelete
  9. Tapi melalui pandangan peribadi saya, pemimpin sabah masih boleh dikategorikan sebagai yang berkepimpinan, kerana rakyat masih lagi dapat berjalan dan bekerjasama dengan mereka.

    ReplyDelete
  10. isu plumbum di Sabah bermula pada tahun berapa? dan pada waktu itu siapa perdana menteri?

    ReplyDelete
  11. banyak masalah yang telah diselesaikan dan ada yang sedang diselesaikan.

    ReplyDelete
  12. Apa pun yang berlaku PRU 13 adalah penentu.

    ReplyDelete
  13. Saya hairan, kenapa plumbum jadi pilihan padahal sejak dari kecil lagi plumbum sudah diajar merupakan bahan bahaya. Inikan lagi dalam jumlah yang besar? takkan cikgu2 di sana tidak tahu?

    ReplyDelete
  14. Kenapalah tidak diwar-warkan terus syarikat yang bertanggungjawab. Pasti ada tender kan?

    ReplyDelete