Thursday 24 March 2011

PENGKHIANATAN AKUJANJI PEMBENTUKAN MALAYSIA



Oleh : NASPAZI

SUN TZU yang merupakan antara filosofi terbilang sepanjang zaman di persada dunia menjelaskan dalam karyanya ‘The Art of War’ bahawa, segala bentuk peperangan adalah berasaskan kepada ‘tipu daya’ yang bertujuan untuk menahan kemaraan musuh melalui kaedah mencetuskan pelbagai bentuk fitnah di pihak lawan yang kemudian disusuli dengan serangan.

Demikianlah hukum peperangan dalam paradigma pertarungan merebut kekuasaan sesama insan antara negara semenjak zaman purba hingga kini dan mungkin juga seterusnya. Walau bagaimanapun, dalam konteks demokrasi tidak sewajarnya dianggap sebagai sebuah peperangan dalam usaha membentuk pasukan pemerintah sesebuah negara.

Namun begitu, taktik ‘seni perang’ ilham Sun Tzu ini tampak telah dan sedang dipraktikan atau diguna pakai oleh Melayu UMNO dalam pengembaraan fitnah keparat tanpa batas dalam usaha mereka memadamkan obor terang Pakatan Rakyat (PR) di atas tiang wibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berhubung dengan Fitnah Liwat 1, Agen Yahudi, Fitnah Liwat II dan Bogus Video Lucah yang sangat bodoh jika percayakan mereka.

Sesungguhnya sandiwara laknat terikini Melayu UMNO begitu mengingatkan saya atau kita kepada paradigma saya yang lepas, iaitu ‘jika pemimpin pongah, negara syurga fitnah’ serta hadis nabi yang berhubung dengan tingkah laku manusia yang berhati syaitan.

Dari Ibnu Abbas (RA) berkata, bahawa Rasulullah (SAW) bersabda: “Kelak akan datang di akhir zaman segolongan manusia, di mana wajah-wajah mereka adalah wajah manusia, namun hati mereka adalah hati syaitan; seperti serigala-serigala yang buas, tidak ada sedikit pun di hati mereka belas kasihan. Mereka gemar menumpahkan darah dan tidak pernah berhenti dari melakukan kekejian.

Apabila kamu mengikuti mereka, maka mereka akan memperdayakan kamu. Akan tetapi apabila kamu menjauhkan diri dari mereka, maka mereka akan mencela kamu. Apabila mereka bercakap dengan kamu, maka mereka akan membohongi kamu. Dan apabila kamu memberinya kepercayaan, maka mereka akan mengkhianati kepercayaan yang kamu berikan.

Anak-anak kecil mereka bodoh, pemuda mereka penipu, sementara yang tua tidak menyuruh berbuat baik dan melarang yang mungkar. Mereka itu sentiasa membanggakan diri dalam kehinaan. Dan meminta apa yang ada pada mereka bererti kesusahan. Orang yang sopan-santun di tengah mereka adalah sesat, dan orang yang menyuruh kepada perbuatan makruf malah menjadi tertuduh, orang beriman di kalangan mereka adalah lemah, sedangkan orang orang fasiq (pendosa) menjadi mulia.

“Sunnah di tengah mereka menjadi bida’ah, sedangkan bida’ah itu sendiri adalah sunnah. Maka ketika itulah mereka dikuasai oleh orang-orang paling jahat di antara mereka. Sedangkan orang pilihan (mulia) apabila ia menyeru, pasti tidak akan dihiraukan.” - (Riwayat Thabrani).

Justeru, alangkah malangnya tatkala minda jijik gerombolan khianat panglima dubur keris bersilang Melayu UMNO, yang mempamerkan tingkah laku seolah-olah pertarungan dalam lapangan dan arena demokrasi sekalipun bagaikan sebuah peperangan, lantas menghalalkan fitnah keparat, pembohongan khianat dan penipuan durjana secara politik dalam usaha mereka mengekalkan kuasa yang diperalatkan untuk bukan sahaja menzalimi Pakatan Rakyat (PR), Anwar Ibrahim dan warga marhaen, bahkan Melayu UMNO kini dan sekarang sedang mengemudi Malaysia menuju ke dalam jurang kehinaan yang dalam akhirnya.

Dalam konteks kemerdekaan pula, betapa bebalnya mentaliti panglima dubur keris bersilang Melayu UMNO yang mendasari ungkapan ‘merayakan 31 Ogos’ sebagai tarikh kemerdekaan Malaysia kononnya yang merujuk pada tahun 1957, iaitu tarikh pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Malaya. Sedangkan, yang sewajarnya adalah ‘merayakan 16 September’ sebagai tarikh pembentukan Malaysia yang merujuk pada tahun 1963.

Sehubungan dengannya dan atas nama Malaysia, semenjak Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, bila masa pula Malaysia dijajah oleh mana-mana negara yang kemudian merdeka dari penjajahan mana-mana negara yang wajar dirayakan selepas 1963? Atau, dengan ungkapan lain, bukankah semenjak Malaysia dibentuk pada 16 September 1963, atas nama Malaysia, Malaysia tidak pernah dijajah oleh mana-mana negara asing?

Oleh itu, dengan paradigma ini saya tidak lagi berhutang kepada generasi waktu muka Persekutuan Borneo dan Persekutuan Malaya yang berhubung dengan tarikh kewajaran merayakan kelahiran Malaysia, yang seakan sengaja dikelirukan oleh pengkhianat panglima dubur keris bersilang Melayu UMNO bagi mewajarkan penipuan dan pembohongan, pembebalan dan pembodohan melampau mereka ke atas orang asal Borneo atau warga tulen Sabah dan Sarawak gamaknya.

Yang demikian, dalam siri paradigma saya yang lepas, saya telah menyatakan bahawa, Negara Sabah pada tahun 70-an dan 80-an adalah sebuah wilayah dalam gabungan Malaysia yang paling kaya dan mewah, sehingga kekayaan dan kemewahannya melimpah ke Negara Sarawak melalui pembiayaan pendidikan kepada warganya melalui biasiswa.

Namun, kini Negara Sabah sudah tercampak ke lembah kehinaan lantaran menjadi wilayah yang termiskin dalam gabungan Malaysia angkara kecurangan dan pengkhianatan Melayu UMNO.

Dengan ungkapan lain, segala penderitaan dan kehinaan yang menimpa orang asal Borneo atau warga tulen Negara Sabah dan Sarawak adalah suatu perancangan terkutuk Melayu UMNO, khususnya yang berhubung dengan ‘IC Projek’ Melayu UMNO kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), di samping pencabulan yang nyata terhadap hak autonomi Sabah dalam ‘Perjanjian 20 Perkara’. Tegasnya, Melayu UMNO adalah sumber kepada segala masalah dan kesusahan orang asal Borneo atau warga tulen Negara Sabah.

Justeru, Melayu UMNO dan barua kuda tunggangannya di Sabah wajib dihancurkan, lantaran mereka bagaikan dedalu yang menghancurkan semalu, yang juga laksana kutu seekor haiwan. Justeru, untuk tujuan dan seiring dengan aspirasi paradigma ini, maka saya petik intipati utama yang menjadi hak mutlak warga tulen Negara Sabah yang telah dicabul dan dikhianati oleh penyangak Melayu UMNO apa nama gamaknya.

“Perkara 1 Agama, di Borneo Utara tidak ada Agama Rasmi Negeri, dan peruntukan berkaitan dengan Islam di dalam Perlembagaan Malaysia sekarang ini tidak berkuatkuasa terhadap Borneo Utara.

Perkara 2 © Bahasa, Inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi Borneo Utara, bagi semua maksud Negeri atau Persekutuan, tanpa ada penghadan waktu.

Perkara 9 Pegawai British, Setiap usaha hendaklah dibuat bagi menggalakkan para pegawai British supaya kekal di dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil alih oleh penduduk Borneo Utara yang sesuai dan layak.

Perkara 15 Pendidikan, Sistem Pendidikan Borneo Utara yang sedia wujud hendaklah dikekalkan dan atas sebab ia haruslah terletak di bawah kuasa Negeri.” – (Perjanjian 20 Perkara 1963).

Berdasarkan kepada petikan di atas adalah nyata bahawa, betapa orientasi pimpinan para gerombolan panglima songkok tinggi Melayu UMNO sah telah memijak ketetapan ‘Perjanjian Pembentukan Malaysia’ yang mewajarkan mereka dilaknat oleh seluruh warga tulen Borneo sebagai pengkhianat mega yang tidak berguna. Sebab itu, saya pernah menyatakan dalam siri paradigma yang lepas bahawa, pegawai Malaya yang menjadi ketua jabatan di Sabah dalam konteks ‘Perkara 9’ Perjanjian 20 Perkara yang mendasari pembentukan Malaysia adalah haram.

Oleh itu, betapa pengwujudan sebuah parti baru bagi menyatukan cendekiawan Borneo merupakan amanah dan kewajipan ciri khas kebangkitan menyeluruh warga Borneo ke arah menyingkirkan seluruh parti politik yang bersifat Malaya atau yang bersekongkol dengannya dari bumi Borneo, lantaran Melayu UMNO telah dan masih mempamerkan kezaliman dan penindasan, kecurangan dan pencabulan mereka terhadap Perjanjian 20 Perkara yang menyentuh secara langsung tentang hak dan maruah warga tulen Borneo.

Mereka salah total menduga atau mengira bahawa Sabah dan Sarawak kononnya menjadi wilayah Persekutuan Tanah Melayu (Malaya) yang ke-12 dan ke-13 yang begitu ketara dalam ‘My Kad’ yang menggantikan ‘IC Biru’ suatu ketika dahulu. Justeru, seluruh warga Borneo, khususnya warga Sarawak yang kini sedang dalam arus pilihanraya bagi memilih pimpinan baru, bukan lagi sewajarnya, bahkan semestinya seluruh warga Sarawak bangunlah memilih pemimpin baru yang dinamik dan komprehensif, serius dan dedikasi, telus dan tulus dalam usaha menjunjung dan mengemudi ‘Sarawak baru’ yang berwibawa menuju kedaulatan Perjanjian 18 Perkara yang menjadi lambang autonomi bersama Malaya, Sabah dan Sarawak dalam gagasan awal pembentukan Malaysia.

Sesungguhnya, cabaran terbesar yang dihadapi oleh seluruh warga Borneo adalah menghancurkan penindasan dan memusnahkan kezaliman Melayu UMNO yang digambarkan dengan nyata melalui kecurangan dan pencabulan mereka ke atas 18 Perkara Akujanji bagi Sarawak dan 20 Perkara Akujanji bagi Sabah yang telah dimeterai dan ditandatangani bersama di London pada 9 Julai 1963 oleh Harold Macmillan yang mewakili British, Tunku Abdul Rahman yang mewakili Malaya, Datu Mustapha yang mewakili (North Borneo) Sabah, Philip Ernest Housden Pike yang mewakili Sarawak dan Lee Kuan Yew yang mewakili Singapura, dan akhirnya seluruh warga tulen Borneo wajib membantu dan menolong dirinya sendiri.:)

No comments:

Post a Comment