Wednesday 9 March 2011

PENJURUTERAAN SEMULA SAPP TENOM



Oleh: MAIL MATHEW

SEORANG anak watan Murut berkelulusan Peguam, Roger Stimin akhirnya telah menyertai Parti Maju Sabah (SAPP) setelah beliau diperhatikan banyak berinteraksi dengan pemimpin-pemimpin SAPP sebelum ini, tetapi Roger sengaja merahsiakan niatnya malah enggan ditemubual mana-mana wartawan.

Roger secara berterus terang menyatakan bahawa beliau menerima dasar-dasar perjuangan parti itu sepertimana yang digariskan dalam 8 teras objektif perjuangan SAPP kerana dasar itu selari dengan matlamat perjuangannya.

Roger Stimin berkelulusan Bachelor of Law (LLB)(Hons) Universiti Kebangsaan Malaysia pada 2007, manakala pada tahun 2008 beliau diterima dalam Malaysian Bar yang membolehkannya berfungsi penuh sebagai Peguam yang bertauliah.

Ketika ini Roger Stimin sedang berkhimat dalam Syarikat Guaman Swasta, K.K Lim & Associates di Kuala Lumpur.

Ketika ditanya lanjut apakah penyertaan beliau dalam SAPP kemungkinan mengintai peluang untuk dicalunkan sebagai calun SAPP bagi kawasan MP Tenom pada pilihanraya umum ke-13 Roger berkata;

"Kalau diberi peluang sedemikian mungkin itu secara kebetulan, tetapi apa yang lebih penting ialah kita mahu menyumbang idea yang sebaik mungkin untuk membangun kawasan Tenom dengan lebih pesat agar selari dengan kawasan-kawasan lain yang jauh lebih maju dari kita,” tegas Roger.

“Selain itu, kita juga berhasrat memberi perkhidmatan seperti khidmat nasihat perundangan terutamanya yang melibatkan tanah-tanah adat (NCR) yang nampaknya masyarakat kita masih belum terbela sepenuhnya,” tambahnya lagi.

Beliau turut menggariskan beberapa prinsip perjuangannya antaranya, ketegasan dan ketelusan dalam sesuatu perjuangan merupakan perkara fokus yang menjadi pegangannya. Bagaimanapun prinsip bermusyawarah dalam membuat sesuatu keputusan satu-satunya prinsip menjadi pilihannya.

"Saya menerima perjuangan SAPP dan akan memberi komitmen sepenuhnya bagi mengimplementasikan program parti itu kepada masyarakat diperingkat akar umbi," kata beliau dalam satu kenyataan yang diemelkan kepada Sabahkini.net kelmarin.

8 comments:

  1. nampaknya SAPP telah mempunyai ahli baru. kita lihat nnti bagaimana potensi ahli baru ni.

    ReplyDelete
  2. tunggu dan lihat adakah dia mampu menjalankan peranan seperti yang dikatakan.

    ReplyDelete
  3. Sama2 lah kita lihat sekiranya beliau mampu menjadi pemimpin yang disukai ramai atau sebaliknya.

    ReplyDelete
  4. Apapun all the best dan berjuanglah utk rakyat dan bukannya utk kepentingan diri semata-mata.

    ReplyDelete
  5. Apa pun kita lihat saja apa yang SAPP tenom boleh lakukan untuk kawasan tersebut.

    ReplyDelete
  6. jika beliau diketengahkan sebagai calun SAPP bagi kawasan MP Tenom, mungkin SAPP berpeluang memenangi kerusi itu. banyak faktor yang mungkin boleh menyebelahi beliau. tapi kalau gerak kerja SAPP tidak betul, sia2 lah potensi Roger..

    ReplyDelete