Wednesday 23 March 2011

POLIS PATUT HUBUNGI AH LONG 0109562935



Saudara Pengarang,

SAYA berasa kesal dengan tindakan berani ‘Ah Long’ (Ceti Haram) sekarang kerana mereka TIDAK Takut atau bimbang TINDAKAN diambil oleh pihak berkuasa dan membuat iklan dengan secara TERANG di kawasan atau tempat yang terbuka.

Gambar yang diberi kepada Sabahkini.net ini adalah di kawasan Likas Servay, Kota Kinabalu. Mungkin Ah Long nampak banyak pekerja Likas Servay atau pelajar Masterskill perlu pinjaman mereka.

Persoalannya, adakah penangkapan kegiatan Ah Long yang dilancarkan polis dan pihak berkuasa tempatan sudah berhenti? Siapakah yang harus mengambil tindakan tersebut? Setakat ini saya tidak nampak ramai Ah Long di Sabah dihadapkan ke Mahkamah kerana kegiatan haram mereka.

Saya berasa kesal dan kasihan terhadap orang kita yang terpaksa meminjam duit dari Ah Long kerana tiada cukup duit atau terpedaya oleh iklan terbuka Ah Long yang gagal dipantau pihak berkuasa.

Sabahkini.net adalah saluran yang terbaik untuk pihak berkuasa sedar dan menjalankan TUGAS mereka terhadap Ah Long yang KURANG AJAR ini.

Tolong orang kita.

DATUK JP

No comments:

Post a Comment