Tuesday 22 March 2011

POLIS SIASAT MILIKAN, EDAR VIDEO SEKS



KERUMUN….Anwar Ibrahim dikerumuni pihak media selepas membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks hari ini. (Foto Bernama)

ADUAN polis Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung rakaman video seks misteri, yang didedahkan semalam, sedang disiasat berhubung kesalahan memiliki dan mengedarkan bahan lucah itu, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Ismail mengesahkan ada menerima laporan dan ia sedang disiasat di bawah Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Beliau yang ditemui pemberita di Bukit Aman di sini hari ini enggan mengulas lanjut.

Pagi tadi, Anwar yang juga Ketua Umum PKR dan Ahli Parlimen Permatang Pauh membuat laporan polis berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara semalam.

Dalam laporan yang salinannya diedarkan kepada media itu, Anwar menafikan bahawa dirinya adalah lelaki dalam video itu.

Laporan polis itu dibuat berikutan dakwaan satu kumpulan yang mendakwa mereka memiliki klip video hitam putih memaparkan aksi seks seorang pemimpin pembangkang dengan seorang wanita yang dikatakan pelacur di sebuah hotel di sini yang menawarkan perkhidmatan seks.

No comments:

Post a Comment