Wednesday 2 March 2011

POTONG BUKIT CETUSKAN HAKISAN TANAH



BAHAYA…. Kerja memotong bukit sedang rancak dijalankan oleh pihak tertentu tanpa EIA.

Oleh: MAIL MATHEW

PENGARAH Jabatan Tanah dan Ukur (JTU), Datuk Osman Jamal menegaskan bahawa setiap aktiviti pemotongan bukit secara berlebihan dimestikan mendapat lesen daripada pihak JTU berserta dengan laporan EIA daripada Jabatan Alam Sekitar terlebih dahulu sebelum memulakan kerja kerja tersebut.

Katanya, pihak JTU tidak akan teragak-agak mengenakan tindakan yang lebih tegas mengikut undang-undang tanah yang sedia ada kepada pihak yang bertanggung jawab jika terbukti berlaku pelanggaran kepada peraturan tersebut.

“Kita akan menghantar penguatkuasa memantau keadaan tersebut dalam masa sehari dua dan akan mengambil tindakan mana perlu,” kata beliau ketika dihubungi Sabahkini.net kelmarin berhubung beberapa rungutan awam terhadap kegiatan memotong bukit secara berlebihan di kawasan Kg Batu 90, Tenom.

“Kita tidak melarang mereka memotong bukit untuk pengambilan tanah tetapi mestilah dilesenkan dan harus mendapat arahan garis panduan EIA terlebih dahulu daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum melaksanakan kerja-kerja itu,” tegas beliau.

Osman turut menegaskan bahawa aktiviti memotong bukit yang dilakukan secara berlebihan dikhuatiri akan menyebabkan hakisan dan merosakkan harta benda lain jika tidak ada garis panduan daripada JAS berkaitan dengan impak alam sekitar (EIA) yang terhasil daripada aktiviti tersebut.

Osman menjelaskan demikian ekoran terdapat beberapa tohmahan masyarakat di peringkat kawasan, khususnya di Tenom yang menyaksikan kerancakan para kontraktor menjalankan aktiviti memotong bukit secara berlebihan tanpa mengira kesan-kesan sampingan diakibatkan oleh kerja-kerja tersebut.

Kawasan yang paling aktif dan telah beroperasi sejak tahun lalu ialah di kawasan Kg Batu 90 berhampiran dengan Tokong Cina, kira kira 100 meter di kawasan kerja- kerja mengorek dan memotong bukit menggunakan jentera berat.

Manakala di kawasan atas berjiran dengan tapak operasi tersebut merupakan kebun milik persendirian dan mempunyai sebuah rumah yang kelihatan seakan-akan tergantung dan senario sebegini jika dibiarkan akan mengundang bahaya hakisan runtuhan tanah kepada jiran tersebut.

Dalam pada itu, Pegawai Daerah Tenom tidak dapat dihubungi kerana berada di luar daerah menjalankan tugas rasmi.

14 comments:

  1. This is why we should have proper planning before chopping down trees. Those who do this without the permission and license from the related departments are against the law and legal action can be taken against them.

    ReplyDelete
  2. Hope that those who did illegal logging will be arrested for going against the law.

    ReplyDelete
  3. pemotongan bukit secara berlebihan bukan sahaja boleh menghakis tanah, malah ia menyebabkan berlaku pencemaran alam dan tanah runtuh. kegiatan seperti ini perlu sentiasa dipantau.

    ReplyDelete
  4. EIA please act as the power is on your jurisdiction.

    ReplyDelete
  5. Lesen perlulah diperolehi terlebih dahulu sebelum aktiviti pemotongan bukit dijalankan.

    ReplyDelete
  6. pengambilan tanah mestilah dilesenkan dan harus mendapat arahan garis panduan EIA terlebih dahulu. jika aktiviti tersebut melanggar peraturan tindakan perlu diambil.

    ReplyDelete
  7. semua projek termasuk pemotongan bukit perlu mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa.

    ReplyDelete
  8. Action should be taken those people!

    ReplyDelete
  9. jika pihak JTU sendiri tidak tahu wujud pemotongan bukit di kawasan itu, bermakna kontraktor tersebut tidak mempunyai lesen dan tidak merujuk kepada JTU dan EIA terlebih dahulu.

    ReplyDelete
  10. JTU perlu menghantar penguatkuasa bukan hanya untuk memantau keadaan, malah mengarahkan supaya kontraktor tersebut menghentikan operasi mereka serta-merta...

    ReplyDelete
  11. Aktiviti pemotongan bukit secara berlebihan mmg tak patut dilakukan nanti mendatangkan banyak masalah pula.

    ReplyDelete
  12. Inilah sebab mengapa bukit tidak boleh dipotong tanpa kajian. Sesiapa yang membuat aktiviti pemotongan secara haram patut diberkas.

    ReplyDelete
  13. Tanpa survey yang diiktiraf seseorang tidak boleh sesuka hati memotong bukit kerana bimbang akan kesan seterusnya. Jenis tanah dan sudut potongan memainkan peranan yang penting.

    ReplyDelete
  14. Apapun tindakan tegas perlu diambil supaya tidak berlaku lagi kejadian yang sama.

    ReplyDelete