Sunday 27 March 2011

PROJEK SPNB SRI GEMILANG TERBENGKALAI



Saudara Pengarang,

SAYA adalah salah seorang pembeli rumah Sri Gemilang di berhampiran MPOB Lahad Datu Sabah yang di promosi oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB). Saya dan pembeli lain sudah mengalami pemotongan melalui gaji dari bulan November 2010.

Namun amat dikesalkan kerana perumahan berkenaan yang sepatutnya siap tahun ini masih terbengkalai. Akibatnya, saya dan penghuni lain terpaksa menyewa rumah lain, sedangkan elaun rumah hanya RM180 sebulan bagi penduduk Sabah yang bertugas di Jabatan Kesihatan.

Nasib kami amat malang kerana terpaksa menyewa rumah dan potongan gaji berjalan tetapi rumah terbengkalai. Saya semakin sedih kerana berita di televisyen menyiarkan bahawa tiada projek perumahan terbengkalai di Sabah.

Saya merayu bagi pihak yang bertanggungjawab, terutama Adun Lahad Datu, Adun Tungku dan Ahli Parlimen Silam supaya prihatin atas masalah kami ini dan bertindak segera untuk mendapatkan kepercayaan rakyat bagi mendapatkan sokongan dari segi undi semasa pilihanraya yang akan datang.

Terima Kasih

Salam Hormat,

RUKIAH LEE WONG

7 comments:

  1. Can the developers be approached for more explanations?

    ReplyDelete
  2. harap projek ini akan dapat disiapkan. pemaju yang gagal meyiapkan projek wajar dikenakan tindakan.

    ReplyDelete
  3. kenapa projek ini boleh terbengkalai, ia harus disiapkan segera.

    ReplyDelete
  4. bayar setiap bulan tapi rumah terbengkalai. apa sebenarnya motif SPNB menyediakan rumah tidak siap kepada penduduk Lahad Datu??

    ReplyDelete
  5. Waah bahaya ni kalau ada isu mcm ni timbul. Tak pasal2 ramai yang takut beli rumah nanti...

    ReplyDelete
  6. Harap hal ni dapat diperjelaskan dan ditanggani segera. Jangan sampai nama baik spnb tercemar pula.

    ReplyDelete
  7. http://www.facebook.com/pages/Kami-Menyesal-Beli-Rumah-dengan-SPNB/188746951211231

    join kami!!!

    ReplyDelete