Saturday 5 March 2011

RAKYAT TUNGGU BUAH TIDAK GUGUR?



Oleh: MEDIA PKR TENOM

“SUDAH 20 tahun kami dijanjikan oleh calon BN untuk membuat kedai baru di Pekan Melalap, Tenom ini tapi ‘janji tinggal janji’ sahaja. Kami menunggu janji bagai menunggu buah yang 'tidak pernah masak' dan tidak 'mahu gugur',” kata seorang wanita Cina, tuan punya kedai di pekan kecil DUN Melalap Tenom yang hanya mahu disebut namanya, Puan Chin sahaja.

Kata Puan Chin, apabila tiba musim pilihanraya umum, mereka dirayu dan dipujuk malah wanita-wanita UMNO Tenom datang ke kedai dan kampung mereka kami untuk meraih undi dengan taktik baru ‘memeluk dan mencium muka mereka walaupun belum mandi dan berbau masam.

Program mendekati rakyat telah dianjurkan oleh PKR Cabang Tenom untuk mengenal pasti apa yang selama ini menjadi 'masalah rakyat DUN Melalap' dan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh Kerajaan BN, kalaupun mereka mahu tunaikan ‘cuma janji’ dekat pilihanraya umum sahaja.

Halik Zaman Ketua Cabang PKR Tenom mengecam keras kepada ADUN Melalap, Datuk Raden Maleh mewakili DUN Melalap kerana lalai menjalankan tugas untuk menunaikan janji pilihanraya BN dalam pilihanraya 2008 yang lalu.

“Semua rakyat Tenom faham janji-janji BN hanya untuk meraih undi sahaja dan jika ADUN di kawasan tersebut meninggal dunia baru BN berhabis-habisan menunaikan janji mereka, kalau tidak ada yang meninggal dunia, habuk pun tidak ada. Rakyat tunggu lima tahun lagi, ketika PRU, ada lagi janji-janji kosong dari calon-calon BN,” tegur Halik dengan marah.

13 comments:

  1. The people should vote the most suitable candidate that can be trusted to deliver their promises.

    ReplyDelete
  2. Pandai2 lah rakyat membuat penilaian dalam hal ini.

    ReplyDelete
  3. Apapun saya yakin rakyat tahu apa yang perlu dilakukan nanti.

    ReplyDelete
  4. tunaikanlah janji tersebut.

    ReplyDelete
  5. sebenarnya masalah pekan kecil melalap ni memang dah lama tpi apa yg perlu kita tahu tanah pekan melalap tu adalah milik sime darby yg dulunya golden hope. wakil2 rakyat Datuk Radin n Datuk Raime Unggi sebenarnya dah bertungkus lumus utk menyelesaikan permasalahan ni diorg bukan duduk diam saja seperti yg dinyatakan oleh PKR tpi malangnya pihak tuan tanah belum mahu melepaskan tanah tersebut. Saya rasa kalu PKR jadi pemerintah suatu masa nnti pun akan berdepan dgn masalah yg sama, waktu nnti baru la dia tahu langit tu tinggi ka rendah....

    ReplyDelete
  6. harap keperluan rakyat dapat dipenuhi..

    ReplyDelete
  7. Betul kata semut, PKR hanya tahu cakap saja. Semua senang bagi mereka. Masalah bagi mereka satu permainan. PKR jangan terlalu angkuh dan yakin. Menyesal nanti tidak ada gunanya, apa ko rasa??Oren..

    ReplyDelete
  8. kalau ikutkan pembangkang, mereka akan cakap kerajaan langsung tidak melakukan apa2 di negeri ini sedangkan mereka tahu apa yang mereka nikmati hari ini hasil dari siapa? jika rakyat memilih PKR, apa yang PKR boleh buat dengan daerah Tenom? kalau BN ibarat menunggu buah gugur, PKR pula menunggu tunggul reput berbuah...

    ReplyDelete
  9. It's all up to the people to decide who to vote.

    ReplyDelete
  10. BN will need to buck up by fulfilling every it made to the people. A promise is a promise, I suggest it should be fulfilled. Then and only then the people will regain their trust and support towards BN.

    ReplyDelete
  11. Rakyat perlu mengundi pemimpin yang betul-betul berkemampuan dan bukan mengundi berdasarkan janji-janji manis.

    ReplyDelete
  12. BN harus kotakan apa yang dijanjikan untuk kekal dalam pilihanraya seterusnya.

    ReplyDelete
  13. jgn sampai nasi jadi bubur.....

    ReplyDelete