Tuesday 1 March 2011

SABAH AKAN HARAMKAN PLUMBUM?



Oleh: MUTALIB M.D

KERAJAAN Negeri Sabah berkemungkinan akan mengikuti langkah negeri Perak yang mengharamkan ‘Plumbum’ jika mendapati dasar dan perundangan yang diguna pakai di Perak serasi dengan Sabah.

Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Masidi Manjun, ketika dihubungi Sabahkini.net berkata pihaknya masih dalam peringkat kajian dan telah mengambil langkah berjaga-jaga ekoran penggunaan meluas bateri asid plumbum di sekolah rendah luar bandar Sabah.

“Kita sedang meneliti dasar dan perundangan yang digunapakai di Perak bagi menentukan sama ada perundangan yang serupa boleh dilaksanakan di Sabah,” ujar Masidi yang begitu mengambil berat isu pencemaran alam sekitar yang semakin serius, sekalipun agak mula terkawal di Sabah.

Sebagai permulaan, kata Masidi, kementeriannya telah mengadakan Bengkel/Seminar mengenai masalah dan langkah-langkah menangani sisa elektronik (E-Waste) pada tahun lepas.

“Sebagai langkah susulan, pegawai-pegawai di Jabatan Perlindungan Alam Sekitar (JPAS-Sabah) dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS-Persekutuan) sedang meneliti perundangan yang sedia ada dengan mengambil kira rumusan Seminar E-Waste di Kota Kinabalu tahun lalu.

Kata Masidi, mereka juga telah diarah pergi ke Perak untuk melihat sendiri pelaksanaan undang-undang yang digubal di negeri itu.

“Kesimpulan dan penemuan-penemuan ini akan dijadikan asas untuk mencadangkan peraturan-peraturan yang serupa di negeri ini,” ujar Masidi yang meyakini bahawa Kerajaan Negeri Sabah akan mengikut langkah Perak apabila kajian akhir selesai dalam waktu terdekat.

Masidi bagaimanapun berkata, buat masa ini pihaknya bekerja rapat dengan JAS untuk menjalankan kajian rapi dan mengambil tindakan susulan berhubung laporan Sabahkini.net sejak kebelakangan ini.

“Bidang penguatkuasaan di bawah jurisdiksi JAS, jadi kita hanya membantu demi kepentingan rakyat Sabah,” ujar Masidi yang tidak ingin menyentuh modus operandi penguatkuasaan Akta Alam Sekeliling yang begitu longgar di Sabah.

Mengikut kajian Sabahkini.net, Sabah menjadi pusat lambakan bateri asid plumbum daripada Bekalan Elektrik Solar dan Solar Hibrid Luar Bandar serta menara telekomunikasi sejak 1980-an, namun 58,000 metrik tan sisa plumbum dibuang ke laut dan ditanam ke dalam tanah sehingga menimbulkan impak kepada alam sekitar dan ekosistem.

Kajian Pusat Racun Negara dengan Kerjasama Yayasan Sabah terhadap Kanak-Kanak Tadika di Pantai Barat Sabah, termasuk Ranau pada 1996 mendapati kandungan logam berat plumbum dalam darah kanak-kanak berkenaan begitu tinggi sehingga boleh menyebabkan pelbagai radang, penyakit dan boleh mengakibatkan cacat mental dan fizikal serta boleh membawa maut.

24 comments:

  1. Hope that the state government will impose this No Lead policy soon.

    ReplyDelete
  2. It is better to find better alternatives which are safer and produce less pollution.

    ReplyDelete
  3. He is talking again! Masidi, you such a hero, nowadays! I vote yes to you!

    ReplyDelete
  4. Jika boleh mengancam kesihatan para penduduk maka lebih baik penggunaan plumbum diharamkan diSabah.

    ReplyDelete
  5. Maka kerajaan negeri perlulah mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah pengunaan plumbum ini. kajian terperinci berhubung kes ini perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  6. jika plumbum benar2 berbahaya, lebih baik penggunaannya dihentikan. kerajaan perlu mencari sumber lain yang lebih selamat dan bersih.

    ReplyDelete
  7. Memang patut plumbum diharamkan!

    ReplyDelete
  8. Utamakan kesihatan para rakyat.

    ReplyDelete
  9. telah ditemui penggunaan bateri lithium polymer adalah lebih baik kerana ia lebih bersih dan mesra alam.

    ReplyDelete
  10. jika penggunaannya berbahaya, lebih baik penggunaan plumbum dihentikan.

    ReplyDelete
  11. harap alternatif lain yang lebih selamat dan mesra alam akan dapat digunakan pada masa akan datang.

    ReplyDelete
  12. yup, haramkan penggunaan plumbum dan jalankan ujian kesihatan terhadap semua pelajar dan penduduk yang terdedah dengan pencemaran ini.

    ReplyDelete
  13. lain kali sebelum menghulurkan bantuan kepada rakyat, kaji dahulu kesan dan risikonya.

    ReplyDelete
  14. pengunaan plumbum bukan sahaja memudaratkan alam sekitar bahkan kesihatan.

    ReplyDelete
  15. difahamkan kerajaan sedang melakukan kajian..diharap kerajaan negeri akan membuat keputusan yang tepat untuk rakyat dan alam sekitar.

    ReplyDelete
  16. apa pun, kita tunggu keputusan dari kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  17. Haramkan penggunaan plumbum kerana ia mendatangkan banyak kesan -ve.

    ReplyDelete
  18. Walaupun keadaan di Sabah menngenai isu ini masih terkawal, rasanya memang perlu isu ini diberi perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  19. Semoga penantian terhadap hasil kajian di Perak membuahkan hasil. Mana tau langkah yang digunakan dapat menanggani isu ini.

    ReplyDelete
  20. Semua pihak harus bekerjasama dalam usaha menyelesaikan perkara ini. Pastikan keselamatan sentiasa diutamakan.

    ReplyDelete
  21. Sama2 lah kita mengharap yang terbaik dalam hal ini. All the best!!

    ReplyDelete
  22. Setuju untuk haramkan plumbum kerana ia mencemarkan alam sekitar dan juga menjejaskan kesihatan manusia.

    ReplyDelete
  23. Setuju untuk haramkan plumbum kerana ia mencemarkan alam sekitar dan juga menjejaskan kesihatan manusia.

    ReplyDelete