Friday 11 March 2011

SAPP ‘POK SILAP’?


Saudara Pengarang,

MERUJUK kepada kenyataan oleh Media SAPP dalam Sabahkini.net artikel yang bertajuk ‘Herbert Timbun Kini ‘Desperado’. Saya selaku penduduk dan penyokong beliau (Herbert Timbun) dalam kawasan N.7 Kadamaian berasa tidak puas hati dengan kenyataan yang saya anggap ‘Pok Silap’ atau memfitnah!

Ingin saya jelaskan di sini bahawa, Datuk Herbert Timbun merupakan seorang wakil rakyat yang mempunyai komitmen yang amat besar. Kita tidak boleh menilai seseorang itu berdasarkan daripada minda yang sempit, marah atau pun perkara-perkara yang menjurus kepada keburukan.

Seharusnya kita menilai seseorang wakil rakyat itu daripada sifat sabar mereka. Bukan senang bagi seorang pemimpin untuk mengurus berpuluh ribu penduduk di kawasan beliau. Kadamaian merupakan kawasan yang besar sekali.

Ibaratnya seorang ayah, apabila mempunyai ramai anak dan setiap anaknya itu mempunyai citarasa dan keinginannya yang tersendiri, bagaimana pula seorang ayah itu boleh memenuhi semua perkara dan kehendak mereka dalam tempoh yang singkat. Setiap hal dan perkara yang berbangkit perlu dipertimbangkan.

Saya ingin bertanya Agnes, siapa penduduk yang mengadu kepada beliau bahawa Herbert Timbun tidak turun padang? Perlu anda tahu bahawa Datuk Herbert selalu berada di Pejabatnya di Kota Belud dan sering melawat beberapa kawasan. Saya tahu semua itu kerana saya sering mengikuti rombongan beliau.

Kadang-kala beliau turun bersendirian secara mengejut. Inilah contoh wakil rakyat yang prihatin. Kita harus mendengar suara majoriti bukan minoriti. Disebabkan ketamakan Agnes yang mengidamkan kerusi N.7 Kadamaian, beliau sanggup memfitnah Datuk Herbert Timbun. Sedarlah wahai Agnes, seorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang amat besar sekali.

Salam Hormat,

WARGA PRIHATIN

17 comments:

  1. The people themselves will know which leaders are worthy of their support.

    ReplyDelete
  2. ya. People will know soon. Who just talk but do nothing.

    ReplyDelete
  3. Rupa-rupanya Herbert Timbun pernah juga turun padang...

    ReplyDelete
  4. SAPP memang "pok silap". Lain kali siasat betul2x sebelum membuat sebarang kenyataan.

    ReplyDelete
  5. rakyat tahu siapa yang benar dan siapa yang hanya tahu memfitnah..

    ReplyDelete
  6. jangan taburkan fitnah...tapi tidak hairanlah kalau pembangkang khasnya SAPP kerana mereka memang suka main taktik kotor dan fitnah adalah salah satu dari cara mereka..

    ReplyDelete
  7. tidak sangsi lagi, SAPP memang 'pok silap'.

    ReplyDelete
  8. Biasalah politik.. Macam2 ada. huhu

    ReplyDelete
  9. Apapun terpulanglah pada penilaian rakyat sendiri terhadap hal ni.

    ReplyDelete
  10. jgnlah membuat pernyataan yang mencemarkan nama baik seseorang.

    ReplyDelete
  11. Bagus la kalo wakil rakyat turun padang melihat sendiri keadaan kawasan.

    ReplyDelete
  12. Jika penduduk sudah menyatakan apa yang mereka lalui maka apa yang telah dikatakan oleh pihak SAPP adalah tidak benar sama sekali.

    ReplyDelete
  13. Penduduk amat memahami keadaan tempat mereka daripada pihak luar seperti SAPP ini. Tidak mempunyai asas untuk bercakap tetapi sekadar mencari masalah yang tidak menjadi sebarang masalah kepada penduduk kampung.

    ReplyDelete
  14. tidak heran, sebahagian besar pemimpin2 SAPP hanya pandai cakap tanpa melihat realiti sebenar. mereka akan berusaha menyembunyikan kebaikan pemimpin yang mewakili kerajaan dan mendedahkan keburukan walaupun keburukan itu hanya satu malah tidak disengajakan ataupun tidak terlintas pun untuk melakukannya.

    ReplyDelete
  15. bagaimana pula dengan SAPP? duduk2 dalam ofis tunggu aduan? kalau adapun yang turun padang, mereka bukannya ikhlas membantu rakyat, melainkan sekadar mendapatkan sokongan rakyat. tugas SAPP lebih kepada mencari masalah..

    ReplyDelete
  16. Pelbagai cara SAPP lakukan untuk menjerat rakyat..Apa pun, SAPP jangan ingat rakyat mudah tertipu. Kebanyakkan yang SAPP lakukan tidak ada untuk rakyat tapi untuk diri sendiri saja. Tambahan lagi perkara yang kecil pun mahu jadikan isu. Rakyat tahu sendiri masalah-masalah yang dihadapi. Rakyat faham dengan kerajaan kita. Apa pun pasti masalah itu akan diselesaikan juga nanti.

    ReplyDelete
  17. Ada yang setuju, ada yang tidak. Setiap orang ada pandangan sendiri.

    ReplyDelete