Monday 28 March 2011

SAYA BUKAN KRONI SHAFIE!



Saudara Pengarang,

SEKALI lagi saya ingin rakamkan ucapan terima kasih kepada Editor Sabahkini.net kerana memberikan ruang kepada saya untuk mengulaskan beberapa isu dalam laman web sabahkini.net. Ruangan maklumat yang tidak menyebelahi mana-mana pihak dan lebih bebas untuk sesiapapun bersuara.

Saya ingin merujuk kepada ulasan ‘Si Keldai Yang Kecewa’ (Abdullahsani) dalam artikelnya bertarikh 27 Mac 2011 yang bertajuk ‘Shafie Apdal Wajar Pecat Pengerusi Risda’.

Di dalam artikel tersebut mengatakan bahawa saya ‘kroni’ kepada Shafie Apdal. Sebelum ini saya mengulas banyak isu dalam laman Sabahkini.net, tidak kira siapapun saya akan kritik, tegur dan pertahankan kerana pada saya kita perlu tegur sesuatu yang salah dan pertahankan orang yang tidak bersalah.

Pada saya amat terhinalah jika seseorang itu dilabelkan sebagai ‘kroni’ ataupun ‘proksi’ kerana golongan-golongan ataupun spesis manusia sebegitu rupa ibarat ‘lembu!’

Saya pertahankan sesiapa sahaja, mungkin Abdullahsani bukan pembaca setia laman Sabahkini.net, sebab itu selalu tertinggal dengan beberapa isu-isu menarik dan penting untuk diulas.

Kita harus memandang kehadapan, berkhidmat kepada rakyat dan juga sentiasa menjurus kepada perbincangan yang betul dan tanpa fitnah; kerana fitnah itu lebih kecam dari membunuh!

Sekali lagi saya ingin jelaskan di sini bahawa saya bukan ‘kroni’ kepada sesiapa, saya lebih selesa menggunakan nama ‘Senja Permai’ kerana apabila saya menggunakan ID sebenar orang akan membuat tanggapan yang tidak betul.

Saya tidak takut kepada bayang-bayang tapi saya tidak mahu jika saya menggunakan nama sebenar akan ada pihak yang kurang senang pada saya. Contohnya Abdullahsani. Beliau membuat tanggapan bahawa saya ‘kroni’ Shafie gara-gara mempertahankan Shafie. Saya cuma ulas apa yang patut.

Jika kita mempunyai fikiran yang sempit, kita pasti menzahirkan sesuatu yang ‘sempit’ atau sesuatu isu yang tidak rasional. Kita hormat pandangan orang, cuma saya mengulas berdasarkan pandangan peribadi saya sahaja. Saya juga ingin tegaskan di sini; ‘Wallahi’, demi Tuhan saya bukan ahli kepada mana-mana parti politik, saya juga bukan ‘kroni’ kepada mana-mana pemimpin.

Apa yang saya utarakan adalah pendapat saya sendiri. Buat Abbas Ahmad, tolong baca dan fahami apa makna sebenar yang saya sampaikan; kepada Abdullahsani, tidak seharusnya membangkitkan hal-hal atau isu peribadi dalam hal ini. Isunya Shafie dan bukan adik Shafie atau anak Tun Sakaran. Jelas di sini Abdullahsani cuba utarakan isu yang tidak rasional.

Sebaliknya cubalah kita menjurus kepada isu yang berfaedah untuk rakyat, kenyataan kita yang memihak kepada rakyat akan memberikan manfaat kepada rakyat. Tidak baik kita serang-menyerang dan fitnah memfitnah!

Terima Kasih Sabahkini.net

Salam Takzim,

SENJA PERMAI

No comments:

Post a Comment