Sunday 27 March 2011

SEGERA NAIK TARAF JALAN KG MANSASOH



Oleh: MAIL MATHEW

Penduduk Kg Mansasoh dalam daerah Kemabong menggesa kerajaan agar menyegerakan kerja-kerja membaikpulih jalanraya sejauh kira-kira 4 km dari simpang besar menuju ke pusat perkampungan kerana jalanraya tersebut tidak dapat dilalui sebarang jenis kenderaan; terutama membawa keluar hasil tanaman mereka untuk dipasarkan.

Malahan masalah kerosakan tersebut yang telah berlaku lebih dua tahun lalu dan telah pun disuarakan kepada pihak tertentu menerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Kg Mansasoh, namun sehingga sekarang tiada tanda- tanda tindakan telah diambil.

Jurucakap penduduk, Rasat bin Risut, 45, berkata demikian ketika memberitahu Sabahkini.net pagi tadi bahawa beliau terpaksa meluahkan kekesalan menerusi media sebagai jalan terakhir untuk mendapatkan perhatian pihak berkenaan.

“Kita kesal dengan kelembapan pihak tertentu menangani masalah kami di sini sedangkan masalah itu berulangkali sudah dikemukakan kepada Pejabat Daerah Tenom, tetapi kami tidak faham mengapa ia seolah-olah tidak dipedulikan,” tegas Rasat sambil mengharapkan agar pihak atasan akan termaklum rungutan mereka itu.

“Kami juga ada projek tanaman pertanian jenis papaya di bawah kelolaan Jabatan Pertanian tetapi kelancaran pelaksanaannya terbantut disebabkan masalah jalanraya yang tidak baik,” tambah Rasat.

Rasat menegaskan bahawa beliau kesal hasrat kerajaan untuk mendahulukan rakyat dalam mengatasi serba serbi masalah yang dihadapinya sepertimana yang sering diungkapkan pemimpinnya; namun aspirasi itu tidak akan kesampaian matlamatnya selagi pihak pelaksana gagal memenuhi kehendak pemimpin berkenaan.

Dalam pada itu, Pengerusi JKKK Kg Mansasoh, Zakaria @ Miong b. Laminit, 50, ketika dihubungi menjelaskan bahawa masalah tersebut telah pun dikemukakan kepada Pejabat Daerah (Pegawai Daerah) sejak tahun lepas untuk tindakan namun sehingga sekarang belum ada apa apa tindakbalasnya.

“Kita juga sudah berulangkali membuat ‘folow up’ segala permohonan kami tetapi kita tidak faham kenapa ia terus menyepi begitu sahaja,” tegas Zakaria.

Menurut Zakaria lagi, jalanraya tersebut telah pun dinaiktaraf dan diaspal kira-kira lebih 10 tahun yang lalu tetapi disebabkan terlalu banyak kenderaan berat yang berlalu lalang di situ, menyebabkan jalanraya itu mengalami kerosakan teruk sejak lebih dua tahun lalu.

9 comments:

  1. The JKKK should take actions to upgrade this road.

    ReplyDelete
  2. Diharap selepas pendedahan ini keadaan akan bertambah baik.

    ReplyDelete
  3. Segera lakukan sesuatu. Rakyat berhak untuk mendapat kesenangan dalam menikmati pembangunan. Lagipun objektif utama adalah untuk membangunankan seluruh rakyat Sabah. Walau dimanapun berada tidak terkecuali.

    ReplyDelete
  4. harap jalan tersebut akan dapat dinaiktaraf untuk kemudahan penduduk yang menggunakan jalan tersebut.

    ReplyDelete
  5. jalan tersebut perlu dinaik taraf segera.

    ReplyDelete
  6. Semoga masalah jalan ini dapat dinaik taraf untuk memastikan pengguna selesa untuk mengunakannya.

    ReplyDelete
  7. tiada gunanya jalan itu dibaikpulih jika kenderaan berat masih menggunakan jalan itu. saya harap masalah jalan ini diselesaikan bukan sahaja di kampung Mansasoh malah semua kampung di Sabah yang belum pernah menikmati jalan aspal.

    ReplyDelete
  8. Time2 hujan begini, pasti jalan ni makin teruk. huhu

    ReplyDelete
  9. Semoga pihak yang berkaitan akan segera tampil dengan tindakan drastik untuk menanggani keluhan penduduk.

    ReplyDelete