Tuesday 15 March 2011

SESB TIDAK WAJAR TUTUP BANGKAI GAJAH!



Saudara Pengarang,

BAK kata pepatah, pandai tidak boleh diajar, bodoh tidak boleh diikut. Begitulah perkataan yang tepat untuk melambangkan kecetekan fikiran dan ketidak pekaan Eksekutif Sabah Electricity Sdn.Bhd (SESB) yang menjawab sambil lewa teguran saya melalui artikel ‘Penduduk Gesa SPRM Siasat TNB’ dengan laporan media SESB yang bertajuk ‘SESB Utamakan Keselamatan Solar Hibrid’.

Paling menyedihkan, SESB hanya memikirkan keuntungan dan menidakkan keselamatan kakitangannya kerana tidakpun dibekalkan pakaian dan topeng keselamatan sejak setahun lalu; apatah lagi keselamatan seluruh penduduk Pulau Banggi yang akan terdedah kepada kesan pencemaran plumbum sepanjang hayat.

Dengan maklumat yang berada di hujung jari, adalah mustahil SESB tidak tahu bahawa penggunaan bateri asid plumbum telah diharamkan melalui Basel Convention kerana Malaysia salah satu negara yang menandatangani treti berkenaan yang bukan sahaja mengharamkan eksport atau import; malah mengharamkan transit bahan berkenaan tanpa lesen sah yang hanya boleh dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar Malaysia.

Jika pelakunya adalah penyeludup atau penjenayah, masih boleh dimaafkan kerana kedangkalan fikiran mereka, namun jika SESB yang mempunyai pakar undang-undang dan tahu kesan plumbum kepada alam sekitar melakukan jenayah ‘penyeludupan’ plumbum, adalah tidak dapat diterima akal.

Apakah SESB tidak merasa bersalah dan terus berbangga menggunakan teknologi 1860-an (bateri asid plumbum) untuk menyelesaikan krisis tenaga di abad ke 21? Kenapakah Jabatan Alam Sekitar tidak mendakwa SESB di mahkamah undang-undang sedangkan secara terang-terangan SESB menjadi ‘Penjenayah Alam Sekitar’?

Dengan ketiadaan (memang tidak akan ada kerana bertentangan dengan dasar Kerajaan Negeri) Pusat Pelupusan Plumbum di Sabah, bagaimanakah bateri berkenaan akan dilupuskan kelak?

Dakwaan SESB bahawa bateri asid plumbum berkenaan tahan antara 10 hingga 15 tahun adalah dakwaan palsu dan mengelirukan kerana SIRIM mengesahkan tidak pernah menjalankan ujian atau memberi pengesahan terhadap bateri asid plumbum untuk sistem solar dan solar hibrid.

Secara logiknya bateri kereta yang menggunakan asid sulfurik dan plumbum, sistem yang sama digunakan dalam elektrik solar, hanya mampu bertahan antara 6 bulan sehingga satu tahun, adalah tidak mungkin mampu bertahan atau mempunyai jangka hayat yang begitu lama?

Apakah selama 10 sehingga 15 tahun rakyat Banggi akan menghirup gas asid sulfurik dan plumbum ketika bateri berkenaan sedang dicaj melalui kuasa solar tanpa ada usaha untuk menggantikan bateri bahaya berkenaan kepada bateri lithium polymer yang mesra alam dan lebih murah; sebaliknya mempunyai jangka hayat yang agak panjang?

Penafian SESB bahawa sebuah bateri asid plumbum dan dua bateri rosak juga amat melucukan kerana bateri tersebut jelas berada di kompleks tersebut dan tidak dapat digunakan; tetapi tidak pula dilupuskan segera.

Saya turut mempersoalkan isu kepincangan dan ketidak cekapan kontraktor membina kompleks berkenaan, TNB Engineering Services Sdn Bhd (TNBES) yang bukan sahaja tidak mengikuti piawaian yang ditetapkan.

Semoga SPRM tidak terpedaya dengan sandiwara SESB yang cuba menutup ‘bangkai gajah dengan sehelai daun lalang’.

Saya tetap bertegas untuk menyaman SESB jika tidak mengeluarkan bateri asid plumbum daripada Pulau Banggi selepas tamat tempoh 14 hari yang saya berikan.

Salam Hormat,

MUSLIMIN ARIP

Presiden Penaja Kelab Banggi Green.

14 comments:

  1. Harap SESB akan mencari penyelesaian yang wajar mengenai hal ini.

    ReplyDelete
  2. Jika tidak ada compliant sampai bila pun hal tidak ditangani. SESB perlu bertindak bagi mengelak berlaku saman menyaman antara pekerja dan SESB.

    ReplyDelete
  3. Keuntungan tidak akan menjamin untuk terus kekal, oleh itu utamakan keselamatan daripada keuntungan.

    ReplyDelete
  4. Banyak dah complaint pasal bateri asid plumbum ni, at least dalam sabahkini.net la...tapi jalan penyelesaian yg boleh memuaskan kedua2 pihak belum lagi dapat dicari...tapi sya yakin SESB akan dapatkan solution secepat mungkin, kerana mereka jg perlu capai KPI mereka...

    Kalau terlalu banyak complaint pun boleh kacau jg KPI diorang tu...so harap mereka yg tak puas hati boleh sabar sekejap la...

    ReplyDelete
  5. penyelesaian perlu dicari. harap isu ini akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  6. Saya yakin SESB pun bukannya duduk diam aja. Pasti mereka pun berusaha bersungguh-sungguh utk melakukan yang terbaik:)

    ReplyDelete
  7. Jadi sabarlah... Semuanya pasti OK nanti.

    ReplyDelete
  8. melalui artikel ‘SESB Utamakan Keselamatan Solar Hibrid’, sesb tidakpun menjawab persoalan yang bermain difikiran penduduk pulau Banggi. kenapa sesb masih berkeras menggunakan batteri plumbum sedangkan mereka sendiri tahu kesannya kepada penduduk di pulau tersebut? perlukah penduduk mempertaruhkan nyawa mereka selama 15 tahun semata2 bagi mengelakkan kerugian besar sesb yang telah membelanjakan 21 juta bagi pembinaan stesen janakuasa tersebut?

    ReplyDelete
  9. saya harap lebih ramai pihak yang akan campurtangan terutamanya pemimpin2 politik bagi memberikan desakan kepada sesb supaya bertindak sebagaimana yang diarahkan oleh penduduk pulau Banggi. kesilapan ini juga adalah hasil kecuaian dari mereka dan merekalah yang patut menanggung kerugian itu, bukannya memaksa penduduk untuk menanggung kerugian dan dalam masa yang sama menanggung risiko pencemaran.

    ReplyDelete
  10. bateri plumbum mmg dketahui merbahaya. jadi kenapa SESB perlu teruskan penggunaan bateri tersebut. kan kita ada bateri lithium yang lebih selamat dan bersih. lebih baik beralih kepada bateri tersebut.

    ReplyDelete
  11. SESB kenalah cari jalan penyelesaian kepada masalah ini.

    ReplyDelete
  12. SESB perlu mengutamakan keselamatan daripada keuntungan.

    ReplyDelete
  13. SESB perlulah mencari jalan penyelesaian bagi menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  14. Hope that the whole truth will be revealed eventually.

    ReplyDelete