Sunday 27 March 2011

SHAFIE APDAL WAJAR PECAT PENGERUSI RISDA



Oleh: MOHD YATIM SUHAILI

MANTAN Calon Bersekutu 1999, Abdullahsani Haji Abdul Salleh mendesak Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal agar memecat Pengerusi RISDA, Datuk Rahim Thamby Chik dan mengisytiharkan kepentingan bapa mertuanya, Datuk Shuib Lazim dalam RISDA dan FELCRA.

“Ketiga-tiga yang tertuduh dalam Skandal Video Seks yang didakwa melibatkan pemimpin parti pembangkang adalah orang penting yang ada hubungan langsung dan tidak langsung dengan Shafie. Sebagai Menteri, tidak wajar jika bapa mertuanya mempunyai kepentingan dengan agensi di bawah KKLW,” ujar Abdullahsani yang melihat isu ini dalam konteks yang lebih meluas iaitu kemungkinan penglibatan UMNO atau hanya Naib Presiden UMNO sahaja.

Kata Abdullahsani ketiga-tiga ‘Trio’ tersebut yang sebelum ini menjenamakan diri mereka sebagai ‘Datuk T’ iaitu Datuk Shazrly Eskay Abdullah, Datuk Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim merupakan rakan karib dalam perniagaan baja dan membekalkannya kepada RISDA dan FELCRA, walhal sebagai menteri Shafie wajib menghindarkan diri daripada mempunyai sebarang kepentingan di dalam RISDA dan FELCRA jika bapa mertuanya kontraktor atau pembekal baja.

“Jika beliau seorang yang bermaruah, beliau wajib menolak tawaran jawatan sebagai Menteri KKLW jika beliau sedar bapa mertuanya mempunyai hubungan langsung dengan beberapa agensi di bawah kementeriannya,” kata Abdullahsani yang mendesak SPRM agar menjalankan siasatan rapi untuk memastikan Shafie tidak menyalahguna kedudukannya untuk meluluskan kontrak kepada ‘saudara’ sebagaimana yang ditakrifkan mengikut Akta Pencegahan Rasuah.

Umum sudah mengetahui bahawa adiknya, Haji Mohd Yusof Apdal telah menjadikan KKLW sebagai ‘Rumah Kedua’ sedangkan adiknya tidak mempunyai sebarang jawatan dalam KKLW dan anak Tun Sakaran menjadi pegawai khasnya turut menjadikan pejabat menteri sebagai ‘Pejabat Kroni’; sama ketika era Tun Sakaran menjadi Ketua Menteri Sabah melalui budaya ‘Sempornanisasi’.

Abdullahsani bagaimanapun enggan mengulas kritikan Senja Permai melalui surat terbuka bertajuk ‘Jangan Fitnah Shafie, Anwar Firaun Modern’ kerana ‘kroni’ Shafie tersebut enggan menampilkan identiti sebenar.

“Shafie harus tampil membuat penjelasan dan jangan bersikap pengecut menggunakan ‘proksi’ untuk membela diri. Shafie bukan pegawai kerajaan tetapi ahli politik. Kenapa beliau tidak tampil memberi keterangan bahawa beliau tidak terlibat dengan isu bapa mertua dan kontraktor utama RISDA dan FELCRA,” desak Abdullahsani dengan nada tegas.

8 comments:

  1. Hope that Shafie Apdal will investigate the allegation and take the appropriate actions.

    ReplyDelete
  2. harap penjelasan berhubung pekara ini akan dilakukan.

    ReplyDelete
  3. siapa Abdullahsani mahu mengarah Shafie memberi keterangan? macam la Shafie buat jenayah besar.. untuk apa Shafie beri keterangan sedangkan yang terlibat adalah antara 'Datuk T' dan Anwar.. sepatutnya desakan memberi keterangan itu ditujukan kepada yang membuat tuduhan dan tertuduh.

    ReplyDelete
  4. kalau semua tuduhan itu lengkap dengan bukti, teruskan buat laporan polis. biar polis yang siasat..

    ReplyDelete
  5. tak perlulah nak dilayan tuduhan2 yang tidak berasas ni.

    ReplyDelete
  6. Buatlah laporan mengikut prosuder yang sah supaya siasatan dapat dijalankan.

    ReplyDelete
  7. Apapun ada baikknya juga jika hal ni diberi perhatian sewajarnya oleh pihak2 yang berkaitan.

    ReplyDelete
  8. Harap Datuk Shafie akan mengambil tindakan yang wajar.

    ReplyDelete