Wednesday 23 March 2011

SIAPA LINDUNGI SINDIKET JUDI DAN PELACURAN LABUAN?



Saudara Pengarang,

Assalamulaikum dan Salam 1 Malaysia. Saya terbaca kes di Kunak bahawa ‘Tauke Judi masih Kebal’ dan di sini kami dari Labuan juga ingin menarik perhatian serius daripada Tan Sri Ismail Omar (KPN), Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamzah Taib, Ketua Pengarah Imigresen dan Menteri dalam Negeri Datuk Hishamuddin untuk mengambil ambil tindakan segera untuk membanteras kegiatan perjudian dan pelacuran yang semakin berleluasa di Labuan.

Kegitan perjudian tersebut termasuklah mesin jackpot haram, 4 Ekor Haram, Wahui dan segala kegiatan yang berunsur pertaruhan tanpa lesen serta kegiatan pusat hiburan yang menjalankan kegiatan pelacuran berlesen mengunakan permit pelayan (GRO).

Kami ingin bertanya pihak berkuasa masalah sosial timbulnya dari mana? Bukankah masalah keluarga? Semua bermula daripada perkara yang disebutkan di atas? Judi, dadah dan Pelacuran yang menyebabkan keluarga bercerai berai.

Memang benar kata Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan (AMK) pihak berkuasa tidak membendung masalah tersebut di atas sehingga keluarga bercerai-berai dan merosakan ekonomi penduduk di Kunak dan juga Labuan.

Artikel yang sentiasa disiarkan oleh Sabahkini.net mengenai perkara tersebut di atas dan serbuan diambil oleh pihak berkuasa tempatan hanya ‘OPS Tayang’, jangan tidak sahaja, seperti lakonan wayang 'The Gang Land'.

Saya masih ingat bulan lepas ada sebuah premis menjalankan aktiviti mesin judi haram diserbu oleh Polis Ibu Pejabat Polis Labuan dan lebih kurang 10 buah mesin diangkat ke balai polis.

Kami ingin tahu kenapa Premis di Pekan Jati yang mempunyai lebih banyak mesin judi tidak diserbu dan sindiket sudah tutup awal. Premis yang diserbu ialah premis yang atau komputer board pun dicabut hanya kulit komputer aje diangkut ke balai.

Kami juga difahamkan Tauke 4Ekor haram, Tauke Pusat Hiburan, Mesin Judi Haram membuat pembayaran yuran bulanan kepada pegawai polis Labuan berpuluh ribu sebulan.

Macam mana rakyat boleh percaya pada pihak berkuasa seperti Polis, Imigresen dan Kastam jika pegawai berkuasa yang bersubahat dan korupsi? Tidak ada maknanya pihak polis atasan menjalankan ‘Community Policing’ atau ‘Ops Payung’ jika kegiatan haram yang beroperasi di depan mata kita dan tiada sebarang tindakan diambil oleh semua pihak berkuasa.

Taktik pelacuran terkini di Labuan ialah sekumpulan sendiket yang bawa masuk wanita dari Filipina akan bekal ke pusat hiburan dan snooker house atau Pool House bekerja sebagai GRO freelance.

Sindiket juga memberitahu tauke karaoke semua sudah kena jaga dan tidak perlu risau. Sindiket pelacuran ini akan urus di balai polis atau Imigresen jika ditangkap. Apa guna kerajaan mempamerkan poster di balai ketibaan Airport ‘Banteras Perdagangan Manusia' sedangkan Labuan mempunyai tidak kurang dari 900 GROs atau lebih dikenali sebagai Pelacur Berlesen kerana dipercayai Kerajaan Malaysia sudah ‘Halal’ kegiatan pelacuran untuk Pulau Labuan sahaja.

Kini pulau kecil ini bukan lebih lagi dikenali sebagai pulau IOFC tapi ‘Labuan Pulau Maksiat Dan Judi’. Kalau anda kirim surat ke Labuan, cuba tulis sahaja di bawah envelop ‘Labuan Pulau Maksiat’ dan surat itu dijamin sampai kerana Pulau Labuan lebih terkenal sebagai Pulau Maksiat dari IOFC; apatah lagi Labuan satu-satunya kawasan ‘Bebas Cukai’ termasuk Pelacuran!

Di Malaysia, siapa tidak tahu bahawa Labuan adalah syurga maksiat. Untuk makluman IGP, CP Sabah, Ketua Pengarah Imigresen di bawah adalah senarai premis kebal yang menjalankan aktiviti pelacuran berlesen dan Judi;

1. Havana karaoke - lebih kurang 25 hingga 35 GRO.

2. Manila cafe - lebih kurang 30 - 40 GRO

3. King Karaoke - lebih kurang 40 - 50 GRO

4. Sport Bar - lebih kurang 25-35 GRO

5. Tip Top Karaoke - lebih kurang 25-40 GRO

6. Golden key -lebih kurang 20 - 30 GRO

Labuan ada lebih 40 pusat hiburan dan cuma yang kami sebut di atas sudah ada berapa GRO? Tauke karaoke bayar levi lebih kurang RM2,200 kepada Imigresen Labuan hanya untuk 6 bulan. Cuba kira jika sebuah pusat hiburan ada 20 GRO maka Taukey Pelacuran terpaksa membayar lebih kurang RM50,000 kepada Jabatan Imigresen.

Apakah Tauke Pusat Hiburan akan bayar? SPRM harus ambil tindakan dan siasat perkara tersebut kerana permit telah disalah gunakan.

Manakala premis berikut telah dijadikan pusat perjudian tanpa lesen;

1. Mesin Judi Haram - Pekan Jati sebelahan tangga dgn kedai Magum 4D tingkat satu.

2. Mesin Judi Haram - sebelahan tangga Cake House (depan Hotel Pulau Lacuna satu)

3. Belakang kedai Hong Kiat Duty Free (Tingkat Satu)

Hanya premis tersebut yang saya sampaikan dulu dan jika ada tindakan baru salurkan maklumat lain dengan gambar dan juga nama pegawai yang melindungi Tauke Judi haram dan pelacuran.

Jika tiada sebarang tindakan, kita akan buat satu petisen kepada Perdana Menteri untuk tindakan segera kerana kami masih sayang Kerajaan BARISAN NASIONAL dan tidak mahu melihat Kerajaan tumbang di PRU 13 oleh kerana Pemimpin Dan pegawai kerajaan yang korup.

Salam Hormat.

WARGA PUMCIT LABUAN.

No comments:

Post a Comment