Friday 18 March 2011

SIMON SIPAUN WAJAR DISANJUNG



Oleh : LIM KIT SIANG

“Bukan bahawa Sabah dan Sarawak miskin, negeri ini sangat kaya tetapi segelintir orang menjadi kaya-raya. Orang yang layak menjadi pengerusi Royal Commissioning inquiry mengenai Sabah, Sarawak 50 tahun dalam Malaysia, satu laporan lengkap, hopes, harapan dan the frustration ialah Tan Sri Simon Sipaun.”

Ikuti sebahagian Perbahasan saya di Dewan Rakyat pada 16 Mac 2011;

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: Minggu lalu saya ada di Sabah dan kita ada dapati bahawa banyak sungutan, komplen yang ada dibuat dan saya rasa satu isu yang utama ialah mengenai serangan yang ada dibuat terhadap Naib Pengerusi SUHAKAM yang juga suatu masa dahulu adalah Setiausaha Negeri iaitu Tan Sri Simon Sipaun.

Oleh kerana Tan Sri Simon Sipaun ada kata pada minggu lalu dan ini apa yang dikata dengan izin, “Life in Sabah, in those days called North Borneo, as I remember it, before Malaysia, was very pleasant and good”.

Adakah itu benar? Adakah Ahli-ahli Parlimen Sabah semua bersetuju? “Admittedly there was no development that we see today, but even Malaya at that time was no better. There was no racial problem...”

Saya percaya Tuan Yang di-Pertua bersetuju. “There was no racial problem, mixed marriages were very common, and that is why we have so many peranakan in Sabah. If Sabahans are now conscious of racial and religious divide, it has been imported from Semenanjung.” Benar? Setuju? Siapa yang import?

Beberapa Ahli: UMNO!

Tuan Lim Kit Siang [Ipoh Timur]: “There was no illegal immigrant, there were no cases of Sabahans losing citizenship status while foreigners get it without much difficulty.” Dahulu tidak ada masalah. Sekarang ada. Saya rasa semua Ahli Parlimen Sabah pun ada bangkit di dalam ataupun di luar. “There were no repressive and draconian laws, such as Official Secrets Act, the Printing Presses and Publications Act, the Seditious Act, the Police Act, and the four Proclamations of Emergency. We are still under emergency as of today eventhough the conditions for having emergency proclamation is no longer there, there was not quarrelling over dead bodies,..” No quarreling over dead bodies snatching of corpses. Dahulu mana ada. Sekarang dalam Semenanjung pun ada.

“The composition, and I spent three years of my career in the civil service before Malaysia, the composition in those days of the civil service was reflective of the racial makeup of society.” Adakah ini keadaannya sekarang? Dahulu lebih reflective membayangkan racial make up. “It was multi-racial, meritocracy was practiced.” Adakah sekarang?

“Corruption and Ketuanan Melayu, we never heard of it.” Corruption, Ketuanan Melayu, never heard of it. Sekarang? It is now the order of the day. “And the thing continues. How not to miss Sabah before Malaysia.”

Apa dia kata itu benar apabila bandingkan keadaan dan kedudukan Sabah ataupun Sarawak sebelum penubuhan Malaysia dengan sekarang. Dalam Sabah 50 tahun dahulu, tiada masalah keselamatan.

Di sana aman damai. Saya boleh ingat lagi apabila saya pergi ke sana, rakyat di Sabah apabila keluar, tidak perlu untuk mengunci rumah. Sekarang, highest incident of crime di Sabah. Akan tetapi, inilah dalam hati nurani Tan Sri Simon Sipaun. Saya percaya apa yang dikatakannya ialah suara rakyat Sabah dan suara semua Ahli Parlimen dari Sabah sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.

Akan tetapi apakah hakikatnya? Adalah UMNO Tawau, dua bahagian buat police report mengatakan itulah hasutan. Selepas itu, adalah Ketua Pemuda UMNO Sabah yang menyerang

Tan Sri Simon Sipaun. Dia kata bahawa ini berbaur anti nasional. Oleh kerana inilah meluahkan keputusan Sabah menubuhkan Malaysia. Itulah latar belakang yang mana kita menghadapi satu budaya politik yang tidak sihat di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia yang mana adalah puak-puak yang intolerant menganggap bahawa 1Malaysia tidak bermakna sehingga adalah budaya keranda di Pulau Pinang. The coffin culture.

Apakah yang sudah terjadi dengan 1Malaysia? Sudah dua tahun Yang Amat Berhormat Perdana Menteri kemukakan cadangan dasar 1Malaysia. Adakah rakyat rasa bahawa Malaysia lebih bersatu-padu atau masalah polarisasi kaum dan agama lebih serius? Ini apa yang disebut semua pemerhati, bukan kita sendiri.

Seorang academician, Farish Noor dalam forum public governance anjuran Perdana Leadership Foundation and the National Professors’ Council baru-baru ini ada kata, “I’ve spent more than ten years studying dysfunctional countries and I believe we are going down the path of countries like Pakistan, Indonesia and Bangladesh.

I have seen enough race and religious riots to see that Malaysia is close to going down the path.” Mantan Duta Besar Amerika Syarikat pun ada buat perbandingan seperti itu. Ini kita boleh lihat dan inilah sangat tidak sihat.

Saya harap bahawa apa yang kita perlukan ialah menyelesaikan masalah-masalah itu. Tidak guna sahaja kata bahawa Sabah dan Sarawak adalah fixed deposit state tetapi apa Tan Sri Simon Sipaun katakan mengenai fixed deposit state.

Dengan izin, “During the last general elections, it was the voters of Sabah and Sarawak who saved the federal government from losing power so much so that now Sarawak, Sabah is now referred to as the fixed deposits. Personally, I find this term derogatory and insulting.” Betul, derogatory and insulting.

Satu perenggan lagi, “In return for all these, what Sabah and Sarawak get? They continue to get short changed and getting a raw deal. I just often wonder how the majority of people in Sabah and Sarawak feel about all these; or are they aware of these, I don’t know.”

Finally apa dia kata? “I think the general belief is that if the government is unwilling to act for whatever reason, then a change of government is obviously desirable.” [Tepuk]

Dia kata begitu bukan kerana orang yang sangat anti nasional. Dia cintakan negara, taat setia kepada negara. State Secretary Sabah, orang yang tertinggi, anak tulen Sabah. Akan tetapi dia dilihat sebagai anti nasional, menghasut dan perlulah didakwa ke mahkamah oleh UMNO.

Saya harap bahawa dalam perkara ini, Ahli-ahli Parlimen sama ada Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia bolehlah memberikan sokongan kepada Tan Sri Simon Sipaun yang sebenarnya ada satu isu yang selalu saya bangkitkan di sini ialah semasa saya sampai untuk satu Royal Commissioning inquiry mengenai 48 tahun Sabah dan Sarawak di Malaysia iaitu mengapa mereka begitu mundur.

Bukan bahawa Sabah dan Sarawak miskin, negeri ini sangat kaya tetapi segelintir orang menjadi kaya-raya. Orang yang layak menjadi pengerusi Royal Commissioning inquiry mengenai Sabah, Sarawak 50 tahun dalam Malaysia, satu laporan lengkap, hopes, harapan dan the frustration ialah Tan Sri Simon Sipaun. Tan Sri Simon Sipaun untuk menjadi Chairman of Royal Commisioning Inquiry in Sabah dan Sarawak buat kenapa impian rakyat di Sabah dan Sarawak apabila mengambil keputusan 48 tahun dahulu untuk menubuhkan Malaysia tidak dikotakan.

No comments:

Post a Comment