Tuesday 15 March 2011

SYARIKAT BSKL CEMAR ALAM SEKITAR



Saudara Pengarang,

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disaran agar menjalankan siasatan segera berhubung kegiatan kilang kelapa sawit Mewah Oil Palm Mill (Kilang Kelapa Sawit Mewah) di Kinabatangan, Sandakan milik Kwantas Corporation Bhd yang telah banyak kali mencemar alam sekitar, namun masih beroperasi sehingga ke hari ini.

Kwantas merupakan syarikat yang disenaraikan di Papan Utama, Bursa Saham Kuala Lumpur telah merasuah pihak berkuasa untuk terus mencatatkan keuntungan sekalipun kilang tersebut sepatutnya telah lama ditutup kerana membuang sisa kilang ke sungai dan mencemar alam sekitar.

Kilang tersebut turut menggaji lebih 90% warga asing tanpa dokumen. Manakala semua di Klinik di Gugusan Ladang Kwantas, selain daripada bekas pesara, Borhan semua kakitangan yang mengendali Klinik Ladang tidak mempunyai sebarang kelayakan, termasuk Froctousa yang tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Froctousa juga diarah mengaudit akaun palsu yang telah di ubahsuai mengikut kemahuan perusahaan dan bukan keadaan yang sebenar; bagi memenuhi syarat sahaja, sedangkan hakikatnya adalah pembohongan semata-mata.

Mengikut maklumat dalaman, Kwantas mengunakan syarikat dan anak syarikat mereka di Malaysia untuk membuat pinjaman, tetapi kewangan disalurkan ke luar negara dan urusan ini dilakukan oleh suami Froctousa, Rodolfo Elmidolan yang juga menggunakan dokumen palsu.

Kegiatan Kwantas ini sebenarnya merupakan sabotaj terhadap ekonomi Negara, namun Suruhanjaya Sekuriti turut bersubahat dengan mereka sehingga kini gagal disentuh oleh pihak berkuasa, termasuk SPRM!

Salam Hormat,

WIRA KINABATANGAN

8 comments:

  1. Harap SPRM akan menyiasat syarikat ini.

    ReplyDelete
  2. This company should be investigated. We wouldn't want our natural environment to be polluted.

    ReplyDelete
  3. benarkah dakwaan ini??? jika mempunyai bukti ia wajar dikemukakan ke pihak yang berkuasa..

    ReplyDelete
  4. hal ini perlu disiasat.

    ReplyDelete
  5. syarikat ini memang perlu disiasat termasuk pihak yang bersubahat sehingga membolehkan mereka beroperasi sehingga kehari ini.

    ReplyDelete
  6. saya yakin bukan hanya Kwantas malah terdapat banyak syarikat perladangan atau kilang sawit yang mengambil pekerja asing tanpa dokumen yang sah terutamanya di sebelah pantai timur Sabah.

    ReplyDelete
  7. Pihak berkuasa perlu menyiasat perkara ini sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. This company should be investigated.

    ReplyDelete